10|Setan Kene Ikat

Mulai dari awal
                                    

"Tadi dengkur" Tzuyu tetap nak menang "Iyelah.. Kenapa rambut ni macam serabai semacam eh.." Taehyung membetulkan rambutnya sengaja ingin memalukan Tzuyu

"Baru bangun tidur memang rambut serabai" jawab Tzuyu selamba membuatkan Taehyung menjelingnya tajam. Tzuyu hanya menunjukkan riak wajah kosong

Mereka tetap dalam keadaan itu dengan lama. "kenapa diam?" soal Tzuyu "Bila dengan kau, aku rasa tak perlu cakap banyak. Cukup mata merenung membuktikan rasa...." Taehyung berhenti bercakap sebaliknya malu dengan ayat sendiri

"Rasa apa?" soal Tzuyu dengan pelik. "Erk... Dah la.. Kau dah sihat kan? Jom balik" Ajak Taehyung sambil berdiri dari kerusi

"Balik lah. Saya nak tidur sini" Kata Tzuyu sambil menarik selimutnya "Jom balik" ajak Taehyung lagi dengan wajah tegas. Tzuyu menggeleng degil.

"Okey. Annyeong.." Taehyung ingin keluar dari wad Tzuyu "Taehyung.. Jangan pergi.." Tzuyu menjerit dengan cuak. Taehyung mengerutkan dahi

"kenapa?" soalnya. Tzuyu memandang sekeliling wad. "Got7 mana?" soalnya dalam ketakutan. Baru Taehyung teringat Tzuyu diikat tadi

"Oh ye.. Got7 ke yang ikat kau?" soal Taehyung sambil kembali duduk di kerusi sebelah katil Tzuyu. "Ye.. Diorang tak bagi saya couple" jawab Tzuyu dengan pasrah. "Hmm.. Mana boleh. Kau kene juga cari pasangan hidup" Taehyung kelihatan marah

Tzuyu tersenyum "cepat tulis ideal type kau" Taehyung memberi Tzuyu borang. "Wow.. Mana datang borang ni?" terkejut Tzuyu dibuatnya "Aku kan CEO mana boleh tinggalkan borang" Taehyung memberikan Tzuyu pen sekali

Tzuyu menulis ideal typenya sambil tersenyum-senyum. Setelah selesai, dia berikan borang pada Taehyung

"Hensem, tinggi, senyuman comel, tak takut dengan hantu, periang, bagi perhatian banyak.. Amboi.. Taste tinggi awak ni" Bebel Taehyung membuatkan Tzuyu tertawa kecil

"Dowoon.. Perfect dengan kau" Taehyung menunjukkan gambar Dowoon pada Tzuyu. "Wow.. Hensem" puji Tzuyu "Ye henssm. Tapi tak boleh kalahkan kehenseman aku" sempat Taehyung memuji diri sendiri

"Jangan nak perasan" sindir Tzuyu sambil menjeling ke atas "Kau pun rasa aku hensem. Kalau tak, takdenya kau nak sentuh rambut aku" Ayat taehyung membuatkan Tzuyu malu

"Ish! Bila masa pulak" Tzuyu menafikannya "tadi~" jawab Taehyung lalu tersenyum seperti alien. "Dah la nak tidur" Tzuyu terus masuk dalam selimutnya akibat malu diusik Taehyung

***

Dahyun dan Jimin merenung got7 yang sedang diikat. "Diorang ni tak tidur sejak malam tadi" kata Dahyun kepada Jimin dengan pelik

Got7 memandang mereka dengan riak wajah takut. "Mana boleh tidur kalau takut" Jimin bersangka baik. "Ahh what ever. Korang ni siapa huh?" Dahyun mengacukan batang penyapu pada got7

"Ahh jangan pukul" hanya ayat itu yang disebut mereka untuk mengelakkan diri daripada menyebut identiti sebenar mereka

"Nak pukulah tak nak bagitau. Nak kena??" Dahyun mengacah-acah ingin memukul mereka "Ahhh" mereka menjerit takut lebih lagi Jinyoung

"Awak jangan tunjuk sangat comel tu. Saya je boleh tengok" Jimin bersuara sambil mencekak pinggang "hehe" Dahyun tersengih memandang Jimin

"Dah.. Biar diorang. Jom makan" Jimin menghulurkan tangan kepada Dahyun "Jom la" Dahyun memegang erat tangan Jimin lalu mereka gerak ke dapur

"Eeee.. Garangnye noona tuu" Jinyoung merengek kerana takut "Masalah sekarang ni, kenapa kita tak boleh jadi halimunan?!" soal Youngjae dengan tak sangka

"Molla.. Masalah besarnya, mana Tzuyu? Kenapa dia tinggalkan kita? Dan sape pulak 2 ekor makhluk tadi yang acah sweet tu? Nasib aku tak muntah" kata Jackson dengan riak wajah bengis

"Itukan adik Taehyung. Diorang uruskan kelab jodoh tu. Aku rasa.. Tzuyu dah mati la" kata Jaebum dengan pasrah

"Sebab kita ikat dia" kata Bambam dengan sedih "maksudnya, kita pun nak dah mati!" jerit Jinyoung dalam tangisan. Mereka semua menangis

"Aku kene jumpa Sana..minta break. Kalau tetibe menghilang, matilah dia tunggu aku sampai tua." Ujar Mark dengan kecewa "Yaa aku pun kene break dengan Lisa" Bambam bersetuju

"Sedar la diri tu setan. Sejak bila kita rasa bersalah?" Soal Youngjae dengan sinis. "entahla. Terdetik" jawab Bambam

"Dah balik" Taehyung masuk ke dalam rumah bersama Tzuyu. Terkejut mereka melihat got7 diikat "Tzuyu tolong" got7 menjerit

Tzuyu segera menyorok belakang Taehyung kerana takut "Ha korang dah balik. Macam mana?" soal Dahyun yang baru keluar dari dapur. Got7 menunduk kepala kerana takut

"Okey je. Doktor suruh Tzuyu banyak minum air" kata Taehyung "Baguslah.. Jangan terkejut eh. Malam tadi diorang ni ceroboh rumah so, Jimin ikat dia" kata Dahyun lalu tersengih

Taehyung dan Tzuyu saling berpandangan dengan wajah terkejut

"erm.. Dahyun.." Taehyung memanggil adiknya itu "Nae?" Tanya Dahyun "Sebenarnya diorang tulah 7 setan tu" jawab Taehyung dengan gugup

Dahyun membuntangkan matanya manakala Jimin terlepaskan cawan di tangannya sehingga terhempas di lantai

***

Yow selamat hari raya kedua. Lupa pula nak type semalam😂
Btw saya tema Kelabu uwu.. Tak sama dengan crush huhu sebab tak ada crush. Tiber

BTW stream sekarang teaser MORE N MORE TWICE!!! Baru keluar harini❤️

Cantik wui menari kat hutan.

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang