Pink

2 0 0
                                    

So..bini aku ada belikan aku sehelai baju kemeja. Kaler pink. Awalnya aku ada sikit rasa hesitate nak pakai baju tu. Pasal kalernya pink.

Sebenarnya aku tak adalah masalah sangat dengan org yg pakai baju kaler pink ni. Cuma kaler ni tak berapa ngam dengan kulit aku. Kulit aku ni hanya beberapa tona lebih cerah daripada tinted kereta aku tu haa. Kalau aku pakai kaler pink,gelapnya tu lebih terasa gelap.

Lepas tu aku pun cakaplah kat bini aku tiap kali dia suruh aku pakai baju tu. "tak nak ah..kaler pink"

Lepas tu, bini aku sharekan satu ilmu baru dengan aku. "Ni bukan kaler pink. Ni kaler salmon."

"Salmon kan ikan? Bukan kaler"aku jawab.

Lepas tu bini aku bagi syarahan. Semua kaler,adalah derived dr benda lain yg dah wujud sblm kaler tu ada.SEMUA..

Contohnya macam kaler oren. Kaler oren dinamakan oren pasal dia tiru attribut dari kaler buah oren.
Dan kaler lime..pinjam attribut dari kaler hijau limau tu.
Macam kaler peach..derived dari kaler buah peach.
Dan juga buah guava yang meminjamkan kaler dia kepada kaler guava.

Macam coklat..well,er coklat tak tahu mana dtg dulu. Kaler ke atau chocolate itself.

Sudah tentu buah oren atau limau wujud lebih awal dari penamaan kaler tu sendiri. Kan?

Tapi the point is,semua nama kaler kat dunia is derived dari kaler benda yang dah ada sebelum nama kaler tu sendiri digunakan secara meluas. Pasal dia replicate kaler benda yg dah ada kat dunia dah,sebab tu dia ikut nama benda tu.

So..baju yg bini aku belikan tu,bukan kaler pink. Tapi kaler salmon. Itu bini aku kata laaaa..

Aku pun cuma "ooooooo...." pasal argument dia convincing.

So bila kawan kawan aku dok bahan aku pasal pakai baju pink,aku terangkan benda ni kat diorang. Well,diorang mostly bujang n didnt know any better...pulak tu tak ada bini utk terangkan benda ni.

Itulah pentingnya ada bini. Dapat ilmu yang penting macam gini. Kalau aku bujang pun,tobat lahum rasanya aku tak tahu kewujudan kaler salmon..atau kaler guava.

Jadi cepat cepatlah kalian yg bujang ni kahwin ya. Boleh tambah ilmu benda gini. Benda gini kalau kau study kat universiti sampai dapat phd pun blom tentu ada diajar tau.

Ni skill asas seorang pompuan. Ni kira basic aje ni.

Tapi yg gampangnya..bila bini aku jumpa kawan kawan dia,dan kawan dia tanya "mana husband kau?"

Dia jawab "tuuu..yang pakai baju kaler pink tu.."

Watdehel?????

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 27, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CerapanWhere stories live. Discover now