🥥I🥥

1.3K 183 166
                                    

Maaf atas kekarutan di bawah muehehehe

🌴🥥🌴🥥🌴

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏🌴
𝑷𝒓𝒐𝒍𝒐𝒈


"Dua tiga budak terencat,
Tertelan pulak halkum sendiri,
Kami datang sebenarnya berhajat,
Mahu memetik salah satu kumbang di sini." pasangan suami isteri itu saling berpandangan, kelu untuk membalas pantun ketua rombongan merisik itu.

Seperti mati akal, si isteri hanya melakar senyuman kekok sebelum menuangkan kopi kepada tetamu-tetamu yang memenuhi ruang tamu.

Disebabkan fikirannya berkira-kira untuk mengajukan soalan, jadi si suami mula membalas semula pantun.

"Minah melarat hidupnya,
Anak lapan tapi beras cuma tinggal secupak,
Erm maaf nak tanya,
Yang datang cuba petik kumbang kami ni kumbang jugak?"

Tersedak tetamu-tetamu yang mendengar soalan tuan rumah. Mujurlah tak tersedak cawan.

"Dalam akuarium ada ikan koi,
Pastinya bunga Encik Murad Choi." balas ketua rombongan merisik itu.

Murad selaku tuan rumah mula mengerut kening. Meskipun berbangsa Korea tulen, setahu-tahunya kalau yang datang merisik biasanya pihak lelaki. Tapi terbalik pula jadinya.

"Anakku San bawak balik ole-ole,
Katanya dari Negeri di bawah Bayu,
Boleh tu boleh,
Tapi yang mana satu?"

"Dua tiga ubat tik-tik,
Ha, Santulah yang kami mahu petik!" terkedu Murad dan isterinya setelah ketua rombongan teruja membalas. Asudah!

Kini pasangan suami isteri dilanda buntu, sukar memberi kata putus. Tapi demi kepentingan anak teruna itu, mereka perlu memberitahu perihal sebenar.

"Kepala Din tergaru-garu,
Ada kutu agaknya,
Sukar kami ingin beritahu,
Tapi sebenarnya-"

"-San nak menyinglet!"

Terlopong mulut rombongan pihak perempuan itu dibuatnya tatkala dua pemuda merangkap anak tuan rumah sudahpun tercegat di hadapan pintu utama.

"Dua tiga bekas Pringle,
Deyh bukan singlet, single!" bisik adik pemuda itu penuh geram. Single pun payah nak sebut, patutlah single!

"Minta maaf sangat-sangatlah dari pihak kami sekeluarga, tapi kami terpaksa tolak pinangan Encik Saiful atas sebab tertentu." tutur Murad bernada sedikit kesal.

"Hm nak buat macam mana, tak ada rezekilah kita nak berbesan." ketua rombongan sedikit tertunduk berhadapan Murad, mungkin malu pinangan anak gadisnya ditolak.

Dalam sekumpulan rombongan merisik melangkah pergi, sempat si gadis menerpa ke arah pemuda tadi.

"Sampai hati San tolak pinangan Ecah. Ecah cintakan abang separuh mati tau?" kolar pemuda digelar San dicengkam oleh gadis itu.

Adik kepada San sekadar menggulingkan anak mata, meluat pula menyaksikan kejadian pinangan terbalik ini.

"Ecah Lima Posen oi, sedarlah. Kau tu exam PT3 pun tak lepas lagi, ada hati nak merisik abang aku, dasar batch coro- ergh! Dasar Laut Mediterranean betul!" hambur ketidakpuasan si adik dengan mengakhiri carutan berlapik.

Akibat tersentap, gadis bernama Ecah itu membuntuti sekumpulan rombongan merisik itu berkeadaan menghentak-hentak kakinya.

"Ha hentak-hentak! Kerat tu nanti baru ada akal!" pemuda yang digelar San itu menampar bahu adiknya yang tak henti-henti mengomel.

"Sudah-sudahlah Jongho oi, jom masuk" ajak San.

Kedua-dua anak teruna itu pun segera mendapatkan ibu bapa kesayangan mereka setelah melangkah masuk ke dalam rumah.

Dari sudut pandangan Murad dan isteri, mereka hanya mampu menggeleng kepala. Sukar sekali nak membendung kumpulan rombongan merisik yang bertandang ke sini sejak akhir-akhir ini.

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🌴🥥🌴🥥🌴

Penangan stiker wasap, terus tercetus idea ni 😂

Amaran keras JANGAN PLAGIAT, satgi Wauthormelon suruh San lempaq nyioq kat hangpa yang suka copycat ni🥥

Btw Wauthormelon nak tunjukkan watak-watak dalam chapter ni dulu

╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

❝ SanTan is stand to San and coconut milk (santan), not that setan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ SanTan is stand to San and coconut milk (santan), not that setan. Setankan kena ikat bulan puasa ni ❞

- 𝑆𝑎𝑛 𝑎.𝑘.𝑎 𝐻𝑎𝑠𝑠𝑎𝑛 𝑀𝑢𝑠𝑡𝑎𝑘𝑒𝑒𝑚 𝐶ℎ𝑜𝑖

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

❝ Kalau sentap dengan kata-kata aku, mohon tobat buang perangai huduh piang hang tu ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ Kalau sentap dengan kata-kata aku, mohon tobat buang perangai huduh piang hang tu ❞

- 𝐽𝑜𝑛𝑔ℎ𝑜 𝑎.𝑘.𝑎 𝐻𝑎𝑟𝑟𝑎𝑧 𝐽𝑜ℎ𝑎𝑟𝑖 𝐶ℎ𝑜𝑖

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





Keyh jumpa di chapter lain nanti tau 😜

【✔️】𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 • 𝓒𝓱𝓸𝓲 𝓢𝓪𝓷Where stories live. Discover now