💌02💌

114 32 15
                                    

Aku melangkah saja ke sekumpulan manusia yang sedang diberi taklimat, semua mata memandang ke arahku. Luggage pink bercorak bunga dan pelangi menjadi tumpuan.

Tak pernah tengok luggage ke diaorang ni?

"Anak orang kaya tiba-tiba jejak tanah, ni mesti ada udang disebalik mee ni." bisik Sujin kepada Yujin.

"Tengok tu, jalan-jalan sebelah Byungchan. Eii geram aku dengan budak tu."

"Sabar Yu. Tahulah kita kerjakan dia."

"Hm nice idea." Yujin kemudian tersenyum sinis. Tak sabar ingin mengenakan orang lain.

.
.
.

"Untuk petang ni, kita akan berhenti dekat air terjun. Kat situ kita akan stay sampai 2 hari. Sepanjang dua hari, kita akan buat pelbagai aktiviti." taklimat diberikan sebelum memulakan perjalanan. Kata-kata lelaki kacak tadi didengar tekun oleh kira-kira 20 orang peserta termasuk aku. Tidaklah banyak sangat.

"Lepas tu, kita akan gerak ke kaki gunung dan beramah mesra dengan orang kampung kat sana. Pendaftaran keluar campfire ni akan diuruskan dekat rumah yang disewa dekat sana. Faham tak?" sambungnya lagi.

"Faham."

"Okay bagus. Saya perkenalkan diri, nama saya Heo Chan, diikuti dari kiri saya, Seungwoo, Subin, Hanse, Sejun dan Byungchan. Kami merupakan ketua pemimpin campfire ni. Sesiapa ada masalah, boleh cari kami berenam."

Eo, itu Byungchan. Oh, rupanya dia pun ketua pemimpin jugak. Jadi dia ialah pelajar di universiti jugaklah?

Kata unnie, semua ketua pemimpin campfire ini satu universiti dengannya.

"Jom kita gerak sekarang, takut tak sempat sampai sana sebelum senja pulak." jeritan ketua bernama Chan tadi mematikan lamunanku. Dengan pantas aku menarik luggage tadi.

Tapi kenapa tak boleh tarik ye? Roda rosak ke?

𝘾𝙖𝙢𝙥𝙛𝙞𝙧𝙚 ノ 𝘩𝘦𝘰 𝘤𝘩𝘢𝘯Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang