"Ish taknaklah! kau jangan takutkan aku boleh tak?!" tubuh Tengku Adrean di tolak menjauhinya.

Datin Roselle hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah dua jejaka itu, dua orang ni kalau dah jumpa terus lupa dunia.

"Mari Rania, teman mummy tengok kebun dekat belakang, tinggal je lelaki-lelaki durjana ni, asal jumpa terus tak ingat dunia" bebel Datin Roselle sebelum menarik tangan Arisa Rania ke belakang.

Kedua jejaka tampan itu hanya menggosok belakang leher masing-masing apabila terasa diri mereka di perli.

Sempat Rania memberikan senyuman kepada Tengku Daniel sebelum mengikut ibu mertuanya ke kebun di halaman belakang. Tengku Daniel turut membalas senyuman manis itu sebelum melambaikan tangan kearah Rania dengan penuh semangat.

"Kau nak aku koyak mulut kau atau patahkan tangan kau? "soal Tengku Adrean dengan suara dingin, mata kelabu itu memandang tepat ke dalam anak mata coklat cair sepupunya.

"Hehe, tak-tak, fuh bini kau ke tu? " soal Tengku Daniel selepas kelibat Rania dan maklong nya itu menghilang membuatkan Tengku Adrean mengangguk perlahan.

"Asal?"

"Patut la cair hati beku kau tu, cantik do bini kau" kata Tengku Daniel sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.  Benar Arisa Rania memang cantik, dari wajahnya saja dapat dilihat betapa lemah lembut dan sopan nya gadis itu.

Tengku Daniel yang perasan akan jelingan maut dari Tengku Adrean terus saja berdehem.

"Eh, hehe jom jom kita borak, lama tak borak dengan kau" kata Tengku Daniel cuba untuk mengubah topik, meremang bulu romanya melihat jelingan tajam Tengku Adrean. Mereka melangkah kearah sofa yang terdapat di ruangan itu.

"So, kau rancang nak tinggal dekat Malaysia selama seminggu?" soal Tengku Adrean sebelum kakinya disilangkan. Tengku Daniel hanya mengangguk perlahan sebelum mengunyah kuaci yang terdapat di meja itu.

"Habis syarikat kau dekat sana siapa yang take over?" soal Tengku Adrean lagi, hairan bagaimana sepupunya itu sanggup meninggalkan syarikat milik keluarga lelaki itu di Amerika Syarikat begitu saja.

"Alah Daddy aku kan ada, aku stress lah hari-hari hadap kerja, aku pun nak cuti juga, so aku tumpang rumah kau selama seminggu bolehkan?" Tengku Daniel mengerdipkan matanya berkali-kali dengan membuat wajah comel.

"Jijik aku tengok muka kau, kau duduk sini diam-diam, jangan mengada nak tinggal rumah aku". Jika Tengku Daniel menetap di rumahnya susah la dia nak bermanja dengan isteri kesayangannya itu.

Tengku Daniel yang mendengar kata-kata lelaki dingin itu terus menjuihkan bibirnya. Mentang-mentang dah kahwin terus lupakan sepupu kesayangan dia yang handsome ni.

'Mama!  Niel nak kahwin juga' jerit Tengku Daniel di dalam hati.

Suraya ligat memikirkan rancangan baru nya untuk menjatuhkan Arisa Rania. Sesekali dia mengetuk jarinya diatas meja kopi itu. Hairan bagaimana Rania boleh mengenali Tengku Adrean sedangkan wanita itu hanya terpuruk didalam rumah selama ini, keluar hanya untuk ke kelas sahaja dulu.

"Macam mana perempuan tu boleh berkahwin dengan Tengku Adrean Ruiz? Dan macam mana diorang boleh kenal satu sama lain? Tak boleh jadi ni aku mesti fikirkan cara untuk pisahkan diorang" Jari telunjuknya naik mengetuk dagu memikirkan sesuatu.

"Tengku Adrean Ruiz, Tengku Adrean Ruiz, Tengku Adrean Ruiz" berkali-kali Suraya menyebut nama itu sambil memikirkan rancangannya.

"Kamu tengah fikir apa?" Puan Suria menepuk lembut bahu anaknya yang sedang termenung memikirkan sesuatu itu. Anak gadisnya itu seperti berada didalam dunianya sendiri.

"Suraya tengah fikir macam mana nak pisah kan diorang" balas Suraya dengan muka serius.

"Diorang? Rania dengan Tengku Adrean?" Tempat berhadapan dengan Suraya di duduki.

"Yalah, mama ni buat-buat tanya pula" wajah mama nya dipandang seketika.

"Mama taknak bagi idea pada anak mama ni ke? Macam mana pisahkan aunty Amelia dengan papa dulu?"

"Papa kamu cinta mati dengan Amelia itu, jadi cara terbaiknya mama bunuh je Amelia" bisik Puan Suria perlahan menyebabkan Suraya membulatkan matanya.

"Ja..jadi mama yang rancang kemalangan itu?" wajah Puan Suria dipandang tidak percaya. Apabila melihat wajah mama nya yang tersenyum penuh makna itu membuatkan Suraya tahu bahawa tekaannya adalah benar.

"Jadi, kalau betul diorang berkahwin atas dasar cinta, dan Tengku Adrean cinta mati dengan Rania.. "Puan Suria tersenyum seram menyebabkan Suraya membulatkan mulutnya apabila dia dapat menangkap maksud sebenar mama nya.

"Pastikan Rania mati" sambung Suraya dengan senyuman sinis yang mula terlakar di bibir merahnya.

"Then, kalau kamu dapat ambil hati Tengku Adrean, hidup kita akan lebih senang dari sekarang" sambung Puan Suria.

"Hariz?"

"The Ruiz jauh lebih kaya dan berkuasa dari keluarga Hariz, You got The Ruiz, you got the whole golden hole kekayaan The Ruiz masih tidak dapat ditandingi oleh sesiapa di Asia dan Eropah" Kata-kata Puan Suria membuatkan Suraya tersenyum lebar.

Tanpa mereka berdua sedar, mereka sedang bermain dengan api yang kelak akan memakan diri mereka.

Mi Esposa (TERBIT)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora