BAB 26

31 4 13
                                    

Yeri tepuk-tepuk bahu Irene lembut, niatnya sekadar mahu meredakan kemarahan Irene. Dia tahu Irene pergi bertemu dengan Jungkook sebentar tadi, itupun dari apa yang dibebelkan Irene ketika sampai dirumahnya ini.

Semua yang di bebelkan ada kaitan dengan Jungkook.

Kerana mahu berdua saja, Yeri mengajak Irene ke taman. Di situ di biarkan Irene melepaskan segala kemarahan kepada Jungkook, walaupun tuan punya badan tidak ada di sini pun.

"Huh!" Dengus Irene.

"Dah habis? Ke masih ada lagi rasa marah yang terselindung?"

"Ikutkan banyak lagi kemarahan aku pada mamat tu, tapi tak boleh nak keluar pulak. Jungkook tu memang menyakitkan hati. Apa masalah dia tak nak cakap pada aku sebab sebenarnya. Bukan susah pun nak cakap." Dia mengguling mata ke atas.

"Mungkin Jungkook ada alasan tersendiri kenapa dia berdegil tak nak bagi tahu kau. Kita tak tahu, kan." Yeri cuba fikir positif walaupun hakikatnya dia sendiri nak tahu sebab sebenarnya.

Irene henyak punggung sebelah Yeri seraya silangkan tangan.

"Kau tak payahlah nak backup dia sangat. Menyampah aku."

Yeri menggeleng.

"Tak, aku tak backup dia pun. Cuma fikir kemungkinan aje,"

Irene kusutkan rambut. Marahnya pada lelaki itu belum reda sepenuhnya lagi. Tambah-tambah bila teringat bagaimana Jungkook boleh makan seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Panas betul hati dia ini.

"Aku rasa, daripada kau fikirkan pasal dia tu, baik kau fikir pasal Taehyung yang nak mengurat kau tu." Yeri tukar topik kerana tidak mahu Irene terus menerus fikirkan Jungkook.

Irene gulingkan matanya ke atas lagi.

"Tak ada apa yang aku nak fikirkan pasal Taehyung tu lah."

"Tapi aku rasa dia memang sukakan kau. Kalau tak, takkanlah dia berusaha belikan kau beg tangan walaupun dia tahu kau mampu aje nak beli sendiri. Cuma fikir sikit perasaan orang,"

"Ah! Malas aku."

Dia menoleh arah lain.

Yeri angkat tangan seperti mahu menampar Irene, dia geram pula dengan Irene ni. Sudah ada yang suka jual mahal, sibuk nak memikirkan benda yang orang tidak mahu berterus terang. Lantaklah dulu alasan apa pun Jungkook bagi untuk putuskan hubungan mereka dulu.

Nafas di tarik perlahan. Kadang-kadang rasa macam nak tampar saja muka Irene.

"Boleh tak kita berhenti fikir pasal masalah ni sekejap. Opss! Bukan kita, tapi kau."

Irene mengeluh.

"Bosanlah asyik bercakap pasal tu aje. Cuba kau cerita pengalaman kau bekerja kat syarikat family Jungkook pulak. Sekurangnya ada bagusnya jugak."

"Kerja kat situ memang tak masalah. Orang sekeliling mungkin kurang selesa dengan aku sebab aku selamba badak bidas bos kecik dia orang, tapi tak pernahlah pulak dia orang mengata depan-depan. Jadi, aku tak rasa macam diketepikan kat situ." Ceritanya pendek.

Pernah sahaja dia dengar orang kata dia biadap dengan bos. Mengata depan pun ada sebenarnya, tapi dia malas nak mengadu pada Yeri. Lagipun dia selesa bekerja kat situ walau banyak masalah yang ditimbulkan Jungkook untuk menyakitkan hati dia. Sikap Jungkook suka mengarah juga boleh buat dia sakit hati.

Tapi dia tetap bertahan. Belum masanya lagi dia berpindah ke syarikat milik keluarganya. Appa sudah pasti mengarah dia pergi syarikat keluarga jika dia berhenti kerja di tempat keluarga Jungkook.

"Kat sana aku adalah seorang kawan yang bagus, lebih kurang macam kau. Dialah tempat aku berbual bila ada waktu terluang, dia jugaklah temankan aku makan tengah hari setiap hari. Itupun kalau tak kena ikut Jungkook jumpa klien dialah." Cebikan dibuat apabila teringat akan asakan Jungkook mengikutnya.

Menyampah betul dia.

"Irene, aku ni kadang-kadang hairan jugak dengan kau ni. Apasal kau masih nak bekerja kat situ dah kalau kau menyampah dengan setiap arahan Jungkook?" Yeri agak tertanya-tanya akan perkara ini.

Irene jongket bahu. Kemarahannya sudah reda.

"Entah. Aku sendiri pun tak tahu."

"Entah-entah kau ni mengharapkan hubungan yang terputus dulu kembali terjalin? Macam tu ke?" Tebak Yeri.

Dahi Irene berkerut-kerut.

"Tak ada kena mengena langsung tau. Aku tak fikir pun sampai tahap tu. Kau jangan memandai erk..."

Yeri rapatkan duduk dengan Irene.

"Tapi pernah terlintas dan berharap jugak, kan?"

Bahu Yeri di tolaknya kasar. Main soal jawab tentang perasaan dia pula.

Tapi, untuk soalan itu dia tidak mempunyai sebarang jawapan, kerana dia sendiri tidak mampu untuk memberi jawapannya. Mungkin juga soalan Yeri itu menjadi persoalan pada dirinya sendiri.

Yeri tidak marah. Sekadar pandang Irene dengan pandangan yang sukar untuk di tafsirkan sahaja.

"Irene dengan Jungkook macam mana sekarang?"

Pertanyaan tiba-tiba Puan Bae menyentakkan Irene. Entah apa yang difikirkan omma sehingga menyoal dia soalan begitu.

"Kita orang macam biasa. Seorang bos dan seorang pekerja. Tak ada apa yang menarik pun." Jawabnya tanpa menoleh.

Ada sedikit kerja yang diselesaikan. Ini nasib baik dia teringat untuk membawanya pulang, jika tidak habislah Jungkook bising nanti. Baik-baik juga, kadang-kadang kena marahlah juga apabila tidak menyiapkan kerja sepertimana diarahkannya.

Puan Bae memerhati Irene memberi fokus pada komputer ribanya.

"Masih bergaduh?"

"Irene dengan dia tak pernah gaduh. Biasalah seorang pekerja yang degil macam Irene ni, mana nak dengar cakap bos sangat. Tambah-tambah kalau Irene kenal rapat dengan orang tu. Makin buruklah perangai,"

Cara menjawab macam bagus sangat. Tapi, hakikatnya seperti setiap masa mahu bergaduh. Semuanya berkait rapat tentang arahan Jungkook supaya mengikutnya, ataupun berkenaan tentang alasan sebenar hubungan mereka terputus dahulu.

Eh, senang cerita hidup mereka sudah tidak aman selagi masing-masing kekal dengan kedegilan sendiri.

Puan Bae tidak lagi menyoal itu ini. Hanya memandang anak perempuan seorangnya.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now