Bab 10

51 7 0
                                    

Mina memapah Jimin sampai ke rumah lelaki itu. Lelaki itu tinggal sendirian juga rupanya kerana Mina tidak ternampak kelibat sesiapapun di situ.

Tiba-tiba Jimin membuka matanya. Dia langsung ternampak Mina di sisinya.

Niatnya untuk membantu gadis itu namun sebaliknya apabila Mina yang membantunya.

"Jimin.. Awak tak apa apa?" Soal Mina lembut. Dia tidak lagi berkasar seperti tadi.

Jimin mengangguk. Namun jauh di sudut hatinya, dia masih berasa bingung. Apa yang berlaku sebenarnya? Kekuatan apakah pada Mina sehingga gadis itu mampu melawan hantu yang menyerangnya.

"Saya tau awak mesti fikirkan macam mana saya boleh lawan dengan demon tadi!" Kata Mina.

Demon? Jimin semakin bingung.

"Iya.. Demon. Sebenarnya demon tu.." Mina terhenti seketika setelah itu dia menyambung kembali bicaranya.

"Kembar saya.." Mina berterus-terang. Dia memandang tepat ke wajah Jimin.

Jimin terperanjat.

"Apa?!"

Mina tahu sudah tiba masanya dia menceritakan perkara yang sebenar kepada Jimin sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Setelah itu, Mina menceritakan semuanya tentang dirinya, Myoui, evil sehingga mereka boleh berada ke dunia ini.

"Maafkan saya.. Jimin, sebab baru berterus terang dengan awak. Saya bukan manusia biasa.. Saya datang dari dunia ghaib."

Jimin kelu untuk seketika. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadamkan semua itu. Perkara itu agak susah untuk dia percayai. Mina gadis daripada dunia ghaib?

"Saya tahu susah untuk awak percaya.. Tapi saya takkan menipu awak. Itulah hakikatnya. Demi keselamatan awak. Jauhkanlah diri awak daripada saya. Saya taknak libatkan awak dalam masalah ni. Bahaya!" Mina terus berkata lagi.

Dia berharap Jimin memahaminya. Mina masih memandang Jimin. Namun Jimin tetap begitu. Diam tanpa berkata apa-apa. Mina tahu Jimin memerlukan masa untuk mempercayai ceritanya.

Mina pun berdiri dan berpaling untuk keluar daripada Jimin. Ketika dia berjalan beberapa langkah. Jimin mengatakan sesuatu.

"Tapi saya cintakan awak.. Mina."

Langkah Mina terhenti. Apa? Dia tidak salah dengarkah pengakuan Jimin itu.

"Apa awak cakap ni? " Kata Mina. Namun wajahnya masih menghadap ke hadapan.

Jimin bangkit dan berjalan berdiri di di depan Mina. Dia memandang mata gadis itu.

"Iya.. Saya cintakan awak!" Diulangi lagi perkataan itu membuatkan Mina terkedu.

Apa yang dia harus lakukan. Jimin adalah manusia biasa. Dan manusia itu telah jatuh cinta dengannya.

"Mustahil. Dunia kita berbeza.." Balas Mina.

"Saya tak kisah.. Saya tetap akan bersama dengan awak. Tolong.. Jangan menjauh dari saya! Saya perlukan awak."

Mina tidak menyangka Jimin tetap mahu bersamanya. Hatinya tersentuh namun cepat-cepat dia kembali sedar supaya dia tidak hanyut dibuai perasaan.

"Tak boleh! Jangan dekati saya lagi. Kalau awak bersama saya. Nyawa awak dalam bahaya.. Lebih baik awak lupakan perasaan awak tu!" Tegas Mina. Dia tidak mahu Jimin mempertaruhkan nyawanya demia dia. Untuk mereka bersama adalah perkara mustahil.

"Tapi Mina.. Saya sanggup!" Jimin mengambil tangan Mina dan digenggamnya erat.

Mina tersentak namun hanya seketika. Dia menarik tangannya kembali daripada Jimin. Dia menggelengkan kepalanya.

"Maafkan saya.. Lupakanlah saya Jimin! Saya harus pergi selamatkan Myoui sekarang. Selamat tinggal!!" Ucap Mina sebelum hilang dari pandangan Jimin. Nampaknya dia telah jump.

"Mina.. Jangan pergi!!!" Jimin menjerit memanggil Mina. Namun hampa, Mina sudah menghilang darinya. Dia terduduk dalam kesepian. Jimin hanya mampu berharap Mina akan datang kembali menemuinya. Dia berjanji akan menunggu gadis itu biarpun perbezaan dunia yang menghalang.

Next:)

Beauty And The Demon'sМесто, где живут истории. Откройте их для себя