🔬 1 - Biodata 🔬

641 64 29
                                    

Tarikh: 1 Mac 2060
Masa: 6.00 petang
Lokasi: Makmal Sains Hospital Pulau Rintis

PRANG

Bunyi kaca yang jatuh jelas kedengaran di dalam sebuah bilik tebal yang dilapisi dinding kedap bunyi.

"Solar? Apa benda yang jatuh tu?" Seorang pemuda berpakaian kemeja coklat berserta stetoskop pada lehernya menghampiri rakannya yang duduk tidak jauh daripadanya.

Lelaki bernama Solar yang segak memakai coat saintis menoleh ke arah rakannya. "Aku tak sengaja tertolak bikar yang aku letak kat sebelah aku tadi.. Jangan risaulah Gempa.. Bikar tu kosong, jadi takde apa cecair pun yang tumpah.."

Pemuda bernama Gempa itu menghela nafas lega. Namun dia tetap menghampiri rakannya itu. "Lain kali hati-hati.. Aku takut apa-apa terjadi kat kau nanti.."

Solar menggeleng kepalanya. "Haih.. Macam tak biasa pulak.. Lagipun, aku tengah sibuk nak kaji penawar untuk penyakit Kwasyiorkor ni.."

Gempa mengangguk faham. "Solar, walaupun kau sekarang dah jadi saintis, tapi aku tetap nak kau hati-hati.. Lagi-lagi bila kau tengah tuang bahan kimia tu.. Kita tak tahu apa kesan sampingannya.."

"Ye ye aku tahu.. Haih, sudahlah membebel macam mak.." perlahan Solar berkata namun masih dapat didengari oleh Gempa.

"Apa kau kata?!"

"Takde ape.. Dah, kau sambunglah buat kerja kau tu.." ujar Solar seolah menghalau Gempa dari situ. Padahal dia cuma mahukan ketenangan ketika membuat eksperimen.

Gempa memutarkan bola matanya sebelum kembali duduk di kerusinya tadi. Dia menatap semula kertas-kertas kerjanya yang mengandungi biodata pesakitnya.

───────•••───────

Nama: Taufan
Umur: 20 tahun
Bilangan adik-beradik: 1
Nama ayah: -
Nama ibu: -
Kenalan terdekat: -
Penyakit: Gangguan bipolar (kemurungan mania/terlalu gembira)

───────•••───────


Gempa mengetuk-ngetuk jarinya pada meja di bilik makmal itu seraya berfikir. Dia belum pernah lagi jumpa pesakit yang menghidap penyakit gangguan bipolar ini.

Mengikut maklumat yang dia dapat, gangguan bipolar ini menyebabkan pesakit mengalami kemurungan dan kegembiraan silih berganti. Pusingan ini akan mengakibatkan perubahan sikap mendadak, percakapan laju dan sedikit masa untuk tidur.

Gempa menghela nafas panjang. Dia belum berjumpa lagi dengan lelaki bernama Taufan ini. Jadi, dia tidak tahu perubahan apa yang dialami oleh lelaki ini.

Solar yang masih sibuk dengan eksperimennya hanya membiarkan Gempa melakukan kerjanya. Dia tahu yang bekerja sebagai doktor psikologi seperti Gempa bukan mudah. Kena pandai berkomunikasi dengan pesakit.

Solar menghembus nafas lega apabila selesai menuangkan cecair berwarna hijau yang berada di dalam sebuah tabung uji ke dalam tabung uji yang lain yang terdapat cecair berwarna ungu.

Solar meletakkan tabung uji yang sudah bertukar warna itu ke dalam tempat letak asalnya manakala tabung uji yang sudah kosong itu dibawa ke sinki untuk dibasuh.

Selesai membasuh, Solar meletakkan tabung uji itu ke dalam tempat lain yang juga terdapat beberapa tabung uji yang belum digunakan. Setelah itu, dia mengemas peralatan yang digunakannya sebentar tadi ke tempat asal.

BOBOIBOY: INFECTIONWhere stories live. Discover now