˗ˏˋcʜapᴛᴇʀ 12

Start from the beginning
                                    

Jungkook terlihat sangat tenang. Dia sedang duduk di atas kerusi berhadapan dengan pintu seperti dia sudah tahu akan kehadiran pihak polis.

Pantas tangan Jungkook digari kemudian Jungkook dibawa keluar bersama Jin dibelakangnya. Dia lalu dimasukkan ke dalam kereta polis lalu dibawa ke balai

×Balai Polis Daerah Gangnam×

×Bilik Siasatan×

Jungkook akhirnya ditangkap oleh pihak polis. Sekarang, Jungkook perlu disiasat lebih lanjut bagi mendapatkan motif pembunuhan yang dilakukannya

Seo Yeon dan Namjoon memasuki bilik tersebut. Sebuah fail berkenaan mangsa-mangsa dan bukti-bukti pembunuhan berada di tangan Seo Yeon

Jungkook tampak tenang. Tidak gelisah apatah lagi takut. Dia menyandarkan tubuh belakangnya pada kerusi.

"Jeon Jungkook, so you the one huh-" kata Seo Yeon membelek fail tersebut kemudian menjeling Jungkook

Jungkook tersenyum lebar sengaja menampakkan sebaris giginya yang putih itu. Takde hati ke apa?

Jungkook menggerakkan sedikit badannya ke hadapan. "Detektif mesti dapat kan surat yang saya bagi tuu" ayat itu yang dilontarkan oleh Jungkook sambil tersenyum.

Seo Yeon yang sedang membaca fail kes tersebut tersentak lalu memandang Jungkook dengan pandangan yang tajam

"Detektif jangan laa pandang saya mcm tuu, seram lah.." kata Jungkook lalu memuncungkan mulutnya

Seo Yeon menahan kesabarannya. Ingin sahaja dia memberi flying kick kepada Jungkook. Seo Yeon menarik dan melepaskan nafasnya.

"Awak yang bunuh ketujuh-tujuh perempuan yang dijumpai di sekitar Gangnam Apartment bukan?" Soal Seo Yeon serius

"Urmm Detektif rasa?" Soal Jungkook kembali. Dia tersenyum lebar. "Ya, saya yang bunuh mereka semua" jawab Jungkook dengan jujur

"Saya tak nak lama-lama dengan awak sebab saya meluat jadi saya rasa lebih baik kita teruskan saja siasatan ini..apa motif awak membunuh mereka semua?" Soal Seo Yeon dengan nada dan riak wajah yang serius

Namjoon yang sedang menjaga pintu bilik hanya memerhatikan mereka. Jungkook menyilangkan tangannya lalu kembali bersandar pada kerusi

"Motif? Hahahaha.." Jungkook ketawa kecil. Apa yang lawak sangat entah laa. "Hm motif...takde motif" jawab Jungkook selamba

"Takkan takde motif? Dendam? Tak puas hati?" Soal Seo Yeon

Jungkook mengelengkan kepalanya perlahan "tak, semua tak. Takde motif. Saja" jawapan Jungkook itu membuatkan kepala Seo Yeon terasa seperti hendak meletup

"Kalau takde motif, kenapa awak pilih perempuan? Kenapa bukan lelaki?" Soal Seo Yeon lagi

Jungkook melihat Seo Yeon. Secara tidak sengaja mereka bertentang mata. "HAHAHAHAHA saya ingat Detektif ni pandai sangat tapi.. saya rasa saya lebih bijak.." perkataan tersebut membuatkan Seo Yeon tercuit

Suka hati dia jee kata dia lagi pandai. Huh- "Cuba Detektif fikir kenapa saya pilih perempuan. Bagi saya, kenapa saya perlu membunuh mangsa yang kuat sedangkan mangsa yang lemah ada di depan mata?" Soal Jungkook dengan tersenyum sinis

"Lagipun, kudrat lelaki kuat dan ianya akan merumitkan kerja saya. Dan perempuan pula lemah, dengan wajah saya yang handsome nii petik jari sahaja mereka sudah termakan dengan umpan saya" jelas Jungkook kemudian mengenyitkan matanya

Seo Yeon memaparkan wajah seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Jungkook.

'Wahh real psychopath..tch-' kata hati Seo Yeon. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Seorang anggota polis masuk bersama sebuah sampul

"Detektif, ini daripada Doktor Jung Hae Ra, doktor yanh menjalankan ujian psikologi terhadap Jungkook" kata anggota polis tersebut lalu menghulurkan sampul itu

Seo Yeon mengambil sampul tersebut. Anggota polis itu meninggalkan bilik penyiasatan. Seo Yeon kemudiannya membaca surat yang berada di dalam sampul tersebut

"Hurm, result psikologi awak menandakan awak pass as a psychopath sbb mata awak mencapai mata yang perlu dilepasi as a psycho" kata Seo Yeon

"HAHAHAHAHAHA buat apa test kalau saya boleh mengaku sendiri. I'm a psychopath. Ouhh yahh you know what.." Jungkook seperti hendak mengatakan sesuatu

"What?" Jeling Seo Yeon

"Mianhae, but i'm the one who stabbed Detektif Jimin and i'm the one that caused you into a car accident" pengakuan Jungkook itu membuntang kan mata Seo Yeon

Penumbuknya digenggam erat. Muka nya penuh amarah. Seo Yeon yang tadi terduduk kini bangun

BUSHH!!

Meja dihentak kuat oleh Seo Yeon. Namjoon yang terkejut akan perbuatan Seo Yeon pantas menarik nya keluar dari bilik. Jungkook pula? Jgn tanya. Dia tertawa puas

"Siasatan habis di sini. Kejap lagi akan ada polis yang bawa awak ke penjara" kata Namjoon kepeada Jungkook lalu keluar dari bilik itu juga

Dada Seo Yeon berombak. Nafas nya laju. Marah nya membuak-buak seperti gunung berapi yang sedang menggelegak. Tinggal meletup sahaja












-----×××-----

Yes gais yes next chapter is the ending HOORAYYY! Author minta ampun yaa sbb dh 3 hari tak update latest chapter

Ada masalah sikit, masalah emosi huhu T^T hope readers setia dengan author yee jgn curang ii tak baik

Stay tuned for the next chapter, the last chapter uwuu. As always vote yee muahh

[✔] The Psychopath | 전정국Where stories live. Discover now