Bab 5

2.3K 325 98
                                    

You're the best gift from the God.

Buku terakhir diletakkan di rak dan wanita itu berundur beberapa tapak. Sisi bibirnya mengukirkan senyuman apabila susunan buku di rak itu kelihatan kemas dan teratur mengikut jenis dan bidangnya. Lalu, Vanessa mengangkat kotak kosong tersebut dan disimpan di atas rak. Mungkin berguna untuknya di masa akan datang.

Siapa tahu, kan?

Lalu, Vanessa melabuhkan punggungnya di atas kerusi dan memandang segenap ruang di dalam pejabatnya itu. Cat berwarna kelabu cair dipadankan dengan perabot serta hiasan lain yang turut berwarna gelap dan putih. Pejabatnya dicatkan dengan warna kegemarannya dan dihiaskan dengan gaya elegan, sama seperti rumahnya.

Patutlah Tuan Daniel beria-ria tanya kepada dia tentang dekorasi pejabat dan rimah yang dia inginkan. Katanya Tuan Daniel nak minta pendapat untuk ubah ruang pejabatnya sendiri, rupa-rupanya untuk hiasan rumah dan pejabatnya di hospital itu.

Licik sungguh lelaki itu.

Lalu, Vanessa menghidupkan komputer miliknya dan tangan kiri menongkat wajahnya sendiri. Saat komputer ribanya dihidupkan, terus terpampang tulisan 'Welcome To Queen Derin Hospital's family, Doctor Vanessa Willians!' pada skrin. Lantas, Vanessa menekan tanda pangkah merah.

Dia tak berminat, sama ada untuk rasa terharu ataupun teruja.

Dia membuka aplikasi khas untuk dia mengetahui maklumat kesemua pesakit yang ada di dalam hospital ini. Hanya perlu memasukkan kod khas yang membezakan setiap pesakit yang mendaftar masuk saja, kesemua maklumat penyakit dan preskripsi ubat akan terpapar di skrin.

Lantas, Vanessa menekan suatu kod dan menekan punat enter. Seketika kemudian, maklumat seorang pesakit terpapar di skrin komputernya. Dia meneliti setiap satu informasi yang tertulis di situ.

Andrea Vins.

Kemudian, nafasnya dilepaskan berat. Kepalanya sibuk memikirkan sesuatu sambil merehatkan batang tubuhnya pada kepala kerusi.

Ibu bapa Andrea perlu tahu. Kalau tidak, mereka akan menyesal sampai mati.

Mungkin.

Kemudian, dia bangkit daripada kerusi dan berjalan keluar. Ruang mesyuarat di sebelah kanannya kosong, manakala ruang meja untuk doktor residentship dan internship juga kosong. Kemudian, dia memandang jam di tangan.

Waktu makan tengahari.

Patutlah.

"Hoi." Ada seseorang memanggilnya, dan Vanessa sudah tahu siapakah gerangan yang memanggil dirinya itu. Namun, Vanessa tidak menoleh mahupun sedikit.

Dia ada nama, nama yang cukup cantik yang ibunya berikan.

Vanessa tidak mengendahkan panggilan itu dan terus berjalan ke arah pintu keluar yang berhadapan betul dengan pintu pejabatnya.

"Vanessa Willians, I'm talking to you!" Lengannya digarap dan lantas, Vanessa menarik semula tangannya. Mata Lara terus dipandang tepat tanpa sebarang riak gerun terpapar pada biasan matanya.

"Then, you should call out my name, not 'hoi'. I'm not going to waste my time for someone who didn't learn how to respect others." Vanessa membalas kepada Lara dengan nada mendatar. Kelihatan Lara pula yang terkelu lidahnya dengan cara Vanessa.

"Jangan ingat kau lebih tinggi jawatan daripada aku, kau boleh kurang ajar dengan aku." Selaran Lara itu membuatkan Vanessa tersenyum sinis, seakan-akan suatu perkara yang kelakar baginya. Wanita itu sempat menggeleng perlahan sebelum terus melangkah keluar dari situ.

NOAH VANESSA (Terbit)Where stories live. Discover now