Selepas semua orang kenyang, orang sikit demi sikit mula pulang ke rumah sendiri.

Aku dan Fahri sudah mahu bergerak sebelum kami ditegur oleh seorang pekerja.

"Amirah, Aidan, good job jadi leader." Kawan sekerja Fahri yang bernama Luqman tu berkata kepada kami.

Aku mengucapkan perkara sama terhadap dia.

Luqman tersengih, "Kecik je dunia ni. Aku tahu nama isteri Aidan tu Amirah. Tapi tak sangka pulak Amirah tu kau."

"Camne kau tahu nama aku?" Aku tanya.

"Hehe, Aidan buat nama kau jadi password PC dia kan?" Dia tersengih.

Aku tergelak manakala Fahri menyalam tangan dia dengan kuat. Fahri sengaja buat camtu untuk sakitkan Luqman.

"Aduh aduh. Sakitlah weh. Ha, apa-apa pun, aku balik dulu. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye, Amirah. Terima kasih korang berdua." Luqman mula beredar dari situ.

"Terima kasih jugak. Bye." Aku mengucapkan selamat tinggal manakala Fahri hanya melambai.

Aku dan Fahri masuk ke dalam kereta selepas dah ucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada semua orang.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Fahri yang sedang drive tu tiba-tiba memanggil, "Amirah."

"Hm?"

"Tahniah sebab jadi leader project. Saya tahu ni satu achievement yang besar bagi awak. Well done."

"Awak pun sama, Riri. Good job! Tapi sedihlah, Ri. Lepas ni takde dah nak jumpa Riri kat tempat kerja."

"Kat rumah boleh jumpa, kan?"

"Yelah, tapi tak jadi 24/7 dah."

"Baguslah camtu. Takdelah saya muak asyik tengok muka awak je."

Aku menjeling dia.

Fahri tergelak.

"Awak tak rasa sedih ke, Ri?"

"Tak pun."

Aku memuncungkan bibir.

"Tapi dua-dua ada kelebihan dia. Bila saya kerja dengan awak, saya rasa bersemangat nak buat kerja bersungguh-sungguh. Tapi bila saya tak kerja dengan awak, saya habiskan kerja laju-laju untuk balik rumah dan jumpa awak." Fahri berkata panjang lebar.

Aku mengerutkan muka. Aku yang slow ni masih tengah proses apa yang telah dia cakap. "Ada beza ke dua-dua tu?"

"Confuse ke apa yang saya cakap tadi?"

"Bolehlah."

Fahri mencebik. "Sebab nilah saya tak suka bercakap."

"Aloo, jangan macam tu! Tapi apa yang saya tahu, dua-dua tu maksudnya awak sayang saya, kan?" Aku mengusik dia.

"Hm."

Sambil dia drive, aku tanya, "Seronok kan bila kita rahsiakan relationship kita?"

Fahri menggeleng laju-laju.

"Eh, kenapa pulak?" Aku terkejut melihat reaksi dia.

"Kahwin ni kena hebahkan kat orang ramai. Apa yang bestnya secret? Bukannya kita dalam relationship haram pun."

Hm, betul jugak.

"Fahri tahu tak Aimi ingat Fahri jiran saya? Sebab kita selalu balik sama-sama." Aku memberitahu dia.

Fahri mengerutkan kening. "Saya tak nampak macam suami awak ke?"

Aku mengangkat bahu.

Fahri mengeluh.

"Jangan sedih, Ri."

"Mestilah sedih."

"Alahai, tak kisahlah orang nak cakap apa. Asalkan awak tahu, yang saya pilih awak sebab saya suka awak sorang je."

"Hm."

Hek eleh, nak merajuk pulak.

"Awak pikir awak cute ke nak merajuk camni?" Aku tanya.

"Awak rasa?"

"Saya rasa awak cute."

"Kalau camtu kita ikut jawapan awak."

"Heheh."

Selepas itu kami selamat sampai rumah. Dengan gembira.

C | CuddleDonde viven las historias. Descúbrelo ahora