15|Kita Buntu Dengan Perasaan

Start from the beginning
                                    

"Kau tak kisah ke kalau aku nak masuk bilik kau?" pinta Taehyung "Masuklah" Tzuyu membuka pintunya semula dengan luas.

Taehyung meletakkan beg tadi di dalam biliknya lalu masuk ke dalam bilik Tzuyu. "Sepah sikit. Sebab semalam saya fikir nak pakai baju apa" kata Tzuyu dengan nada penat lalu naik ke atas katilnya

"Tak kisah pun. Asalkan bukan bilik aku" jawab Taehyung sambil melabuhkan punggung di sebelah Tzuyu "Jangan terasa dengan Dowoon tadi" ujar Tzuyu sambil mencapai kain yang berisi ais batu lalu meletakkan di pipinya yang di tampar Nayeon

"Biasala tu. Kau pun jangan terasa dengan Nayeon. Tak pasal-pasal kita kene tampar pulak" ujar Taehyung dengan pasrah

"Gwenchana. Oh..Awak pun kene tampar kan? Sini" Tzuyu menolehkan dagu Taehyung lalu menuam pipi Taehyung juga. Taehyung terkaku melihat wajah Tzuyu dari dekat

"Apa salah kitakan? Diorang tak adil tak bagi kita jelaskan" kata Tzuyu sambil fokus menuam pipi Taehyung "Masalahnya Lisa tu. Terus fitnah kita" kata Taehyung dengan tak puas hati "Kecoh je padahal bercinta dengan setan" ujar Tzuyu juga tak puas hati

Taehyung tertawa dengan ayat Tzuyu "Tak sabar nak tengok pengakhiran dia" Ucap Taehyung dengan sinis "Harap dia tak menyesal" kata Tzuyu.

Mereka terdiam seketika

Taehyung

Aku sambung memerhatikan wajah Tzuyu dari jarak dekat. Cantik sangat tapi.. Aku tak pasti dengan perasaan aku pula. Aku tak berani nak luahkan sendiri. Aku... Malu..

Dia kelihatan tersengguk-senguk kerana mengantuk menuam wajahku. Aku menahan tangannya agar berhenti. Matanya kembali segar merenungku kembali

"Tidurlah Tzuyu" arahku sambil mengambil kain berisi ais batu di tangannya. "Ermm" Dengan ngantuk di membalas lalu berbaring di katil. Aku menolong dia menyelimutkan dirinya

Dia sudah pun nyenyak. Aku duduk di sebelahnya yang sedang tidur. Memerhatikan wajahnya yang sedang tidur "Dah tidur pun lawa" ujarku sendirian lalu menuam pipinya pula.

Kesian.. Orang yang tak bersalah ni kena tampar. Padahal aku sendiri yang salah merenung dia dengan penuh makna. Aku tak tau.. Aku tak dapat kawal mata daripada merenung wajahnya

End

Taehyung tertidur di sebelah Tzuyu. Dahyun dan Jimin memandang mereka dari pintu yang terbuka luas. "Kenapa tak diorang je bercinta?" Soal Jimin pelik

"Diorang sama macam awak. Malu nak luahkan tapi sanggup couple dengan orang lain demi nak jumpa si dia" Dahyun memerli Jimin

"Ooo... Apalah.. Luah je lah.. Buang masa" kata Jimin dengan bengang "Daah.. Jom tidur" Dahyun menutup pintu bilik Tzuyu lalu memimpin tangan Jimin

Jimin tersenyum merenung wajah Dahyun "Waktu mengandungni, berseri-seri muka awak" puji Jimin sambil memegang pipi Dahyun

"Excuse me.. Saya sentiasa shining light" Jawab Dahyun dengan berlagak "Haah.. Baby you're my shining light ecehh" sempat Jimin menyanyi

"Jom lah tidurr..." Dahyun merengek sambil menarik-narik tangan Jimin yang masih lagi tak berganjak "Peluk dulu" Jimin mendepakan tangannya.

