Lelaki itu tertawa besar. Lelaki itu membuka topeng mukanya.
“Ayah?” Fahmi terkejut. Lelaki itu merupakan bapa angkatnya. Laila menangis apabila melihat siapa sebenarnya lelaki bertopeng itu.
“kenapa ayah? Kenapa?” Fahmi menangis. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa bapa angkatnya merupakan dalang di sebalik perkara yang terjadi.
“Fahmi, naifnya kau.” Muhammad tertawa sinis apabila Fahmi menangis.
“Kenapa ayah? Kenapa ayah buat semua ini?” tanya Fahmi.
“Kau nak tahu kenapa? Sebab keluarga kandung kau aku buat semua ini” jelas Muhammad.
“Apa yang ayah cakapkan ini? Apa salah mereka?” tanya Fahmi. Air matanya masih lagi mengalir. Pang!! Tamparan dilepaskan ke muka Fahmi kemudian Muhammad menggenggam rambut Fahmi.
Ayah kandung Fahmi iaitu Razif merupakan kawan baik kepada Muhammad. Mereka berkawan sejak berada di universiti lagi. Setelah menamatkan pengajian, ayah kandung Fahmi tidak mempunyai pekerjaan dan menganggur hampir setahun manakala Muhammad berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat antarabangsa. Muhammad cuba sedaya upaya untuk membantu Razif untuk mendapatkan pekerjaan. Ketika syarikat di mana Muhammad bekerja membuka jawatan kosong untuk posisi penganalisis data dibuka, Muhammad cuba sedaya upaya meyakinkan syarikatnya untuk mengambil Razif. Akhirnya Razif diterima masuk ke syarikat tersebut. Mereka bekerja dengan professional dan masih berkawan baik.
Namun pada suatu hari, ketika di dalam mesyuarat penting syarikat tersebut, Razif telah mecuri idea daripada Muhammad, hal ini menyebabkan Muhammad amat marah dengan tindakan Razif. Akibat perbuatannya Razif berjaya mendapat kenaikan pangkat dan menjadi orang penting di syarikat tersebut. Muhammad cuba bertanya tentang asbab Razif bertindak sedemikian namun Razif tidak melayan Muhammad. Setelah sebulan berlalu, Muhammad menerima surat yang menyatakan dia dipecat.
Muhammad terkejut dan dia berjumpa dengan penyelia syarikat. Penyelia menyatakan bahawa mereka menerima laporan bahawa Muhammad cuba memecah amanah duit syarikat. Berang dengan tuduhan tersebut, Muhammad menarik kolar baju penyelianya. Dia ingin mendapatkan kepastian siapa yang cuba membuang dirinya daripada syarikat tersebut. Razif masuk ke bilik penyelia bersama pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan mengheret Muhammad keluar dari syarikat bersama barang-barang miliknya.
YOU ARE READING
Plot
Mystery / ThrillerKau yakin keluarga adalah segalanya? Kisah seorang lelaki yatim piatu yang hidupnya normal sehingga suatu hari keluarga angkatnya dirompak.
