💌09💌

82 25 4
                                    

"Hyah, Haera! Bangun!!" pipinya aku tepuk berkali-kali.

"Haera! Bangun!" kini, dadanya pula aku tekan berkali-kali. Namun, tetap tiada perubahan.

Pantas, mulutku dirapatkan ke mulutnya. Disaksikan peserta lain, aku menggelupur seperti cacing kepanasan. Silapku tidak menghalangnya tadi.

"Haera!!" berulang kali aku melakukan cpr dari mulut ke mulut.

"Huk huk." air sungai keluar dari mulut dan hidungnya.

"Haera!" pantas tubuhnya yang lemah itu aku dakap. Risau sungguh aku.

.
.
.

"Tengok tu, jangan-jangan dia sengaja buat-buat pengsan supaya Chan sunbaenim buat cpr kat mulut."

"Entah, suruh basuh pinggan pun tak boleh harap."

"Penipu macam ni patut mati je tadi."

Telingaku diterjah oleh kata-kata sapaan yang menyakitkan. Rasa seperti bangkit daripada mati saja.

"Stop!" lelaki tadi bersuara kuat.

"Kita pergi camping ni bukan untuk memutuskan silaturahim! Tolong jangan perangai macam budak-budak. Kau orang semua ni dah masuk universiti kan?!" bebelnya.

"Sorry Chan, aku janji takkan ada lagi yang buat perangai." jawab Byungchan.

'Chan...' aku dah tahu nama dia.

𝘾𝙖𝙢𝙥𝙛𝙞𝙧𝙚 ノ 𝘩𝘦𝘰 𝘤𝘩𝘢𝘯Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang