T417

70 12 19
                                    

Penampakan itu membuatkan tubuhku kaku. Aku tidak mampu menggerakkan kakiku ke kanan dan ke kiri malah terus mematungkan diri di hadapan pintu bilik larangan itu.

Peluh dingin membasahi permukaan kulit sehingga tubuhku sedikit menggigil. Mahu sahaja aku segera memanggil semua rakan sebilikku untuk keluar tetapi entah mengapa tindak balas pada otakku sedikit lambat sekarang ini.

Jangan-jangan ini disebabkan otak menghantar isyarat untuk mematikan seketika tindak balas pada setiap saraf di dalam otak ini.

Aku meneguk air liurku untuk seketika. Lalu, pandangan dikalihkan ke arah muka pintu itu semula. Kecil besar kecil besar kecil besar je mata aku kat pintu ni sekarang.

Aku menadahkan tangan lalu terkumat-kamit membaca doa. Otakku cuba memerah doa apakah yang patut aku baca sekarang apabila rasa panik menguasai setiap hormon di dalam badan.

Hampir lagi aku terbaca doa makan.

Tiba-tiba, aku terpandang seorang lelaki yang mirip sekali dengan Asyreen. Aku tidak nampak dengan jelas memandangkan aku masih lagi takut.

Lalu, aku melambai ke arahnya dengan senyuman yang melebar.

"Oi Asyreen!"laungku.

Namun, lelaki itu hanya mendiamkan diri dan dia terus mengukirkan senyuman yang aneh ke arahku.

(C) Tingkat Empat | OSHOù les histoires vivent. Découvrez maintenant