Audition LAWAK SOLO DUO TRIO

10 0 0
                                    

Saya pernah nampak kawan saya bunuh diri. Gantung diri kat rumah sewa kami. Pasal rumah kami masa tu takde tali,dia terpaksa guna cable computer.

Ayat pertama keluar dari mulut saya masa nampak dia tengah tergantung tu adalah "HANG ON, DUDE"

what a bad choice of words. Nampak org tergantung dan kata hang on?
Hang on?? Patut saya lebih risaukan cable tu. Pasal cable tu saya punya. Mahal harganya 60 ringgit.

Hai nama saya GaRam dan saya belum berkahwin lagi. Blom ada rezeki. Tapi percaya atau tidak dengan wajah yang separa siap ni saya pernah date dengan 23 orang pompuan.

Makwe saya yang pertama,seorang yang minat dengan comedian. Saya pernah bawak dia tengok persembahan comedian. Itu kesilapan terbesar saya pernah buat. Sebab sekarang dia dah bahagia.. dengan mamat comedian tu.

Saya tak naklah namakan siapa comedian tu kat sini. Kalau saya namakan,nanti malulah saiful apek.

Makwe kedua pula seorang yang kaya. Kami buat rule masa bercinta tu. Date pertama,saya akan bayar.Date kedua,dia akan bayar.

Saya dah plan nak date dengan dia dua kali je sbnrnya. Date yg dia kena belanja tu saya nak pau dia cukup2,lepas tu minta putus.

Date pertama,kami keluar berdua naik teksi..maksud saya dia naik teksi. Saya naik motor. Itu pun bapa saya hantar. Saya bawak dia makan kat mamak. Makan mee goreng sepinggan kongsi berdua. Teh tarik kongsi secawan. Nampak macam sweet,tapi sbnrnya saya takde duit.

Date kedua dia akan belanja. Dia kata nak bawak kereta. Saya kata Alhamdulillah..makwe camni yang kita mahu.sanggup tanggung diri pakwe dia.dan saya bagi alamat.

Saya syak dia sesat. Pasal dah 10 tahun saya tunggu dia tak sampai2 lagi.
So sofia,kalau awak dengar ni,saya nak bagitau..saya dah pindah rumah.

Tak lama lepas tu saya pegi atm. Ada sorang makwe tepuk bahu saya sambil cakap "hai joe"
Bila saya toleh,dia tetiba kata "oh maaf..salah orang"

Saya jadi marah. Saya tak puas hati.
"Apa dia ingat saya tak mampu nak jadi Joe?"

Then dia kata "Joe tu bekas pakwe dia. Dah mati 3 tahun lepas. Gantung diri. Kat rumah sewa. Guna cable computer"

Terus saya cakap kat dia "so awak ada hutang rm60 dengan saya"

Sekarang dia dah jadi bini saya. Eh saya tadi cakap saya blom kawin? Tak,saya cakap saya blom kahwin lagi. Kahwin sudah,lagi,blom ada rezeki.

CerapanDove le storie prendono vita. Scoprilo ora