Muhammad masih lagi berang dengan apa yang terjadi. Dia cuba menghubungi kawan tempat sekerjanya namun tiada siapa yang menjawab kecuali Wati iaitu kerani di syarikat tersebut.
Muhammad cuba bertanya kepada Wati tentang apa yang terjadi. Wati akhirnya membuka cerita bahawa Razif yang membuat tuduhan tersebut kepada Muhammad.
Wati ternampak Razif ketika dia cuba menggodam perisian komputer untuk mengubah data syarikat dan dia jugalah yang melaporkan hal tersebut kepada penyelia dan HR. Razif memang mempunyai kepakaran menggodam komputer sejak sekolah menengah kerana dia meminati perkara tersebut.
Berang apabila mendengar perkara sebenar, Muhammad mula merancang untuk membalas dendam terhadap Razif. Namun belum sempat dia membalas dendam dia mendapat berita bahawa Razif sekeluarga terlibat dalam kemalangan.
Dia merancang untuk membatalkan sahaja niatnya untuk membalas dendam. Dia membuat laporan polis terhadap pengkhianatan Razif kepada dirinya dan berjaya meyakinkan Wati untuk menjadi saksi.
Nama Muhammad berjaya dibersihkan dan rekod buruknya dibuang. Dia menggunakan peluang tersebut untuk bekerja di syarikat yang lebih besar dan akhirnya mendapat tawaran bekerja di luar negara.
Ketika Muhammad bekerja di luar negara dia bekerja dengan keras dan berjaya mendapat tawaran untuk bekerja di Bank Negara.
Pada mulanya Muhammad tidak berminat tetapi dia mendapat berita bahawa anak lelaki Razif terselamat daripada kemalangan yang berlaku. Muhammad bersetuju untuk berpindah ke Malaysia semula untuk menjalankan rancangan balas dendamnya. Dia mengambil Fahmi daripada rumah anak yatim untuk dijadikan anak angkat. Rancangan balas dendamnya dijalankan sambil membesarkan Fahmi.
Fahmi terdiam mendengar cerita Muhammad. Dia tidak tahu bahawa dia dibesarkan oleh seseorang yang mempunyai agenda buruk terhadapnya. Dia tertunduk menangis. Dua orang pengawal beredar meninggalkan hanya Fahmi, Laila dan Muhammad di bilik tersebut.
“Bangun Fahmi, aku beri kau peluang untuk balas dendam untuk apa yang aku dah buat” kata Muhammad.
Fahmi bangun. Dia menggenggam penumbuknya. Benci, marah, sakit dan kecewa itulah yang dirasakan oleh Fahmi. Dia meluru ke arah Muhammad. Satu demi satu tumbukan dilepaskan kepada bapa angkatnya itu. Muhammad terbaring kesakitan
ANDA SEDANG MEMBACA
Plot
Mystery / ThrillerKau yakin keluarga adalah segalanya? Kisah seorang lelaki yatim piatu yang hidupnya normal sehingga suatu hari keluarga angkatnya dirompak.
