Bab 1

104 11 0
                                    

Mina dan Myoui menginap di sebuah rumah kosong seminggu sudah lebih kurang.

Mina membuka pintu kamar Myoui. Tidak ada! Di manakah Myoui? Kemudian dia berfikir seketika.

Bumbung!

Mina keluar dari rumahnya dan mendongak ke atas bumbung. Jadi benar fikirannya itu, Myoui duduk di atas bumbung sambil mendongak menghadap langit melihat cuaca malam.

Kalau siang memang tidaklah Myoui akan berbuat begitu kerana dia tidak boleh terkena cahaya matahari.

"Myoui.. Kau buat apa dekat atas tu? Masuklah rumah!" Panggil Mina.

Myoui menoleh kepada Mina.

Myoui terbang ke arah Mina lalu mengambil gadis itu ke atas bumbung kembali.

Tidak sempat untuk Mina berkata apa-apa. Sekelip mata saja dia sudah berada di atas bumbung bersama Myoui.

"Ishh kau ni.. Nasib tak ada orang nampak." Marah Mina.

Myoui ketawa. Hee.. Ketawanya seram. Bayangkan bagaimana bila demon ketawa. Macam puntianak.

"Mungkin manusia sudah tidur.." Kata Myoui.

"Mungkin jugak, tapi aku tetap risau kalau manusia di sini nampak kau dia atas bumbung ni. Lebih baik kau masuk dalam rumah saja." Pinta Mina.

Myoui menggelengkan kepalanya. Dia menghadap Mina.

"Aku tahu! Manusia tentu akan pelik kalau mereka tengok aku. Aku kan demon. Tak seperti kau!"

Kadang-kadang Myoui mencemburui Mina. Dia tidak seperti Mina. Wajahnya pucat, bibirnya hitam, lingkaran matanya juga hitam. Persis wajah hantu yang menakutkan. Sedangkan Mina cantik. Wajahnya putih dan mulus, bibirnya merah bak delima.

Mina mulai berasa bersalah. Dia kasihan mendengar luahan hati kembarnya itu. Biarpun mereka berbeza. Ikatan persaudaraan mereka tetap terjalin.

"Bukankah aku sudah cakap. Yang kita akan boleh hidup seperti manusia.." Mina cuba meyakinkan Myoui.

"Macam mana Mina? Siang aku tidur, malam aku berjaga. Manusia tidak boleh hidup begitu. Hanya kau yang mampu menjadi seperti manusia biasa.. Aku tidak.. Mungkin aku patut ke dunia itu kembali.

Mina lantas memeluk Myoui. Dia cuba menenangkan Myoui.

"Myoui.. Aku faham. Aku mintak maaf sebab bercakap begitu kepada kau. Biarpun ada perbezaan antara kita.. Kita tetap saudara kembar. Aku sayangkan kau. Tolong jangan berpisah dari aku. Kita sama-sama lari dari evil yang datang nak memusnahkan kita."

Myoui melepaskan pelukan Mina. Dia mengangguk setelah mendengar kata-kata Mina.

Setelah itu, Myoui berbicara lagi.

"Aku rindukan ibu dan ayah."

"Aku jugak. Walaupun mereka sudah lama tak ada. Aku tetap berharap yang kita masih boleh melihat mereka." Mina pula membalas.

"Sudahlah! Kau pergi tidur. Esok siang kau perlu berjaga." Suruh Myoui.

Mina hanya tersenyum dan menurut kata-kata Myoui.

Next:)

Beauty And The Demon'sWhere stories live. Discover now