💌06💌

93 28 5
                                    

Selepas makan malam sama-sama tadi. Kami dipecahkan kepada kumpulan masing-masing. Kami juga diminta untuk mengelilingi unggun api sambil duduk bersebelahan. Maka terhasil lah satu bulatan yang besar.

Tanganku ditarik Zen untuk duduk di tempat kosong tadi. Kami berdua diapit oleh Doyoung dan Haechan. Katanya ingin melindungi kami dari gangguan lelaki gatal. Ada ada saja mereka dua ni.

Sedang sibuk berbual kosong, terasa diri ini diperhati pula. Mataku mula mencari-cari. Cari punya cari, aku terpandang satu makhluk yang asyik memandangku. Iya, dia lelaki petang tadi. Lelaki yang aku betulkan kain dikepalanya tadi. Tapi kenapa dia pandang aku?

.
.
.

"Eh, dia perasan aku pandang dia! Omo."

Perempuan petang tadi itu duduk dihadapanku. Walaupun dalam bulatan yang besar, aku dapat melihatnya dengan jelas.

Entah bagaimana, aku asyik memerhatikan wajahnya disebalik unggun api yang samar-samar ini.

"What happen bro?" panggilan Seungwoo menyentakkanku.

"Nothing." riak muka, aku kawal sebaiknya. Takut kantoi aku ushar anak dara orang.

"Kita mula seperti apa yang dirancang tadi okay?"

"Okay, kau bagi arahan."

Seungwoo mula berdiri, bersedia memberi arahan. Dan aku, kembali melihatnya dia senyap-senyap.

"Cantiknya dia." gumamku.

𝘾𝙖𝙢𝙥𝙛𝙞𝙧𝙚 ノ 𝘩𝘦𝘰 𝘤𝘩𝘢𝘯Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang