"Kau betul ke nak buat?"
"Kenapa kau asyik tanya aku ni? Dah aku kata nak buat kan, tak payah banyak tanya boleh tak?" Armel berdecit geram. Tanya banyak-banyak buat apa. Kasi rimas jelah dia ni. Tangan dilalukan bawah air.
"Aku tanya sebab aku tak nak terjebak dalam masalah kau nanti." Gadis di depannya itu sandarkan belakang tubuhnya pada dinding. Mata memandang tepat ke wajah Armel.
"Pandai-pandai la aku settle masalah aku sendiri. Kau cuma perlu bawa aku jumpa dengan dia. Yang lain kau tak perlu masuk campur." Balas Armel angkuh. Tangan yang masih basah dilap dengan tisu sebelum tisu tersebut dibuang ke dalam tong sampah.
"Fine. Suka hati kaulah. Apa-apa kau jangan datang cari aku."
"Asal kau gelabah sangat ni? Bukannya kau tak pernah buat kerja tu. Hari-hari kau pergi berjoli dengan duit yang kau dapat. Nak kalut buat apa?" Soal Armel geram.
"Aku dah bagitau kau kan, minggu depan aku dah nak stop buat semua kerja-kerja tu. Aku dah tak nak ada apa-apa lagi hubungan dengan dia. Kau menghilang lama sekarang kau muncul depan aku mintak aku bawa kau jumpa dia. Kenapa? Duit papa kau dah nak habis ke?" Sindir gadis itu dengan bibir merah mungilnya yang terherot sinis.
"Terserah kaulah nak kata apa Lydia. Aku malas nak dengar. Aku cuma nak kau tolong bawa aku jumpa dengan dia, yang lain biar aku sendiri settle. Tapi kalau kau rasa permintaan aku ni susah sangat kau nak penuhi, fine. Aku cari orang lain yang boleh tolong aku." Armel dah rasa muak lama-lama hadap muka Lydia. Lebih-lebih lagi memikirkan tempat yang menjadi spot perbualan mereka. Bau busuk itu sejak tadi mencucuk-cucuk rongga hidungnya. Rasa nak muntah pun ada.
"Okey. Hujung minggu ni aku bawa kau pergi jumpa dia." Kata Lydia bila tengok Armel capai beg silang Guccinya mahu keluar dari situ.
"Nak jumpa dekat mana?"
"Armel!" Panggil Lydia bila dia nampak kelibat gadis itu masuk ke dalam kafe. Dari tempat dia sedang berdiri, Armel dapat lihat ada dua figura sedang duduk di meja jauh di hujung sudut sana.
"Ini Armel." Lydia kenalkan bila dua-dua sudah bertemu mata.
"Hi." Wanita itu senyum dengan sebelah tangan dihulur ke depan. Armel sambut huluran tangan itu berserta senyuman di bibir. Armel dapat rasa ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya atas bawah tapi sengaja dia buat tak tahu. Lepas betulkan skirt sendat paras lutut yang dipakainya, Armel ambil tempat berhadapan dengan Sintia. Clutch mahal berjenamanya dia letak atas meja.
"Let me just straight to the point. Kau betul nak buat kerja escort ni?" Tanya Sintia. Tangan dia silangkan ke tubuh dan belakang badan disandar pada kerusi. Armel anggukkan kepala tanpa banyak fikir. Lydia pula sebaik saja Armel mengambil tempat di meja itu, dia terus bangun untuk pergi. Kerjanya dah selesai. Buat apa lagi nak duduk lama-lama dekat sini. Lagipun sungguh Lydia tak nak libatkan diri dalam hal mereka berdua. Baik dia angkat kaki awal-awal sebelum namanya terbabit sama.
"Isn't that just enough to know that I'm willingly want to do it?" Soal Armel sengaja tak nak jawab persoalan itu.
"Nope. That's not how it work. Of course you must give me a solid reason Armel, because I'm sure there's something going inside your head." Sintia tersenyum sinis.
"Sebab kalau aku tengok daripada cara kau ni, kau bukan terdesak sangat nak dapatkan duit. Kasut, beg, baju. Semua barang kau branded. Apa sebenarnya yang kau nak?" Tambah Sintia lagi. Cawan putih yang berasap nipis diangkat sebelum dibawa ke bibir. Lalu Sintia menghirupnya perlahan.
"Aku nak access untuk masuk ke tempat tu." Dari balik cawan yang dipegangnya, Sintia larikan pandangan mata ke muka Armel. Dingin. Tiada secebis ekspresi pun yang gadis itu berikan. Cawan di tangan diletakkan kembali ke atas meja.
"Maksud kau?" Soal Sintia pendek.
"Minggu depan kau akan hantar budak-budak kau dekat Blue Palace kan?" Soalan dijawab dengan soalan. Ah, Sintia paling benci perbualan seperti ini.
