"Mingi! Seonghwa! Tunggu sekejap!" dua daripada lima jejaka terhenti daripada memasuki rumah lantaran San memanggil mereka.

Pandangannya ditoleh pada Mingi terlebih dahulu.

"Lepas cuti raya, aku kasi up upah kau."

"Seriously boss?" bersinar-sinar mata Mingi tatkala terdengar perkataan 'up' dan 'upah'.

"Haah. Dahdah, pergi masuk makan." dengan sengaja San menghayunkan jemarinya, mahu menghalau Mingi.

Setelah mendapati Mingi sudahpun memasuki rumah, San pun menghampiri Seonghwa yang kekal berdiri.

"Hwa, aku sebenarnya nak minta maaf sangat-sangat, aku terlalu ikut perasaan dan percayakan mulut orang kampung dari kebenaran. Please, forgive me." tertunduk malu San semasa mahu memohon kemaafan daripada Seonghwa.

"It's okay, San. Aku maafkan kau, janganlah risau. Aku cuma buat kerja sambilan dekat gerai tu. Kau sendiri tahukan aku dah jadi pegawai Jabatan Agama Islam? Lagipun, akulah yang tangkap dia orang bertiga haritu." tersengih-sengih San, yang sebenarnya lupa akan pekerjaan sebenar Seonghwa.

"Eh, apa kita tercegat lagi dekat sini? Jom masuk masak." bahu Seonghwa ditepuk San dengan lembut, diselangi pelawaan.

Pin! pin!

Mahu saja dia membuntuti Seonghwa, San menoleh ke belakang ekoran bunyi hon motosikal yang bertalu-talu kedengaran.

"Eh eh Gesdi! Ada apa datang ni?" kalut San menuruni tangga bagi mendapatkan sahabatnya seorang itu.

"Ni hah, mak suruh hantarkan lemang. Katanya, kau mengidam nak makan." gurauan Gesdi disambut San dengan tawa kecil.

"Memang pun hehe. Eh- mehlah masuk rumah aku dulu, ada makan-makan."

"Eh tak apalah." ujar Gesdi sambil menggosok belakang leher, segan sebenarnya.

Namun, San tetap mengajaknya yang kelama-lamaanya diterima jejaka itu.


⋘ ──── ∗ ⋅◈⋅ ∗ ──── ⋙

"Hah, abang-abang semua mehlah makan." ajak K-onn penuh kesantunan di hadapan mereka, sambil tolong mencedok rendang dan ketupat pada pinggan.

Tersembur aku sejurus meneguk sirap selasih, melihat kelakuan K-onn yang sumpah ayu. Ouh lupa, depan orang lain yang berhimpun di ruang makan memang acah-acah baik, cuba kat dapur sana, dah lama menggila dengan mak dan mak ngah tu.

Seusai menghidangkan juadah malam raya, K-onn yang tersipu malu mula meninggalkan ruang makan.

"San, dia tu siapa?" soal Seonghwa.

"Dia Khairun Nisa, sepupu aku. Tapi aku panggil dia K-onn je." ujarku yang hampir termuntah melihat lakonan mantap K-onn.

"Ouh. Nanti tanya dia, nak tak jadi pakwe pegawai Jabatan Agama Islam macam aku ni?" tutur Seonghwa sambil mengurut bawah dagunya.

"Tercyduk K-onn tu nanti kalau couple dengan kau. San, bolehkan kalau pakej upah kerja dengan couple dengan K-onn digabungkan?" soal Mingi dengan teruja.

"Nehi kabhi nehi, rasanya dia sesuai dengan aku." ujar Yeosang dengan bangganya.

"Bang Yeosang, sedarlah. Abang punya bini tengah berpantang sekarang ni, jangan gedik berniat nak pasang dua pulak. Lagipun saya rasa K-onn tu sebaya saya je, tengok muka macam nak ambik SPM je."

【✔️】𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 • 𝓒𝓱𝓸𝓲 𝓢𝓪𝓷Where stories live. Discover now