BAB 3

2.9K 157 27
                                    

Iman Fahri duduk di atas pelamin lalu menjeling Iman Irdina di sebelahnya.

Dia berpura-pura tersenyum gembira bila Dato' Kamil dan Datin Mastura naik ke atas pelamin dan mendekatinya.

Dia menyalami kedua tangan Dato' Kamil dan memandang tajam anak mata Dato' Kamil bila Dato' Kamil membisikkan sesuatu kepadanya.

"Kamu kena ingat pesan Daddy yang kamu akan jaga Irdina dengan elok-elok. Jangan sampai dia terluka kalau tak. Daddy akan pastikan kamu jadi pengemis." Bisik Dato' Kamil kepada Iman Fahri.

"Pastikan Daddy tunai janji daddy." Balas Iman Fahri sambil  senyum sinis kepada Dato' Kamil.

Selepas selesai majlis mereka. Iman Fahri menarik lengan Iman Irdina lalu mendekati kearah keluarga mereka berdua.

"Umi, Abah... Daddy, Mummy... Fahri minta izin dulu nak balik ke rumah kami berdua." Kata Iman Fahri dengan senyuman fake.

"Dah nak balik ye Fahri. Ye lah jaga anak Umi baik-baik. Nanti kalau ada masa, Umi datang jenguk kamu berdua." Kata Datin Salimah dengan menggosok bahu Iman Fahri.

"Balik elok-elok jangan bawak kereta tu laju sangat." Pesan Datin Mastura pula.

"Irdina anak Umi. Umi nak pesan. Jaga makan minum dan pakaian suami kamu. Apa yang dia cakap atau suruh kamu, mesti kena turut kan. Jangan membantah atau melawan. Umi tahu kamu akan jadi isteri terbaik buat Fahri." Pesan Datin Salimah lalu memeluk Iman Irdina.

Mereka melambai kearah kereta milik Iman Fahri. Dengan laju kereta Iman Fahri meluncur keluar dari kawasan tersebut.

•••

Iman Irdina keluar dari kereta dan mengikuti langkah Iman Fahri dari belakang. Matanya meliar melihat kawasan rumah itu. Sungguh elegen.

Dalam dia tidak sedar dia terlanggar belakang Iman Fahri apabila Iman Fahri berhenti langkahnya di situ.

Iman Fahri berdecit geram lalu memusingkan badannya menghadap Iman Irdina.

"Kau buta ke apa!. Tak nampak aku dekat depan ni?." Iman Fahri mendengus kasar.

"Sa...saya mi..minta ma..maaf. Sa..saya ta..tak se..sengaja." Balas Iman Irdina. Kepalanya sentiasa tunduk apabila bercakap dengan Iman Fahri.

"Banyak punya maaf kau. Mana beg pakaian aku?." Tanya Iman Fahri dengan menayangkan riak wajah bekunya itu.

"Dalam kereta." Jawab sepatah dari Iman Irdina.

"Habis tu? Kau pergilah ambik bodoh! Tak akan, itu pun aku nak ajar!." Iman Fahri tolak bahu Iman Irdina dengan kasar. Iman Irdina jatuh terduduk di atas tanah sambil menangis.

"Aku suruh kau pergi ambik beg aku! Bukannya suruh kau menangis!." Iman Fahri tunjal kepala Iman Irdina dengan menggunakan jarinya.

Iman Irdina pantas bangun dari duduknya sambil mengesat air mata lalu mendekati kearah kereta. Pintu kereta belakang di buka dan mengambil beg pakaian Iman Fahri dan dia.

Dia masuk ke dalam rumah Iman Fahri. Mulutnya melopong memandang di dalam rumah itu tersebut.

Sungguh cantik!

"Kau buat apa lagi tercegat dekat situ! Sini lah!." Kata Iman Fahri di tingkap dua rumahnya itu sambil memeluk tubuh.

Iman Irdina segera mendongak kepalanya ke atas. Dengan cepat dia berlari naik tangga dan mendekati Iman Fahri yang sudah memeluk tubuh itu.

"Bilik kau sana dan sini bilik aku. Kau jangan nak goyangkan kaki kau saja bila aku pergi kerja. Pastikan rumah aku sentiasa bersih. Ingat sikit kau tu cuma menumpang dalam rumah ni"

"So, menumpang tu buat cara menumpang." Dengan kasar Iman Fahri meragut beg pakaiannya dari pegangan Iman Irdina.

Iman Irdina tersentak apabila Iman Fahri berkata begitu kepadanya. Dengan malasnya dia menuju kearah bilik tidur.

Hari yang sungguh memenatkan.

Dia membuka perlahan daun pintu bilik. Sekali lagi mulutnya terlopong melihat suasana di dalam bilik tersebut.

Tanpa lengahkan masa lagi, dia terus membaringkan dirinya ke atas katil. Kerana terlalu penat dia terlelap tanpa menukar pakaian tadi.

•••

BUSH!

Air di dalam baldi tadi, disimbah ke atas tubuh Iman Irdina yang sedang lena itu.

"Bangun perempuan!" Jerit Iman Fahri dengan lantang.

Pantas mata Iman Irdina membuka matanya dan bangun dari tidur.

"Abang! Baju saya." Iman Irdina tinggikan suaranya dan memandang dirinya yang basah kuyup itu akibat simbahan air dari Iman Fahri.

Iman Fahri menggengam penumbuk dan berombak laju dadanya apabila Iman Irdina tinggikan suara pada dirinya.

"Kau siapa perempuan nak tinggikan suara kau pada aku hah?!"

Iman Fahri merentap kasar tudung Iman Irdina lalu mencampak kearah lain. Rambut Iman Irdina di tarik kuat olehnya.

Iman Irdina pejamkan matanya bagi menahan rasa sakit di ubun kepalanya.

"Ab..abang... Sa..saya mi..minta ma..maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja." Tangannya menepuk perlahan lengan Iman Fahri supaya meleraikan pegangannya itu.

"Kau kena ingat satu perkara erk perempuan. Jangan sesekali tinggikan suara kau pada aku! Sedar sikit diri tu. Dasar isteri derhaka!." Iman Fahri melepaskan rambut Iman Irdina dengan kasar.

"Aku nak kau bersih rumah aku. Aku tak nak satu pun habuk yang ada. Faham tak?." Arah Iman Fahri.

"Faham." Balas sepatah dari Iman Irdina.

Iman Fahri keluar dari bilik Iman Irdina dan menurun tangga lalu mencapai kunci kereta. Dia meninggalkan kawasan rumah dan menuju kearah Syarikat.

Air mata Iman Irdina mula tubir. Dia mengelap air mata, hatinya terasa sangat sakit apabila Iman Fahri melayan dirinya seolah-olah dia orang gaji di dalam rumah ini.

Mencari Kebahagiaan |COMPLETED✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang