Bab 29

117K 5.4K 681
                                    

Pelamin yang tersergam indah tidak jauh dihadapan mereka itu dipandang penuh gugup. Nafas ditarik panjang sebelum di hembus perlahan-lahan bagi menghilangkan rasa gugup dihati.

"Awak, s..saya takutlah" gugup dia rasakan apabila melihat ramai orang sedang menunggu mereka dari sebalik pintu kaca ballroom itu. Tangannya yang bergetar hebat ditunjukkan kepada Tengku Daniel.

Tengku Daniel hanya tersenyum kecil sebelum dia mengenggam erat tangan isterinya. Kedua belah tangan yang bergetar itu ditarik keatas sebelum dicium lembut.

"Call me abang dear" tegur Tengku Daniel lembut. Rambut isterinya yang jatuh sedikit kembali diselitkan ke belakang telinga.

"Abang ke awak ke tak penting sekarang, yang pentin macam mana saya nak masuk dengan keadaan kaki menggeletar macam ini?" Kainnya diangkat sedikit untuk menunjukkan kakinya yang menyarung kasut tumit tinggi berwarna Royal Blue dan terdapat beberapa batu permata dari Swarovski itu bergetar hebat.

Tengku Daniel tersenyum lucu apabila melihat telatah isterinya itu.

"Nak abang cium kaki sekali ke?" Usik Tengku Daniel sebelum dia melepaskan ketawa kecil.

"Boleh ke? Kalau boleh saya nak buka kasut sekarang bagi abang cium puas-puas" jelingan tajam diberikan kepada suaminya. Tahu bahawa lelaki itu sedang mengusiknya.

"Woah, berani ya sekrang jeling-jeling. Dah tak takut ke?"

"Buat apa nak takut? Abang hantu ke?" Soal Diana semula membuatkan kening Tengku Daniel terangkat. Makin banyak mulut isterinya itu sejak mereka sah berkahwin. Ada saja yang dibalasnya.

"Dear rasa? Abang nampak macam hantu ke?" Serius saja Tengku Daniel menyoal. Erla Diana terdiam lama sambil merenung wajah suaminya.

"Mana ada hantu handsome macam abang" jawab Diana selamba membuatkan Tengku Daniel tersengih lebar mendengar pujian dari isterinya.

"Tapi kalau perangai abang, hantu pun kalah" sambung Diana lagi sebelum membetulkan bajunya dengan wajah tidak bersalah. Terus hilang senyuman lelaki itu apabila mendengar kata-kata isterinya.

"Hantu inilah dear kena hadap hari-hari nanti. Bersyukur sikit sebab bila bangun pagi dah nampak muka handsome abang" bidas Tengku Daniel sebelum dia mengenggam erat tangan isterinya. Getaran pada tangan Diana sudah semakin berkurang.

"Dah okay kan?" Soal Tengku Daniel apabila melihat isterinya sudah sedikit tenang.

"Okay" kepala diangguk perlahan sebelum dia menarik nafas panjang.

"Now, let's go, dear peluk je tangan sado abang ini, nak peluk abang terus pun tak apa tapi nanti susah sikitlah kita nak jalan" seloroh Tengku Daniel membuatkan Erla Diana menjeling tajam kearah suaminya.

"We're ready" serius Tengku Daniel bersuara sambil mengangguk kepada pengawal yang menjaga pintu ballroom itu. Perlahan-lahan pintu kaca itu dibuka oleh pengawal membuatkan semua mata tertumpu kepada pasangan pengantin itu.

"Argh abang! Cantiknya Diana! Daniel pun handsome sangat hari ini" puji Arisa Rania apabila melihat pasangan pengantin itu berjalan masuk. Tuxedo dan gaun penganting berwarna Royal Blue itu menaikkan lagi seri pengantin.

Tengku Adrean Ruiz hanya menayangkan wajah menyampah. Apa bendalah yang isteri dia excited sangat? Majlis kahwin ketua bala itu saja pun.

Mi Esposa (TERBIT)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें