BAB 7

2.9K 154 26
                                    

Iman Irdina berlari menurun anak tangga dengan tergesa-gesa lalu mendekati pintu utama.

Pintu kereta dibuka dan meloloskan diri ke dalam kereta tersebut.

"Asal kau lambat! Aku dah cakap tadi, jangan lambat tapi kau tetap lambat jugak!" Tengking Iman Fahri dengan lantang.

"Min..ta ma..af" Ucap Iman Irdina dengan tunduk kepala.

"Kau ingat, aku tengah bercakap dengan batang kayu ke apa hah? Lain kali, setiap kali aku bercakap dengan kau pandang wajah aku!" Kata Iman Fahri. Dia menolak bahu Iman Irdina dengan kasar.

"Kau ni dah kenapa erk... Sikit-sikit nak nangis. Ini mesti mak bapak kau yang ajar bermanja sangat kan!"

"Jangan nak kaitkan umi dengan abah saya dalam hal ni. Dia orang tak ada kena mengena dengan masalah kita"

Apa salah umi dengan abahnya, sampai dikait dalam masalah mereka berdua.

Iman Fahri menoleh ke tepi dengan hati yang membara apabila Iman Irdina berkata begitu.

Siapa gadis itu mahu menjawab sebegitu?

"Eh kau dengar sini. Kau dengan keluarga kau tu semua, bawa menyusah dalam hidup aku sahajalah! Kenapalah Daddy boleh kahwinkan aku dengan perempuan macam kau ni erk!"

Dengus Iman Fahri dengan kasar.

Pedal minyak kereta ditekan kuat lalu kereta laju membelah jalan raya.

Iman Irdina hanya diam dan mengalihkan pandangan ke luar tingkap.

•••

Kini mereka berdua berada di hadapan pintu rumah Dato' Kamil. Loceng ditekan beberapa kali.

"Ingat pesan aku tadi. Kalau Daddy tanya apa-apa pada kau, kau mesti kena tipu dia orang. Kau bagi tahu dia orang yang aku jaga kau dengan baik. Faham tak?" Bisik Iman Fahri pada telinga Iman Irdina.

"Faham" balas Iman Irdina.

Daun pintu dibuka agak kasar. Dato' Kamil dan Datin Mastura tersenyum manis kepada mereka berdua.

"Menantu Mummy!" Datin Mastura memeluk Iman Irdina dengan erat.

"Jom masuk" Ajak Datin Mastura sambil menarik lengan Iman Irdina supaya mengikuti langkahnya.

Iman Fahri baru sahaja ingin masuk ke dalam rumah, tetapi dia cuak apabila memandang Dato' Kamil tersandar di pintu dengan senyuman sinis ke arahnya. Dia cuba untuk kawal dan terus masuk ke dalam rumah dengan riak tenang.

Makan malam menjadi sunyi sepi. Hanya berteman bunyi sudu garfu sahaja yang berlaga.

"Daddy nak kita semua nanti berkumpul di ruang tamu. Daddy nak bincang sesuatu dengan kamu berdua. Terutama kamu Fahri" Jari dituding tepat ke arah Iman Fahri yang sedang makan.

Iman Fahri tersentak dan membalas renungan tajam dari Dato' Kamil.

•••

Satu keluhan dilepaskan oleh Iman Fahri. Mata Dato' Kamil dari tadi tidak henti memandang Iman Fahri dengan pandangan sukar ditafsir.

"Fahri! Apa yang kamu dah buat pada Irdina?" Soal Dato' Kamil dengan nada yang keras.

Iman Fahri sudah agak pasti hal ini akan dibincang oleh Dato' Kamil. Dia hanya diam dan memandang wajah Iman Irdina.

Mencari Kebahagiaan |COMPLETED✓Where stories live. Discover now