الفصل 3

209 18 1
                                    

Selepas Felix pulang, mereka terus bertolak ke Fontanarossa Catania Airport. Sepanjang perjalanan Felix cuma tidur. Penat agaknya. Mereka juga tidak ganggu Felix tidur.

Hyunjin bermain iPadnya dan matanya terpandang pemandu melalui cermin. Dia senyum sinis. Beraninya masuk kandang naga. Tak takut kena makan ke.

Tanpa membuang masa pistol A30 dikeluarkan dan diacukan ke arah kepala pemandu kereta Vellfire nya ini. Han dan Seungmin dibelakang juga terkejut dengan tindakan Hyunjin yang tiba tiba.

"Kenapa nak ditembaknya kepala driver tu bos?" soal Han.

"Masalahnya kau ada nampak muka dia macam driver kita ke?" soalan dibalas soalan.

Han melihat muka lelaki yang sedang memandu. Terjegil biji matanya. Macam mana lelaki ni boleh ada di sini dan macam mana mereka boleh terlepas pandang lelaki ni.

"Tembak dia bos!" arah Han.

"Sekarang ni kau ke Hyunjin bos?" sindir Seungmin.

Han membuat muka dan bersandar pada kerusi. Benci dengan Seungmin yang selalu pangkah dia.

"Kenapa kau masuk kandang aku hah? Ada benda best ke?" soal Hyunjin.

"Aku akan pastikan setan macam kau semua mati malam ni jugak!"

"Dia panggil kita setan bos" kata Han tak puas hati.

Hyunjin senyum sinis. Lidah dibawa ke sebelah kanan pipinya.

"Kalau kami setan, kau pun setanlah hanjing. Dah lah masuk kandang orang. Eh kandang sendiri tak ada ke" bidas Han.

"Han aku nak kau pindah pergi depan" arah Hyunjin.

"Baik bos!"

Tidak lama kemudian lelaki itu terus memutar stereng ke kiri dan kanan. Kereta mereka hilang kawalan. Tanpa membuang masa Hyunjin terus menembak kepala lelaki itu.

Han mengawal stereng kereta dan break ditekan. Kereta itu berhenti. Mereka selamat mendarat. Dan Felix juga terjaga.

"Apa ni kecoh kecoh. Aku nak tidur pun tak senang. Bagilah aku tidur dengan tenang sekejap" bebel Felix.

Dia terus menutup mukanya dengan jaket kulit hitam nya. Seungmin di sebelah tidak berkelip matanya memandang Felix. Macam perempuan nau marah! Serius ah Felix marah macam ni.

Hyunjin turun dari kereta. Lelaki yang ditembak tadi dibawa keluar. Mayat lelaki itu dibiarkan di tepi jalan.

"Aku nak korang hantar mayat lelaki ni depan pintu rumah bos dia. Kalau perlu korang bakar sekali rumah bos dia. Biar dorang tahu dengan siapa dorang cari pasal!" kata Hyunjin dengan tegas.

"Baik bos!"

Mereka terus angkat lelaki itu bawa masuk kedalam kereta.

"Han aku nak kau drive" arah Hyunjin. Dia melangkah ke tempat sebelah pemandu.

"Aku bos?"

"Iyelah kau. Tak kan kau nak suruh lelaki yang aku tembak tadi drive kot"

Han menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Biar dia bos. Jantan ni bodoh dia memang tak boleh bawa bincang sikit" kata Seungmin sambil bermain iPad dengan selamba badaknya.

"Amboi kau cakap macam aku dah ada dalam kubur. Mulut tu jaga sikit sial! Aku still hidup kot" kata Han dengan geram.

Geram dengan Seungmin yang selalu cakap tak bertapis. Macam dia tak ada hati dan perasaan. Huwaa sedih!

Perjalanan diteruskan tanpa gangguan.

Bloody Knuckles Where stories live. Discover now