"No, it's okay. Patutnya I yang belanja you. I, kan lelaki?"

   "Tak apalah. I yang jemput you ke sini,"

   "Tak payah," tegas Mikael. Dia bangun dari duduknya lalu bergerak ke kaunter. Aiskrim perisa coklat menjadi pilihan. Kemufian, dia bergerak ke meja yang diduduki Nissa.

   Dilihatnya, Nissa sedang menarik nafas dan menghembus nya kembali. Mikael sedikit pelik. Tapi, mungkin dia tahu kenapa Nissa berbuat demikian.

   "So, apa yang you nak cakap tu?" tanya Mikael sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi.

   "Tentang kita,"

   "Kita?"

   "Actually, I dah mula sukakan you, Mikael. You pun sama kan?" luah Nissa. Seketika dia menunduk, apabila tiada respon daripada Mikael.

   Tiba-tiba, Mikael tersenyum sinis.

   "Sorry, Nissa. I tak pernah sukakan you," kata Mikael. Dia dah agak perkara ni akan berlaku. Dia sudah bersedia.

   Hati Nissa pedih. Seolah ada yang memanah tepat di hatinya.

   "Tapi, layanan you selama ni?" lirih suara Nissa bertanya.

   "I cuma game you je. Haha.. Dalam masa seminggu lebih sahaja, you dah jatuh cinta pada I. Hebat, kan?" kata Mikael sinis.

   Nissa menunduk sekali lagi. Matanya sudah berkaca. Perasaan dia bercampur baur. Sedih... kecewa... marah... malu... Semua ada.

   Bunyi kerusi Mikael menarik perhatian Nissa. Dia mengangkat wajah. Kelihatan Mikael sedang berdiri sambil memandang dirinya. Mikael mendekatkan wajahnya dengan wajah Nissa.

   "I kena pergi sekarang. Have a good day. Bye!"kata Mikael sebelum berlalu pergi. Meninggalkan Nissa yang sudah menitiskan air matanya buat entah kali ke berapa.

                      ◾◽◾◽◾◽

" Wow! Hebatlah, Mikael,"

   Mikael tersenyum sumbing. Gembira apabila dipuji oleh rakan-rakannya. Gembira dengan kesedihan dan kekecewaan Nissa yang baru sahaja dipermainkan.

   "Mika, kau tahu tak? Faleeq rakam apa yang kau buat tadi," adu Zafrel kepada Mikael. Memang Faleeq dan Zafrel ada di situ ketika semuanya terjadi. Mikael yang mengajak. Mereka semua bersyukur kerana Nissa langsung tidak sedar akan kewujudan rakan-rakan Mikael.

   "Eh? Suka hati akulah. Apa masalah kau?" Faleeq membela diri. Agak kurang senang apabila Zafrel tidak menyokong perbuatannya.

   "Bagi aku motif kau simpan video tu,"

   "Aku nak buat koleksi,"

   "Koleksi apa?!" marah Zafrel. Ada ke patut benda sebegitu hendak dijadikan koleksi? Banyak lagi yang boleh dijadi kan koleksi. A+ dalam peperiksaan misalnya. Pastinya mustahil bagi Faleeq dan Zafrel yang masing-masing kelas 2 Cekal dan 2 Bestari. Mikael? Dia pasti boleh. Dia pandai.

   "Koleksi cinta bertepuk sebelah tangan,"

   Pak!

   "Aduh! Sakitlah,"Faleeq mengaduh kesakitan apabila Zafrel memukul kepalanya. Dia mengerling Mikael yang sibuk dengan telefon pintarnya itu. Hatinya meronta. Tolonglah aku, Mikael! Entah apa lagi yang Zafrel buat kepadanya nanti.

   " Padam video tu. Sekarang!"arah Zafrel. Jari telunjuknya dihalakan ke arah poket seluar Faleeq yang mengandungi telefon Faleeq.

   "Kau ni kenapa, Zafrel?" tanya Faleeq. Nadanya tegas. Pelik dengan rakannya itu yang seakan membela Nissa. Tidak pernah perkara sebegini berlaku.

   "Kau suka Nissa ke?" tebak Faleeq. Zafrel sedikit terkejut. Namun, cepat sahaja dikawal riak mukanya.

   "What?! Zaf suka Nissa?" teriak Mikael sambil menyimpan telefon pintarnya di dalam poket. Mana taknya. Topik yang dibualkan sedang hangat. Wajiblah join untuk tahu.

   "Tak! Mana ada," nafi Zafrel.

   "Ye lah tu," ujar Mikael tak percaya.

   "Betullah!"

   "Hmm.. Oh ya! Sebelum aku lupa. Faleeq, mana habuan aku?" pinta Mikael. Ya, Mikael dijanjikan hadiah jika berjaya melakukan dare yang dibuat.

   "Aku pun lupa. Jomlah. Benda tu ada di kereta," ajak Faleeq ke kereta Mercedes milik keluarganya. Takkan dia nak bawa wang bernilai RM1000 begitu saja, kan?

   Faleeq sudah menapak ke hadapan. Meninggalkan Mikael dan Zafrel yang masih lagi berdiri di tepi.

   "Faleeq!" panggil Zafrel. Faleeq menoleh.

   "Nantilah dulu. Kita lepak dulu. Benda tu boleh buat kemudian," ajak Mikael. Faleeq mengangguk lalu tersenyum.

   "Nak buat apa dulu?" tanya Faleeq. Dia berjalan mendekati Zafrel dan Mikael.

   "Tengok wayang,"

   "Boleh juga,"

   "Jom!"

  

Saya sayang awak, Miss Blushing!!Where stories live. Discover now