"Mana kau tahu?"
"Benda tu tak penting. Yang penting sekarang aku nak kau tolong aku masuk tempat tu. Selain dari tu kau tak perlu ambil tahu."
"Maksud kau, kau nak guna aku sebagai jalan pintas?"
"Hahahhaha!" Sintia ketawa lucu dengan statement Armel. Wajah Sintia dipandangnya kosong. Mata-mata yang mula beri perhatian kepada mereka tidak dihiraukannya. Armel tunggu Sintia selesai dengan hilai tawa mengejeknya itu.
"Budak mentah macam kau boleh buat apa? Kalau betul kau mampu, apa yang aku bakal dapat?" Balas Sintia rendah namun jelas di telinga Armel.
"Kau tak perlu risau. Aku janji kau akan dapat pulangan yang lumayan. Apa yang aku nak kau buat sekarang cuma cover aku masuk ke tempat tu. Simple. Tak perlu banyak bunyi." Kali ini Armel pula yang silangkan tangannya ke tubuh.
"How can I simply trust a 20 years old kid?" Perkataan kid sengaja ditekankan. Kali ini Sintia dah tak nak main-main. Buang masa je layan. Kalau dia tengok Armel ni atas bawah, ya memang tak boleh nak dinafikan. Anak orang kaya. Dengan lagaknya pun Sintia dah boleh tahu. Tapi entah kenapa disebalik semua itu dia rasakan ada sesuatu yang gadis itu ssedang sembunyikan. Tengok saja kasut tumit tinggi yang dipakainya, bukan main tinggi lagi. Nak berlagak hebatlah tu.
"Because I'm different Sintia. I will get what I want instantly. Aku yakin kau pun tak nak pihak polis tau pasal 'bisnes' yang kau buat ni kan?" Balas Armel senada. Matanya dihalakan tepat ke mata hijau Sintia sebelum hujung bibirnya terangkat naik. Sintia tersentak namun cepat-cepat dia cuba sorok riak wajahnya.
Tanpa sedar Sintia tarik senyum.
Huluran tangan Sintia disambut sebelum Armel meneliti topeng muka di tangannya itu.
"Untuk tema malam ni." Jelas Sintia ringkas. Mata masih fokus pada pemanduan.
Malam itu seperti yang dijanjikan Sintia sendiri yang akan bawa Armel ke Blue Palace. Budak-budaknya yang lain awal-awal lagi sudah dihantar ke sana oleh dua orang pekerjanya.
"Masquerade mask? Habis tu macam mana aku nak tahu mana satu dia?"
"Kau tak perlu risau. Sampai je sana aku akan bawa kau ke bilik VIP, tempat khusus untuk orang-orang atasan macam dia. Orang lain takkan syak apa-apa sebab kau dengan aku." Jawab Sintia yakin. Dia pusingkan kereta ke kanan sebelum sebuah bangunan yang berdiri gah di tengah kesibukan malam menyapa pandangan mata mereka berdua.
Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam hotel itu, mereka disambut oleh dua orang wanita. Tanpa banyak bicara, Sintia hulurkan sesuatu kepada salah seorang daripada mereka. Terus riak wajah mereka berubah. Armel jeling sekilas ke tangan Sintia. Ada objek kecil yang berkilau di telapak tangannya itu. Mungkin tanda pengenalan diri. Beberapa saat kemudian, seorang lelaki datang menghampiri mereka. Barulah Armel sedar wanita di kaunter pertanyaan itu yang memanggil melalui interkom yang tersedia.
"Come with me." Kata lelaki bersut itu.
Sintia dan Armel dibawa ke arah lif. Setelah butang ditekan pintu lif terbuka luas dan mereka bertiga menapak masuk ke dalamnya. Pintu ditutup kembali dan butang nombor 13 pula ditekannya. Perlahan-lahan Armel dapat rasa dirinya dibawa naik ke atas. Armel jeling ke sebelah. Disebalik topeng yang dipakainya, Armel dapat agak riak wajah Sintia yang kekal tenang sejak mereka sampai di situ. Orang dah terbiasa, takkan nak kalut kut. Bisik Armel dalam hati.
Armel tak nak ambil tahu tentang yang lain. Apa yang dia nak tahu, malam ni juga dia akan bongkarkan kerja-kerja kotor lelaki hanat itu. Dia akan pastikan lelaki itu diheret turun dari pewarisan harta papanya. Armel akan tengok hidupnya musnah selepas rancangan malam ni berjaya. Dia tekad.
STAI LEGGENDO
Prey
Storie d'amoreShe can't choose. It's her fate, her karma. This the only way to pay back everything. Disclaimer : A simple description but I believe there's a lot of things to catch up behind it. This is not my first work. I've done this before with different ac...
