BAB 12

3.3K 150 14
                                    

Rifqie Aslan melabuhkan punggung ke atas pondok kayu di hadapan rumahnya. Fikirannya masih lagi teringat gadis itu berkata. Dia tersenyum nipis.

Iman Irdina memandang Rifqie Aslan berada di pondok kayu itu turut senyum nipis. Mungkin lelaki itu masih lagi terkejut dengan katanya tadi. Selipar disarungkan dan menuju kearah Rifqie Aslan.

"Rifqie..." Tegur Iman Irdina dengan lembut.

Tempat kosong disebelah Rifqie Aslan dilabuhkan punggung.

Rifqie Aslan tersentak lalu cepat-cepat dia membetulkan duduknya. Senyuman manis diukir pada bibir.

"Awak rupanya, ingat siapa tadi" Balas Rifqie Aslan. Wajah cantik Iman Irdina ditatap seketika dan terus larikan mata ke arah lain apabila bertembung mata Iman Irdina.

"Awak, masih marahkan saya?" Tanya Iman Irdina.

"Marah? Maksud awak" Soal Rifqie Aslan tidak mengerti.

"Sebab dah tipu awak pasal suami saya meninggal. Saya betul-betul tak tahu macam mana nak jelaskan pada awak hari tu. Maafkan saya" Balas Iman Irdina.

"Pasal tu, tak apa laa awak. Janji awak dah jujur. Yang paling pasti, awak akan selamat tinggal dekat sini. Suami awak tak akan dapat cari mana keberadaan awak" Kata Rifqie Aslan dengan Senyuman manis.

"Saya nak ucap terima kasih pada awak sekeluarga. Saya tak sangka jumpa orang sebaik macam awak sekeluarga"

"Sama-sama, Irdina. Awak jangan risau. Sekarang ni, awak jangan terlalu fikirkan masalah kerana boleh mendatangkan perkara buruk ke atas kandungan awak" Ujar Rifqie Aslan sambil anggukan kepala.

"Okey, doktor Rifqie!" Balas Iman Irdina.

Mereka berdua melepaskan tawa kecil.

•••

"Kau dah dapat perempuan tu?" Soal Iman Fahri dengan dingin.

"Belum. Aku dah cuba untuk cari dia, tapi masih lagi tak jumpa mana dia tinggal" Balas Erik Lucias dengan tenang.

Iman Fahri mendengar itu terus panas hati.

"Kau buat kerja macam mana! Selama ni aku suruh kau cari musuh, kau boleh dapat sebelum 24 jam ni tak!" Jerkah Iman Fahri dengan kuat.

Dia mencengkam kolar baju Erik Lucias dengan kuat.

"Kalau macam tu, kau pergi cari sorang-sorang! Tak payah nak menyusahkan aku!" Balas jerkahan Erik Lucias.

"Aku boleh cari sendirilah bodoh!"

Iman Fahri mendengus kasar dan melihat Erik Lucias yang sudah berlalu pergi itu.

"Aku tetap akan cari kau sampai jumpa, Irdina! Semua ini salah kau!"

•••

"Selamat pagi semua" Ujar Rifqie Aslan. Kerusi ditarik lalu melabuhkan punggung ke atas kerusi tersebut.

"Amboi kamu, As. Berserinya muka" Tegur Puan Raudah.

"Berseri ke? HAHAHA. Biasa jela  Umi"

Dia memandang hidangan di depannya ini dengan seribu kerutan pada dahi.

"Siapa yang masak ni, Umi? Banyak betul" Soal Rifqie Aslan.

"Saya yang masak. Rasalah dulu, mana tahu sedap" Celah Iman Irdina dengan sengihan.

"Awak yang masak rupanya. Ha'ah nak rasalah ni" Kata Rifqie Aslan. Nasi goreng kampung menjadi pilihannya.

"Sedap! Pandai awak masak"

"Umi masak tak sedap laa. Tak apalah, lepas ni biar Irdina je yang masak" Ujar Puan Raudah dengan nada merajuk.

"Kamu pun dah pandai nak merajuk sekarang ni, Dah? Macam budak-budak" Usik Encik Khalid pula.

"Hishh... Abang ni, apa. Saya saja je nak usik As" Balas Puan Raudah.

Mereka berempat ketawa dan mula menjamah makanan.

•••

Iman Irdina mengambil telefon rumah Rifqie Aslan lalu mendail nombor Dato'Kamil. Tidak lama kemudian Dato'Kamil menjawab panggilan tersebut.

"Assalammulaikum, Daddy. Daddy dengan Mummy apa khabar?"

"Walaaikummusalam, Irdina. Daddy dengan Mummy sihat sahaja. Kamu tinggal mana, Irdina"

"Daddy, tak perlu risau pasal Irdina. Irdina baik sahaja tinggal di sini. Daddy, kenapa Irdina call Abah dengan Ibu tak jawab?"

Risau juga dirinya apabila dia cuba untuk menghubungi Dato'Rasid namun tiada deringan.

"Irdina, Daddy harap kamu bersabar. Abah kamu dimasukkan ke dalam wad icu atas serangan jantung"

Iman Irdina memegang dadanya dan terkejut dengan kata Dato'Kamil. Air mata mula menitis jatuh.

"Abah tinggal hospital mana, Daddy? Kenapa Abah boleh kena serangan jantung"

"Abah kamu ada hospital 'Seri Melur'. Abah kamu kena serangan jantung sebab Fahri. Dia bagi tahu pada Abah, kamu lari dari rumah kerana ikut lelaki lain. Daddy minta maaf sangat. Daddy janji, Fahri akan terima balasan setimpalnya"

Sekali lagi air mata laju menurun. Mengapa berat sungguh ujian mendatang.

Suami sendiri sanggup menfitnah isteri.

"Tak apa, Daddy. Daddy tak perlu nak minta maaf. Lagi pula, sejahat mana pun Fahri, dia tetap ayah kepada anak Irdina. Irdina harap Daddy simpan rahsia ni dari pengetahuan Fahri"

"Alhamduliah, Daddy akan simpan rahsia ni dari pengetahuan Fahri. Irdina jaga diri baik-baik"

Talian diputuskan.

Mencari Kebahagiaan |COMPLETED✓Where stories live. Discover now