Intro

1.3K 52 3
                                    

Jelita kesat peluh yang banjir di dahi. Gilalah! Kenapa dia ikut program ni? Patutnya dia berpura-pura sakit. Takpun beri alasan senggugut.
"Yaya... Tunggulah aku wey! Nak mati dah aku rasa ni." Jelita gamit-gamit sahabat baiknya itu. Tergawang-gawang macam nak mati.
Suria yang sudah laju di depan berhenti berlari. Langkah diundur kebelakang mendapatkan Jelita semula.
"Semangat DJ! Kita dah sampai check point dah." Suria bagi semangat. Dia dah nampak kut Ustaz Hashim tengah tunggu di check point.
Lengan besar Jelita dipaut. Bantu Jelita bangun berdiri. Sikit lagi Jelita nak meniarap di tanah. Parah!
Tengah Jelita tercungap-cungap kepenatan sambil berpaut pada Suria. Telinganya menangkap bunyi suara remaja lelaki bersiul.
"Mok! Nak pengsan ke? Tula kau. Dah tahu gemuk dok rumah. Tidur makan macam kau selalu buat tu." Berasap telinga Jelita dengar perlian itu. Tajam anak mata mencari pemilik suara yang sedang tergelak-gelak.
"Kau ni apahal Asmara? Tiba-tiba cari gaduh dengan aku?" Mulalah Jelita rasa nak serang lelaki perasan bagus itu.
"Janganlah usik dia As. Kau ni.." Bani yang berada di sebelah Asmara menjeling sahabat baiknya itu. Nakal sangat si Asmara ni. Sehari tak menyakat orang tak sah. Lagi-lagi si Dara Jelita itu.
"Mata aku ni semaklah tengok gajah tengah jalan. Tepi-tepi jangan halang jalan aku." Asmara menonong jalan depan Jelita. Siap tolak bahu Jelita dengan bahunya.
Belum sempat dia melintas jauh. Zapp! Belakang baju T-shirtnya terkoyak habis direntap Jelita.
"Hoii! Kau dah kenapa gemok!" Tempik Asmara cuba melihat belakang badannya. Habis baju yang si Nora bagi!
"Padan muka kau Renjong! Aku pun semaklah tengok galah dok berjalan depan aku!" Jelita cekak pinggang sambil ditangan ada cebisan baju Asmara. Puas hatinya dapat balas kenakan remaja lelaki itu. Orang tak kacau dia. Sibuk je nak ejek-ejek orang!
"Kau!" Asmara kemam bibir. Si Dara Jelita ini aje yang suka melawan. Remaja perempuan lain semua tersungkur kat kaki dia. Maklumlah orang kacak macam dia siapa saja yang tak suka kan? Bukan macam si gemuk ni. Nama bukan main sedap. Dara Jelita. Tang mana Jelita dia pun tak tau. Dahla gemuk gedempol. Muka berjerawat pulak. Huduh!
"Apa? Kau ingat aku takut dengan kau?" Jelita mendada kedepan. Sekali dia hempap. Penyet jugak si Renjong ni. Dia ingat dia kacak, tinggi macam zirafah. Jelita takut? Sorry panjat lemarilah beb!
Bani dan Suria dah tergeleng-geleng. Dua makhluk ni kalau berjumpa tak gaduh tak sah.
Baru Asmara nak balas.
"Kamu semua! Apa kamu buat dekat situ? Sini kamu!" Suara Ustaz Hashim sudah bertempik kuat memanggil mereka.
"Kau tunggu gemuk. Siap kau lepas ni. Jom Bani!" Asmara beri amaran sebelum bergerak pergi. Lebih baik dia ikut arahan Ustaz Hashim. Nanti tak pasal-pasal punggung dia kena balun dengan Ustaz Hashim lagi. Baru je nak baik punggungnya lepas kena rotan dua hari lepas sebab kantoi merokok. Si gemuk tulah punya pasal. Mentang-mentang pengawas. Sibuk aje laporkan pada guru displin itu.
"Sabar DJ... Kau bukan tak kenal si Renjong tu. Buat tak tau je." Suria usap-usap bahu Jelita. Marah benar Jelita pada Asmara. Sampai merah muka.
"Aku sumpah dia kahwin dengan perempuan gemuk yang dia benci sangat tu. Dasar playboy tak guna!" Berangin Jelita tak habis.
Berkerut dahi Suria. Err.. bukan perempuan gemuk tu Jelita ke? Siapa lagi yang Asmara tak suka sangat tu kalau bukan Jelita.
"Dah-dah. Jom kita pergi. Nanti tak pasal-pasal kena denda dengan Ustaz Hashim." Lekas Suria menenangkan Jelita.

Sampai di check point. Ustaz Hashim sedang menunggu dengan rotan berbisanya. Ngeri Asmara mengenangkannya.
"Kaulah ni! Tak pasal-pasal aku kena sama." Bani mendesis ditepi Asmara.
"Si gemuk tu punya pasal. Bukan aku." Tajam mata Asmara mencerlung Jelita yang baru tiba di situ. Tak pasal-pasal rabak baju dia angkara Jelita. Dah macam tarzan je baju dia sekarang ni.
Dan tak pasal-pasal mereka berempat di denda Ustaz Hashim.
"Oleh kerana kamu berempat adalah yang terakhir sampai di check point ni. Kamu kena buat apa yang saya suruh." Ustaz Hashim mundar-mandir dihadapan empat orang pelajar sekolah menengah itu. Program rentas desa yang dianjurkan sekolah mereka itu memang bertujuan mendidik para pelajar.
"Buat apa Ustaz?" Bani angkat muka memandang Ustaz Hashim.
"Tunjukkan apa itu rukun nikah dan lafaz nikah. Kamu Asmara. Jadi pengantin lelaki. Kamu Dara. Jadi pengantin perempuan. Kamu Bani, jadi tok kadi. Dan kamu Suria.. kamu.. jadi mak pengantin." Seorang demi seorang jari telunjuk Ustaz Hashim menghala.
"Apa?" Serentak itu Asmara dan Jelita bersuara kuat.
"Saya tak mahu jadi pengantin lelaki si gemuk ni."
"Saya tak mahu jadi pengantin si Renjong ni."
Serentak lagi mereka menolak suruhan Ustaz Hashim.

Dara Asmara ( Ebook)Where stories live. Discover now