💌15💌

85 23 2
                                    

"Sebenarnya, yang pergi campfire tu adik aku. Haein."

Semua mata memandang ke arah Seungsik dan Haera. Masing-masing masih bengang dengan penipuan mereka.

"Ala, sorry la korang. Aku lupa nak bagitahu sebab dah excited sangat nak bawak bakal bini balik rumah.. Kan sayang kan?" kata Seungsik pula.

"Aw...sweet la awak ni!"

Mereka semua hanya meluat memandang pasangan tersebut. Subin akhirnya mengganguk faham. Ternyata, Haera yang diceritakan Seungsik memang peramah. Dan gadis pendiam dan sombong haritu ialah Haein, adiknya.

"Chan.." Chan yang sedang termenung tadi menoleh ke arah Haera. Senyuman tipis milik Haera menjamah pandangannya.

"Haein dah ceritakan semuanya pada aku, tentang perkara dia suka kau tu..dia benar-benar maksudkannya."

"Oh wait, wow!! Chan dilamar ke?! Why aku sorang je yang tak tahu??!" jerit Sejun tiba-tiba. Mukanya beriak seperti tidak puas hati.

"Otak mu kau sorang je yang tak tahu. Masalahnya aku pun tak tahu." balas Hanse dengan gaya swag.

Jelingan Seungwoo mematikan perbuatan mereka untuk terus menjerit. Kononnya happy untuk kawan sendiri.

"Chan, Haein tak pernah tertarik dengan mana-mana lelaki. Kau orang pertama. Dia masih muda, masih bersekolah. Kalau kau kisah terima dia. Aku pun okay je." kata Haera. Tangan Seungsik dipeluknya erat.

"Sekarang Haera dekat mana?" tanya Chan.

"Haera dekat sini?" tunjuk Byungchan.

"Eh, maksud aku Haein." Chan juga mula keliru.

Mereka tersenyum. Tahulah mereka bahawa Chan sudah tidak tentu arah ingin mengejar cintanya.

"Dia ada di rumah." balas Haera ringkas.

𝘾𝙖𝙢𝙥𝙛𝙞𝙧𝙚 ノ 𝘩𝘦𝘰 𝘤𝘩𝘢𝘯Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang