Bab 16

122K 6.3K 915
                                    

Buggatti Chiron milik Tengku Adrean Ruiz di pandu laju memasuki kawasan pejabat. Tengku Adrean hanya menayangkan wajah beku sambil sebelah tangannya diletakkan pada pinggang Rania semasa berjalan memasuki pintu utama Royal Airline.

Semua pekerja menunduk hormat kepada Tuan Muda dan Puan Muda mereka, ada juga yang teruja apabila melihat isteri CEO dingin mereka buat kali pertama. Arisa Rania hanya tersenyum manis kepada pekerja yang menunduk hormat kearah mereka, sesekali dia juga menunduk sedikit kepada pekerja-pekerja suaminya.

"Cantik la isteri bos besar kita tu, tak sombong dan nampak peramah" kata salah seorang pekerja perempuan di situ.

"Yelah, kau nampak tak macam mana Tengku peluk isteri dia, walaweh nampak gentle gila" sokong rakan sekerjanya.

"Tak pernah-pernah dia bawa perempuan datang ke pejabat selain Datin Sri" seronok mereka berbual sambil berjalan menuju ke lift.

"Dulu pernah ada perempuan yang datang cari Tengku, you know what? Perempuan kena halau maca.."

"Korang semua nak bekerja atau nak bergosip?" Sinis wanita itu bersuara. Jelingan tajam diberikan kepada sekumpulan gadis itu sebelum dia melangkah terus masuk kedalam lift.

"Korang semua nak bekerja atau nak bergosip? Nyenye jealous lah tu. Menyampah" ejek pekerja perempuan itu setelah pintu lift yang dinaiki oleh Suzy yang merupakan personal assistant Tengku Adrean tertutup.

"Entah, semua benda tak kena macam dia pula bos besar dekat sini" bukan mereka semua tidak tahu bahawa gadis itu menaruh hati terhadap CEO mereka.

"Close your mouth" tegur Tengku Adrean apabila melihat riak wajah terkejut isterinya dengan mulut yang ternganga.

'Gila, buat apa office besar-besar kalau buat kerja dekat meja tu juga' bisik Arisa Rania dalam hati. Ruangan pejabat Tengku Adrean yang besar dan luas itu diperhati lama.

"Esposa" panggil Tengku Adrean mendatar. Lelaki itu bersandar tenang di meja CEO itu sambil berpeluk tubuh.

"Kenapa?" Rania melangkah mendekati suaminya yang hanya menayangkan riak wajah kosong. Terasa? Tentu saja tidak, dia sudah terbiasa dengan muka tidak berperasaan lelaki itu.

"Are you hungry?" Tubuh Arisa Rania ditarik masuk kedalam pelukannya.

"Nope, kita baru je lepas breakfast tadi kan?" Dagu disandarkan pada dada bidang lelaki dingin itu.

"How about warm milk?" Soal Tengku Adrean lagi, rambut isterinya diselit ke belakang telinga sebelum dahi bersih itu dicium sekilas.

"Hot chocolate?" Rania tersengih kecil apabila melihat Tengku Adrean mengangguk perlahan sebelum menekan butang interkom di mejanya.

"Suzy, one hot chocolate please"

"Okay Tengku"

Arisa Rania mengerutkan keningnya apabila mendengar suara perempuan melalui interkom itu. Suzy? Wajah Tengku Adrean dipandang hairan. Bukankah personal assistant suaminya ialah Haider?

"Haider ada banyak tugas, bila dia sibuk, Suzy yang akan gantikan tempat dia" jawab Tengku Adrean walaupun tidak disoal oleh isterinya.

"Suzy tu girlfriend Haider ke?" Soalan dari Rania mengundang ketawa kecil Tengku Adrean. Kalaulah isterinya tahu bagaimana situasi sebenar antara Haider dan Suzy pasti wanita itu akan menarik balik kata-katanya.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now