Jisoo terdiam memikirkan jawapan "Dapat dari Dahyun. Cepatlah keluar oppa" Arah Jisoo lagi.

Taehyung meraguinya. Dahyun bagi dia perempuan lagi? Tapi Dahyun sibuk nak jodohkan dia dengan Tzuyu. "Cepatlah ada anjing ni" Bising Jisoo dalam talian

"Ye" Taehyung segera ke tingkat bawah lalu membuka pintu rumah. Tzuyu dan Jaebum memerhatikannya dari sofa ruang tamu.

Kelihatan Jisoo sedang mengangkat papan yang bertulis 'Saranghae Kim Taehyung!' sambil tersenyum girang "Awak suka tak?" dari jauh Jisoo bertanya. Taehyung terkedu

"Siapa tu?" Soal Tzuyu sambil melangkah ke arah pintu tetapi Taehyung menghalangnya "Takde siapa" kata Taehyung sambil menutup pintu sedikit. Tzuyu pelik memandangnya

Jisoo datang lebih dekat pada Taehyung "Taehyung! Awak suka ke takk?" Jisoo bertanya lagi. "Saya dengar la suara perempuan. Siapa tu?" Soal Tzuyu lagi lalu menjengket memandang ke luar

Jisoo mengerutkan dahi "Siapa pulak perempuan tu?" Soalnya pelik. Taehyung mengeluh lalu membuka pintu seluasnya. Tzuyu dan Jisoo saling merenung dengan pandangan tajam

Taehyung memerhatikan mereka berdua. Tzuyu membaca tulisan di papan yang di pegang Jisoo "Aku Chou Tzuyu.. Kawan kepada Kim Taehyung. Kau siapa?" Dia bertanya sambil menghulurkan tangan pada Jisoo

Jisoo memandang Tzuyu atas bawah sebelum membalas tangannya "Aku pulak Kim Jisoo.. Teman wanita kepada Kim Taehyung. Selamat berkenalan!" Katanya dengan teruja

Taehyung terkaku. Dia ingatkan mereka akan bermusuh.

"Salam kenal!" Tzuyu turut teruja. Mereka menggoncangkan tangan dengan lama. "Dah.." Taehyung menarik tangan Tzuyu dari Jisoo

"Sejak bila pulak kau jadi girlfriend aku?" Taehyung bertanya dengan sinis. Jisoo tersengih "Sejak kita pertama kali bertentang mata.

" sempat Jisoo mencuit hidung mancung Taehyung membuatkan lelaki itu tertawa hambar. "Suka hati kau je sentuh aku" marahnya "Suka hati sayalah. Sayakan Yeochin awak" kata Jisoo sambil memeluk tubuh

"Noooo" Taehyung menggeleng "Tak kisah. Saya akan dapatkan awak jugak" Jisoo masih berdegil. "Kau takkan mampu lawan ego aku" Kata Taehyung dengan berlagak

"Terima je la dia" Tzuyu bersuara selamba. Taehyung memandang dia sambil kening sebelah terangkat "Tak nak selagi kau tak kahwin" dia masih menolak.

Tzuyu mencekak pinggang "Awak tak perlulah kisahkankan saya. Awak pun takkan tahu bila saya nak kahwin" kata Tzuyu lalu kembali duduk di sofa.

Taehyung terdiam

"Terima saya jadi Yeochin awak!" Jisoo masih tak mengalah. Dia memegang lengan Taehyung dengan penuh harapan. "Dah gila ke?" Dia menepis tangan Jisoo

"Woi. Nak bercinta bukan depan pintu. Fikir Exo Next Door ke? (tibe) " Jimin menegur mereka. Dia baru pulang dari tempat kerjanya iaitu ChimChim Mall

"erkk sorry" Jisoo memberi laluan padanya. Jimin masuk ke dalam rumah dengan penat. Jimin naik ke tingkat atas dan terus masuk ke dalam biliknya dan Dahyun

Dahyun sedang membaca buku sambil menangis teresak-esak. Jimin mengeluh sambil menanggalkan tali lehernya

