˗ˏˋcʜapᴛᴇʀ 10

272 42 3
                                    

"Ji-ji-jimin?!" Soal aku terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ji-ji-jimin?!" Soal aku terkejut

"Nae, it's me. Park Jimin" Jimin menjawab dengan menguntumkan sebuah senyuman. Aku pantas bangun, berlari ke arah Jimin. Tubuhnya yang tinggi dan kurus itu aku peluk. Rindu yang amat terhadap suara yang annoying tu. Tidak semena-mena air mata aku mengalir.

"Jimin, aku rindu kau" aku mendongakkan kepala, memandang Jimin dengan mata yang berair.

Jimin tersenyum "aku rindu kau jugak" Jimin kemudian mengusap rambut aku. "Jom, aku bawak kau jalan-jalan dekat taman bawah.." Jimin kemudian menarik tangan aku keluar daripada pejabat tersebut.

-----×××-----

Jin mendapat khabar berita tentang kemalangan yang menimpa Seo Yeon. "ARGHHH LEPAS SATU-SATU JADI!!" Jin berteriak, penuh kemarahan. Wajahnya kemerah-merahan.

Tumbukan yang kuat dilepaskan ke atas meja. Runsing Jin dibuatnya. Mula-mula Jimin, sekarang Seo Yeon pula.

"YAISHHH!!" Sekali lagi Jin menjerit. Mejanya yang kemas, diserabutkan. Barang-barang jatuh daripada meja dan berselerak ke atas lantai.

Jin kemudiannya terduduk. Tanpa disedari, Jin menangis. Dia mengesat air matanya. Kepala nya didongakkan ke atas.

Kemudian, Jin bangun daripada kerusinya. Pantas sahaja tangannya mencapai telefon dan kunci kereta. Laju Jin berjalan ke arah keretanya.

Dia memecut ke arah hospital. Sesampai di sana, terlihat Seo Yeon rebah di atas katil.

Bersama di dalam bilik itu seorang detektif yang ditugaskan untuk menjalankan siasatan bersama Jin. Pendek kata, dia yang akan menggantikan tempat Jimin.

"Haishh.." pemuda ini menghelakan nafas yang berat. Sayu hatinya melihat rakan yang sudah seperti darah dagingnya, terlantar di atas katil. Tidak bermaya.

Seorang lelaki memasuki ruangan bilik tersebut. "Koperal panggil saya ke?" Soal Doktor yang bernama Jung Hoseok tersebut.

Doktor itu juga lah yang cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Jimin. "apa berlaku pada Seo Yeon, doktor?"

"Terdapat sedikit retakan pada bahagian belah kanan kepala Detektif Seo Yeon dan itu yang menyebabkan Detektif Seo Yeon pengsan" jelas Doktor Hoseok

"Jadi, bila dia akan sedar? Bila dia boleh keluar?" Soal Jin

"Bila Detektif Seo Yeon akan sedar itu saya tidak pasti. Ianya bergantung pada Detektif Seo Yeon..

Dia boleh keluar apabila sebaik sahaja tersedar daripada pengsan" persoalan Jin dijawab oleh Doktor Hoseok.

"Huh, terima kasih doktor" Jin mengukir senyuman yang nipis. Doktor Hoseok menganggukkan kepala nya menandakan 'sama-sama' lalu berjalan keluar meninggalkan bilik.

Jin kemudian menatap wajah Seo Yeon yang pucat itu. Lalu Jin memandang ke arah lelaki yang sedang menikmati pemandangan kota Gangnam daripada tingkap bilik.

[✔] The Psychopath | 전정국Where stories live. Discover now