Bab 2

87 11 0
                                    

Mina keluar membeli makanan di sebuah gerai yang berada di dalam kampung itu.

Ketika Mina melalui kawasan itu, soerang lelaki yang bernama Jimin memandang Mina dari jauh.

"Siapa pulak perempuan tu?" Getus Jimin di dalam hati.

Mujur penampilan Mina seperti manusia biasa. Dia memakai T-shirt lengan panjang berwarna putih dan seluar slek berwarna hitam. Tidaklah nampak janggal di mata orang.

Kalau di dunianya, Mina membalut tubuhnya dengan sutera yang dijahit oleh pari-pari kecil.

Mina memesan nasi goreng untuk dirinya dan daging bakar untuk Myoui.

Dia boleh memakan makanan seperti manusia namun tidak bagi Myoui. Dia hanya boleh makan daging saja.

"Cik ni asal dari bandar ya? Tak pernah nampak pun sebelum ni." Tanya seorang pakcik di gerai itu.

Mina hanya mengangguk.

Takkan lah nak cakap dia dari dunia ghaib pulak.

"Saya mintak diri dulu. Terima kasih." Ujar Mina setelah itu dia terus pulang ke rumah dengan bungkusan makanan yang dibelinya.

Apabila hari sudah gelap, Myoui pun terjaga dari tidurnya. Mina mengajak Myoui makan malam bersama.

"Nah.. Daging bakar untuk kau." Mina menyerahkan makanan itu kepada Myoui.

Myoui mengambil daging bakar itu lalu melahapnya. Dia begitu lapar sekali setelah bangun dari tidur.

Mina juga menjamah nasi gorengnya. Mereka makan sambil berbual-bual.

"Sampai bila kita nak bersembunyi dari evil. Suatu hari nanti dia akan tahu jugak kita berada di sini." Kata Myoui.

"Biarlah dulu.. Selagi dia tak jumpa kita. Kita kekal di sini.." Balas Mina. Dia meneruskan suapan di mulutnya.

"Kenapa kita tak lawan? Kita ada kuasa magis!" Myoui membuang plastik makanannya yang habis dimakan.

"Aku tau. Tapi kuasa magis kita masih belum cukup untuk menewaskan evil. Evil tu penuh dengan tipu muslihat. Dia hanya menunggu peluang untuk menangkap kita.. Lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga." Mina berkata.

"Tapi aku nak bunuh dia!! Sebab evil tu. Mak dengan bapak kita mati!" Myoui mulai naik angin.

Mina cepat-cepat ingin menenangkan Myoui. Dia tidak mahu Myoui bertindak di luar kawalannya.

"Sabar Myoui! Fikir sebelum bertindak. Kita perlu bergabung untuk menjadi pengimbang kuasa bagi menewaskan evil."

Myoui merengus. Setelah itu dia masuk ke kamarnya kembali.

Mina mengeluh, dia lebih rasional dalam berfikir manakala Myoui agak agresif. Mungkin kerana sifat Mina yang seperti manusia sedangkan Myoui yang terlahir dengan sifat demon.

Semua terjadi kerana ibunya demon manakala ayahnya manusia. Myoui mewarisi ibunya dan Mina mewarisi ayahnya. Mereka berasal di dunia ghaib sehinggalah ibu dan ayah mereka dibunuh oleh evil dan mereka membesar sendiri lalu dibantu oleh pari-pari kecil. Kuasa magis yang ada pada Myoui dan Mina dapat melindungi diri mereka daripada ancaman bahaya. Kerana itulah evil ingin menusnahkan mereka berdua dan merampas kuasa magis.

Next:)







Beauty And The Demon'sDär berättelser lever. Upptäck nu