Dahyun memusingkan badannya lalu Jimin memeluknya dari belakang supaya kandungannya tidak terhimpit "Pandai eh" puji Jimin "IQ saya tinggi. Jom" Dahyun menarik Jimin pergi ke biliknya

***

Tzuyu tersedar dari tidurnya. Melihat Taehyung sedang tidur di sebelahnya langsung tidak membuatnya terkejut. "Taehyung.. Malam tadi indah.. Sampai aku termimpikan dia sekarang" Tzuyu berkata sambil merenung wajah Taehyung dengan puas

Taehyung membuka matanya dengan perlahan. "Aku tak rasa ni mimpi" ujar Taehyung dengan terkejut. Tzuyu meneguk air liurnya. Mereka serentak bangun dari katil "Malam tadi takde apa-apa berlakukan?" Soal Tzuyu dengan risau

"Takde takde" jawab Taehyung dengan cemas lalu segera keluar dari bilik Tzuyu dan terus ke biliknya. "Aishhh malunya" Taehyung berkata dengan kesal

"Haish.. Aku tak patut biar dia masuk" kata Tzuyu pula. Dia terus berjalan keluar menuruni tangga dan menuju ke dapur. Got7 hanya memerhatikannya dari ruang tamu

"Serius lah korang dapat awek The Kunyitz?" Soal Jaebum kepada Youngjae, Jackson dan Yugyeom yang dari tadi bercerita tentang girlfriend mereka

"Ia.. Nayeon kata dia akan cuba suka dekat aku. Lepastu dia ajak aku jumpa member dia" jawab Yugyeom dengan bangga "Seriuslah? Maksudnya Momo pun akan ajak aku" Kata Jackson lalu memandang Tzuyu di dapur

"Macam mana dia nak ajak kau? Telefon pun tak ada" perli Bambam yang sedang bermain Iphone hadiah dari Lisa kepadanya "Aku bagi Momo nombor Tzuyu" jawab Jackson selamba

"Jinjaa?? Aku pun bagi Chaeyoung nombor Tzuyu!!" kata Youngjae dengan terkejut "Kenapa pandai sangat?! "perli Jinyoung dengan pasrah

Mereka memandang Tzuyu kerana telefon Tzuyu berbunyi
" Hello? "Tzuyu menjawab panggilan di dapur
"Eh? Ni... Bukan nombor Jackson ke?" soal Momo dalam talian

"Jackson?" Tzuyu menyoal kembali. Jackson segera berlari ke arah Tzuyu lalu merampas telefon Tzuyu "Hello Momo" jawab Jackson tercungap-cungap akibat berlari

Tzuyu blur. "Ha Jackson! Erm sape pulak perempuan tadi tu?" Soal Momo dengan pelik "Oh itu.... Itu.. Ermm bibik aku" jawab Jackson membuatkan Tzuyu merenungnya tajam

"Oh baguslah. Aku nak ajak kau jumpa member aku. Nanti aku mesej location" kata Momo "okey" Jackson mematikan panggilan "Fuh nasib baik" dia bsrnafas lega

"Bibik?" Tzuyu menunjuk dirinya "Kau memang bibik kat sini kan?" Tanya Jackson kembali membuatkan Tzuyu menjelingnya"Sorrylah sayang.."ucap Jackson dengan menggoda.

Tzuyu terkaku" Itu setan.. Itu setan.. "Tzuyu memejamkan matanya untuk melupakan Jackson. Telefonnya berbunyi lagi." Hello? "Jawab Tzuyu" Hahhhh kau sapa?? Mana Youngjae? "soal Chaeyoung dalam talian

Tzuyu menjeling ke atas" Youngjae"Panggil Tzuyu. Youngjae segera mengambil telefon Tzuyu "Ye" Youngjae membalas

***

Lupa pulak. Harini birthday Dahyun. Happy birthday DUBU ❤️lambat 2 jam☹️✨


Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now