Pilihan

26 1 0
                                    

"Aladdin ke atau Cricket?" tanya makwe 7-E lepas aku bagitau tujuan aku nak beli lighter.

Dan serius,tiba tiba masa tu aku tergamam. Bukan, bukan kerana wajah dia manis. Tapi tergamam kerana aku sendiri tak ready untuk respon pada soalan sebegitu.

Kebiasaannya,bila aku kata lighter,gadis cashier akan angguk,pusing ke arah rak,capai lighter,letak depan aku dan kemudian bagitau harganya.

Jarang sekali aku kena respon semula.

Tapi untuk menunjukkan yang aku cool dan berakal,aku jawab soalan dia dengan satu soalan lain. Baru nampak macam elitis.

"Apa beza kalau Aladdin dengan Cricket?"

"Takde apa beza..sama je"

"Kalau begitu,bagi Aladdin satu"

"Aladdin habis. Cricket boleh?"

Aku lopong. Makwe ni tak perlu toleh ke rak untuk pastikan lighter Aladdin tu dah habis. Betmakna dari awal lagi dia tahu yang lighter Aladdin dah habis. Kenapa dia sibuk tanya nak Aladdin ke atau Cricket?

Inilah yang dikatakan illusion of choices. Engkau rasa seolah diberikan pilihan untuk memilih..untuk menentukan sendiri "jalan hidup" kau. Padahal,sebenarnya jalan hidup kau itu telah ditentukan. Sejak dari awal lagi,kau tidak ada pilihan pun sebenarnya. Kau terpaksa.

"Dah tau awal tadi Aladdin habis,kenapa tanya nak Aladdin ke atau Cricket?"

"Company policy,bang. Memang kena tanya customer begitu"

Nampak tak betapa besar illusion of choices ni dipergunakan? Kedai 7-E ni satu dunia bersepah aje kot. Tengok camne dia mainkan kau. Bagi seolah kau rasa special bila pilih barang kau sendiri. Hatta hanya sebiji lighter.

"Cricket satu.."

"Ok..harganya RM1.40 bang"

Aku letak not biru sehelai dan 4 syiling sepuluh sen atas kaunter.

"Abang nak beg plastik? Kalau mahu kena tambah 20sen" tanya makwe tu lagi.

"Aik,aku beli lighter sebiji aje,pun kau nak tanya beg plastik?"

"Company policy,bang" katanya sambil tersenyum.

CerapanWhere stories live. Discover now