Bab 32

2.6K 122 0
                                    

"Tapi, aku taknak kahwin dengan dia,"kata Mikael seakan merayu. Abangnya hanya pamerkan riak kosong.

   "Bukan masalah aku. Kau yang cari pasal. Kau yang buat dia tergila-gilakan kau,"balas Jibrael. Mikael terdiam lagi. Tidak tahu nak balas apa. Segala apa yang Jibrael katakan memang benar.

   " Apa yang aku boleh buat? Tolonglah aku,"

   "Cuba kau berbincang dengan dia. Mungkin berhasil," Jibrael memberi idea. Kali ini, lembut sedikit kata-katanya.

   "Thanks, Jib. Kau banyak membantu aku. Kau abang yang terbaik," puji Mikael. Dia bangun dari duduknya dan bergerak ke tangga.

   "Memanglah aku yang terbaik. Aku ni je lah satu-satunya abang kau," Jibrael memuji dirinya sendiri. Mikael berhenti di tangga yang ketiga apabila abangnya berkata.

   Sempat dia mencebik sebelum ketawa kecil.

                        💗💗💗💗💗

Mikael mengeluh lagi. Tasik dihadapannya dipandang dan direnung dalam-dalam. Tenang sedikit hatinya apabila melihat kecantikan ciptaan yang maha Esa.

   "Aku dah berubah, kan? Aku dah berubah," gumamnya.

   Setahun lepas, Cikgu Hisham mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya pengawas sekolah. Fikir guru disiplin itu, mungkin Mikael bakal berubah. Fikirannya meleset di awal waktu, Mikael menyalah gunakan kuasanya untuk kepentingan diri dan rakan-rakannya.

   Di pertengahan tahun, Mikael mendapat kesedaran daripada penceraian ibu bapanya. Dia sedar, betapa sakitnya hati jika cinta dipermainkan. Tahulah dia, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia mula berubah. Tetapi, Faleeq menentang sekeras-kerasnya manakala Zafrel setuju dan mengikut sahaja. Hubungan Mikael dan Faleeq menjadi renggang dari hari ke hari. Sehinggalah tamat sahaja PT3. Faleeq mengambil keputusan untuk pindah ke Johor. Jadi, faktor lain selain keputusan PT3 nya yang agak teruk, hubungan dia dan Mikael juga menjadi faktor utama untuk Faleeq Aiqal berpindah.

   Sehingga sekarang, mereka langsung tidak pernah berhubung. Zafrel? Mikael tidak tahu dan malas nak ambil tahu. Biarlah kisah dia dan Faleeq menjadi sejarah hitam dan dijadikan pengajaran yang boleh digunakan dalam memilih sahabat.

   Semakin lama, Mikael menjadi semakin tenang ketika duduk di situ. Bunyi burung berkicauan, angin sepoi-sepoi bahasa dan pemandangan indah berjaya menenangkan hatinya.

   Kadang-kadang, dia rasa yang diri dia terlebih-lebih. Memandangkan macam-macam boleh berlaku dalam 8 tahun akan datang. Tapi, dia langsung tak tenang jika masalah masih lagi tidak selesai. Ditambah lagi dengan peperiksaan pertengahan tahun yang bakal berlangsung lagi dua minggu.

   "Abang!"

   Mikael menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Seorang budak lelaki yang umurnya lebih kurang 10 tahun berada di hadapan Mikael.

   "Hmm.. Ya, kenapa?"

   "Abang okey?"

   "Err.. Okey. Adik ni siapa? Tak elok tau tegur orang yang tidak dikenali," tanya Mikael. Sempat lagi dia nasihatkan budak kecil tu.

   "Oh, nama saya Affiq. Ayah suruh bagi air mineral ni. Tenangkan diri abang," kata Affiq sambil menghulurkan sebotol air mineral. Huluran Affiq disambut dengan pelik. Tenangkan diri?

   "Tenangkan diri?"

   "Ye lah. Abang tak perasan ke? Abang terjerit-jerit, kusutkan rambut tadi," beritahu Affiq. Lagilah Mikael kepelikan. Mungkin dia buat semua tu tanpa sedar. Maklumlah, tadi sibuk sangat berangan.

   Mikael tersengih sendiri. Affiq senyum.

   "Ni mesti abang tak sedar yang abang buat semua tu," Affiq mengenakan Mikael. Mikael hanya senyum. Tidak tahu hendak balas apa.

   Penutup botol air mineral yang dipegang dibuka lalu isinya diminum. Lega sedikit tekaknya. Kemudian, dia memandang Affiq yang sudah duduk di sebelah dirinya.

   "Abang ada masalah apa? Share lah!" tanya Affiq. Mikael memuji dalam hati. Prihatin betul budak ni.

   "Tak apalah. Abang boleh selesaikan sendiri,"

   "Abang, tak elok tau pendam masalah seorang-seorang. Nanti boleh jadi orang gila!" Affiq cuba menakutkan Mikael dengan perkataan 'orang gila'. Harapnya menjadilah.

   "Hmm.. Orang gilalah sangat,"

   "Betullah. Yang terjerit-jerit seorang-seorang tu. Gilalah tu," kata Affiq. Mikael terkena sendiri.

   "Macam ni... Abang ada masalah dengan seorang ni. Dia memang dah buat hidup abang tak tenteram. Geram tau! Lepas tu, ada exam pula lagi dua minggu. Stresslah macam ni," luah Mikael. Dirinya sedikit lega.

   "Ooo.. Macam tu. Abang cuma kena bincang je lah dengan dia tu. Cakap yang abang tak suka dia. Pasal exam abang tu. Abang bahagikanlah masa," nasihat Affiq.

   "Hmm..," Mikael cuba menghadam nasihat Affiq. Sama dengan nasihat Jibrael dua hari lepas. Tapi, Mikael tak yakin nak berhadapan dengan Nissa.

   "Paling penting, kita kena yakin dengan apa yang kita buat," tambah Affiq. Mikael mengangguk spontan. Ya, dia perlukan keyakinan.

   "Mana adik dapat nasihat ni?"

   "Ayah. Ayah suka bagi nasihat kat Affiq," jawab Affiq sambil jari telunjuknya menghala ke arah ayahnya yang berada di tepi tasik. Ayah Affiq sedang memancing.

   "Ayah Affiq memang suka memancing ke?"

   "Haah. Suka sangat memancing. Pantang ada masa terluang," balas Affiq. Mikael teringatkan Tengku Norman. Tengku Norman tak pernah ada masa terluang dengannya dan Jibrael.

   "Best nya, Affiq," gumam Mikael tanpa disedari Affiq. Affiq tiba-tiba turun bangku yang diduduki mereka.

   "Abang nak try memancing?"

   "Abang tak pandailah,"

   "Nanti ayah Affiq ajar. Jomlah!"

   "Okey. Fine! Kita tengok siapa yang dapat paling banyak ikan," cabar Mikael. Lalu, mereka berdua berjalan beriringan ke arah bapa Affiq.

  

  

Saya sayang awak, Miss Blushing!!Kde žijí příběhy. Začni objevovat