Got7 terdiam dan memandang satu sama lain dengan memek muka geli

****

"Kami dah balik" Kata Taehyung sambil membuka pintu "Tzuyu!!" Dahyun terus berlari memeluk Tzuyu "Ehh oppa kat sini tak nak peluk" Taehyung cemburu

"Sini sekali" Dahyun memeluk dua-dua sekali. Taehyung dan Tzuyu kekok.. "Jangan pergi lagi.. Unnie risau." kata Dahyun dengan sedih. Jimin di sofa mengeluh

Pelukan dilepaskan "Tak.. Tzuyu janji takkan tinggalkan unnie lagi. Mianhae" ucap Tzuyu kesal. "Kalau Tzuyu pergi lagi, Unnie tak teragak nak kahwinkan Tzuyu dengan Taehyung terus!" Kata Dahyun melepas

Bertambah janggal Taehyung dan Tzuyu "Ehh.. Hyun cakap apa ni?"Taehyung memegang leher belakangnya. Malu. Jimin menghampiri mereka

"Tzuyu, Taehyung pergi la rehat." arah Jimin. Mereka segera naik ke tingkat atas. Dia berbalik pada Dahyun "Kenapa awak cakap macamtu dekat diorang? Buat diorang kekok pula" Jimin menegur Dahyun dengan tegas

"Isshhhh saya dah tak tahanlah tengok drama diorang tu. Sampai bila diorang nak couple putus couple putus? Saya tahu sangat diorang tu sebenarnya berjodoh" Jawab Dahyun dengan geram

Jimin mengetap bibirnya "Lagipun.. Saya tak nak Tzuyu jauh. Biarlah dia dekat sini. Caranya satu je.. Kahwin dengan Taehyung" sambungnya

Jimin merenungnya tajam "Tu bukan urusan kita. Biarlah diorang tentukan."Tegur Jimin dengan serius. Dahyun mencebik memandangnya geram

"kalau awak tak suka, awak abaikan je la saya!" Bentaknya lalu menjauhkan diri dari Jimin. Merajuk

Taehyung mencuri dengar perbualan mereka.

Taehyung

Aku tak faham dengan hati sendiri. Macam nakkan dia tapi.. Entahlah. Menerima ramai orang dalam hidup aku buatkan aku rasa mudah tawar hati

Betul ke aku sukakan dia? Tak maksud aku.. Betul ke dia Jodoh aku?

Aku dah cuba ramai perempuan tapi, Tzuyu yang paling dekat dengan aku je yang aku tak cuba lagi. Patut ke aku?

Apa pula kata hati dia nanti. Mudah ke dia nak terima aku lepas dia baru break dengan Wonho. Susah untuk dia lupakan

Namun dia masih mengharap lagi satu peluang sebelum dia balik kampung. Patut ke aku cari baru untuk dia atau aku tawarkan diri sendiri jadi pasangan dia?

Tzuyu

Aku merenung gambar Wonho dalam telefon. Tak sangka dia pun pergi juga. Aku dah penat main dengan perasaan. Memaksa cinta yang tak rela dan lepas di tengah jalan.

Namun ada satu lagi jalan cinta dalam hati yang aku sendiri tak tahu kesudahannya. Taehyung. Dia buat aku bolak-balik.

Melihat dia bersama yang lain cukup sakit. Namun aku gagahkan diri bersama yang lain. Niat aku cuma satu, Kahwin. Aku nak balik

Aku pun dah penat jumpa orang baru. Aku cuma menunggu kau. Itupun kalau kau ada perasaan dekat aku.

Aku berikan satu lagi peluang pada diri. Aku akan cuba satu kali lagi sebelum aku pergi.

Adakah kau akan menawarkan diri sendiri untuk menjadi pasangan terakhirku disini?
Kerana aku hanya
mengharapkan kau

Ting!

Taehyung
Aku dah ada calon baru untuk kau. Younghoon
Esok kau akan jumpa dia. Aku harap kalini, dia memang jodoh kau.

Nampaknya, sampai ke sudah hanya aku yang mengharapkan dia. Aku membelek gelang persahabatan di tangan.

Persahabatan? Hmm.. Tak lama lagi kita takkan jalinkan apa-apa hubungan pun. Aku tak mampu nak berpura-pura lagi

Taehyung
Aku dah ada calon baru untuk kau. Younghoon
Esok kau akan jumpa dia. Aku harap kalini, dia memang jodoh kau

Tzuyu
Okey..Gumawo :)

End

****

Pintu pejabatnya di ketuk
"Masuk" Arah Taehyung
Yuqi mengambil tempat di hadapan Taehyung

"Okey.. Kenalkan diri dan bagitahu ideal type awak" Arah Taehyung sambil tekun menaip sesuatu di laptop

"Saya Yuqi, saya suka lelaki yang Mata besar, hensem, putih, pandai melawak, tu je kot. Saya tak kisah pun dengan sesiapa pun" katanya selamba "Okey. Kejap lagi Lucas datang. Keluar" Arah Taehyung

"Ok thank you" Ucap Yuqi sebelum keluar dari bilik.

Pintu di ketuk lagi "Masuk" arahnya. Jisoo duduk dj hadapan Taehyung

"Kenalkan diri, lepastu nyatakan ideal type kau" arah Taehyung tanpa memandang Jisoo. Sibuk dengan skrin laptop. "Saya Kim Jisoo, korea tulin. Saya cantik, comel.. Suka anjing, suka--"

"Ye ye.. Ideal type?" Taehyung memotong kata-katanya sambil merenung Jisoo malas. Jisoo mengetap bibirnya

"Ideal type saya awak. Kalau dapat awak terus pun, okey jugak" Balasnya dengan teruja. Taehyung terkaku

****

Satu lagi makhluk
Thanks❤️

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now