"Dah tahu novel tu sedih, buat apa baca?" Tegurnya sambil meletakkan jamnya di atas meja lalu terus melompat ke atas katil tanpa tukar baju. Dia bermain telefon Huaweinya

"Ni bukan novel.." Katanya sambil menangis. Jimin membaca tajuk buku itu 'Sejarah' dia tersentak

"Habistu.. Kenapa awak menangis chagi?" Soal Jimin sambil merangkul bahu Dahyun. Risau dia dengan mood isterinya tu "Taehyung oppa marah saya" katanya dengan sedih

Jimin membesar mata tapi kecik jugak "Tak guna. Biar saya marah dia balik" Jimin seakan mahu bangun dari tempatnya "Tak payah.. Salah saya" Dahyun menarik Jimin semula

Jimin memandang Dahyun dengan pasrah "Tapi perempuan mana pernah salah. Lelaki je salah" pujuk Jimin

Entah kenapa Dahyun tersenyum dengan ayat Jimin "Ni mesti pasal Tzuyu jugak kan?" Jimin bertanya. "Hmm" Dahyun mengangguk.

"Ala awak ni.. Janganlah fikir lagi. Tunggu Hyunjin lahir dulu baru fikir balik" Jimin mengelap air mata Dahyun dengan jarinya.

"Bila Hyunjin nak keluar ni.. Dah cukup 9 bulan dah" Kata Dahyun sambil memegang kandungannya "Seriuslah??" soal Jimin terkejut "Awak tak tau anak awak berapa bulan? Ishh" Dahyun mencebik geram

"Hehe.. Saja pura-pura tak tahu" Jimin tersengih. Padahal dia memang lupa.

****

"Kalau nak sebut 'Boleh tak aku nak ambik gambar dengan kau' dalam bahasa english macam mana?" Younghoon bertanya pada Cikgu B.I nya iaitu Kevin

"Senang je 'Can I have a picture with you?' macamtu.. Cuba ulang" arah Kevin "ken...aii haveer.. Picer wit.. Yu" Kata Younghoon tergagap-gagap

Kevin menepuk dahi sambil menggelengkan kepalanya "Jom makan! Aku dah masak!" Jerit Jacob dari dapur. Semua bergegas ke meja makan dan mengambil tempat masing-masing

"Aku masak Jajamyeon. Makan sampai habis tau" kata Jacob sambil tersenyum bangga. Eric kecewa "Kenapa tak masak ramen? Aku lagi suka ramen" katanya pasrah

"makan je lah apa yang ada.. Tak reti bersyukur kau ni. Bukan tak pernah makan ramen. Pernah je bahkan hari-hari. Sekarang ramen dah habis, makan je lah apa yang Jacob dah masak" Sangyeon membebel seperti ayah-ayah

Mereka terdiam. Juyeon menuangkan air untuk mereka lalu tertumpah "Alamak!! Tertumpah pulak.." katanya gelabah

"Aeghhhh!!" Kyu di sebelahnya menjerit bagai nak pekak telinga mereka "Kau memang clumsy pun" Ejek Hyunjae geram

"New.. Pergi ambik kain"arah Sunwoo tegas." Okey.."New akur lalu mengelap tumpahan air tadi."Eh... Apesal aku pulak yang kene lap?" New menghempas kain di meja.

"Kau kan selalu di buli"jawab Kyu selamba."Dah.. Makanlah. Bisingla korang ni" Younghoon bersuara

Mereka semua memandangnya tajam "Kauuuu...Dah la semalam bawak perempuan datang.." Hyunjae tetibe mengejeknya "Uuuuuu" mereka berbising.

Younghoon menggaru kepala tak gatal "Tak ada kene mengena langsung" dia mencebik. "Betul ke dia tu kawan je? Kalau lebih dari kawan.. Mampus kau Younghoon! " kata Haknyeon sambil menunjukkan buku lima

"Kenapa mampus pulak?" soal Juyeon blur "Mana boleh couple.. Nanti kene kick dari group" jawab Sangyeon dengan serius

Younghoon hanya terdiam. Hyunjae memandangnya sambil tersenyum sinis. Dia tahu hubungan sebenar Younghoon dan Tzuyu

****


Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now