L A S T ;

42 18 47
                                    

"wow hero dah sampai," Raven mengukirkan senyuman sinis memandang kedua-dua witch yang berada di hadapannya.

"Kau kenapa Raven? Takkan merajuk kau sampai macam ni?" Soal Isis yang bingung dengan perbuatan Raven.

Raven hanya kekal tersenyum.

"Biarlah. Bukan selalu aku macam ni. Selalunya aku selalu kalah sebab berdepan dengan witch."

"tapi em...sekarang aku dapat manusia. Peluang keemasan tuh! takkan nak sia-siakan.. kan?" Raven mengalihkan pandangannya memandang Yoongi.

Yoongi hanya diam. Tiada mood untuk bersuara.

Zephyr yang terperasan akan hal itu, mengeluh. Tersedar akan tindakannya yang telah mengguris hati manusia itu.

Yoongi. Sorrylah.. aku main-main je tadi! janganla serious sangat!

Yoongi memandang Zephyr. Keningnya diangkat.

'Apa kau?' soal Yoongi seperti tidak mengetahui apa-apa.

Zephyr mencebik.

Sementara itu pula, Isis sedang memainkan peranan penting untuk memujuk hati Raven.

"Raven tamau la macam ni. Kita kan kawan.Dah lama kot!! Takkan kau... nak cemburu pulak kot?" Soal Isis berbaur sindiran. Sengaja ingin menyakat Raven.

Raven memandang Isis tanpa reaksi.

"Apa kau mengarut ni? Aku lapar je. Salah ke aku nak makan dia? Dia manusia. Memang makanan aku!" Bentaknya sambil jari telunjuknya dihalakan tepat ke arah Yoongi.

Yoongi membuat muka poker. Sudah penat dengan kata-kata Zephyr. Terasa sudah bosan dengan kata-kata yang sama yang diulangnya sejak dia ditangkap.

"Aku ada benda lebih menarik dari tu. Kalau kau nak, kau kena bebaskan dia" hala Isis pula ke arah Yoongi.

'Nampaknya, harini aku famous'

"Aku? Bebaskan dia? Memang tak lah, dia ni dahla dah sakitkan hati aku! Lepastu kau senang-senang je nak suru--"

Isis menyilangkan tangannya ke dada.

"Kau kata kau cuma ambil dia sebagai makanan? Apa ni? Kau tipu aku ke?" Soal Isis, memintas penjelasan Raven.

Muka Raven bertukar pucat.
"Ta- Takk.. Aku"

"Kau tipu aku. Takpa, esok aku kasitahu Morpheus suruh kau dijatuhkan hukuman kerana menipu!"

Tersedak Zephyr dan Yoongi. Sudahla mereka pernah menipu! Tapi itulah. Dirahsiakan.

Raven mencebik.

"Kau ni! Suka betul lah ganggu plan aku! Ha amikla manusia bangang ni! Dahla tak handsome! Suka mengutuk orang pula tu!" Bentak Raven. Geram kerana rancangannya tak menjadi.

'Uyeyeahhh!!'

Sarang itu di buang oleh Zephyr dan Isis dengan menggunakan kuasa magis mereka. Manakala, parut- parut yang terdapat di lengan Yoongi pula disembuhkan dengan kuasa dari Isis.

Yoongi tersenyum bahagia.

Kini dia sudah bebas. Tak perlu lagi dia menggunakan tenaga yang banyak untuk mendapatkan ruang yang luas.

"Kau jangan ingat kau boleh terlepas!" Raven menjeling Yoongi, tajam.

"Raven!"

"Ish yelah! yelah!"

Yoongi hanya tersengih bahagia.

"Raven, sebenarnya kami ke sini untuk dapatkan Miòr milik kau dan Isis. And yeah, Isis dah bagi. So, now its need yours" Kata Zephyr memberi penjelasan.

Kening Raven dijungkitkan.
"Miòr? Kuasa aku?"

"Sikit je. Jangan kedekut"

Semua mata kini memandang Yoongi. Orang dah bantu, dia rosakkan pulak.

Yoongi tersengih. Malu dengan sikapnya sendiri.

"Okay"

Raven mengeluarkan cahaya kecil dari hujung jarinya. Perlahan-lahan ia membentuk seperti satu serpihan batu yang berkilat-kilat.

"Wah emas"

"Ya. Miòr mengikut warna iris mata kami" Jelas Isis sambil tersenyum memandang wajah Yoongi.

Yoongi hanya mengangguk, memahami. Teringat dia pada serpihan batu yang diberikan Isis.

Ia berwarna Turquoise. Biru kehijauan.

.-.

Ambrosial City

Kini, Yoongi dan Zephyr telahpun kembali berada di pintu gerbang di Ambrosial City. Tanpa kehadiran Raven dan Isis.

Tetapi sempat juga Isis memberikan sayur ubi kentang kepada Yoongi, sebagai tanda kenang-kenangan. Itu membuatkan hati Yoongi diselit rasa terharu.

Manakala Zephyr, hanya memerhati bersama Raven.

"Sekarang kita akan ke Finias,"

"Finias terletak di bahagian selatan. Kuasa Elemen Angin" sambung Zephyr.

Yoongi hanya mengangguk.

"Witch mana yang kita akan jumpa?" soal Yoongi, ingin tahu.

"Macam yang kau tau, ia melibatkan dua witch"

Yoongi menjungkitkan sedikit keningnya tanda menyuruh Zephyr meneruskan kata-katanya yang tergantung sepi.

"Salah satunya Eris Calypso"

"Dia bawa angin hitam dan dia tinggal di Cockaigne dengan status, raja"

"Angin hitam?"soal Yoongi, keliru.

Zephyr mengangguk, mengiyakan pernyataan Yoongi.
"Angin hitam tu akan bagi petunjuk di mana dia berada. Kerana dia tersembunyi"

"ouh,"

Zephyr hanya tersenyum nipis.

"Witch yang kedua?" soal Yoongi.

"Aku-"

Yoongi mengukirkan senyuman kegembiraan.

"Wah ini sungguh daebak! Bak sini miòr kau" Kata Yoongi sambil tapak tangannya dihalakan ke arah Zephyr.

Zephyr menjeling Yoongi.

"Nanti dulu. Jom jumpa dulu semua witch lain."

Yoongi memandang Zephyr, pelik.

"Kenapa pulak?"

"Aku nak jadi yang terakhir" balas Zephyr sambil mengukirkan senyuman manis buat Yoongi.

Yoongi hanya mencebik.
"Kau ni. Bukan nak tolong habiskan cepat-cepat misi aku ni"

Zephyr hanya tersengih.
"Biarlah"

Segera Zephyr berjalan menuju ke pintu gerbang bernama Finias yang telah terbuka luas.

Yoongi mendengus kecil sebelum mengikut langkah Zephyr.

.tbc

pyaball
adelinenick
hunnieyooo
taesticx-
savethepenyu

Oneíro PeregrineWhere stories live. Discover now