🥥A🥥

713 130 52
                                    

Vomment sokmo 🤭✨

🌴🥥🌴🥥🌴

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 🌴
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 02

Setelah stok-stok santan dan kerisik siap disusun pada tempatnya, aku pun meminta diri untuk beredar dari kedai runcit.

Mana tidaknya, kerja penghantaran produk lain belum selesai sebenarnya, ada banyak tempat yang perlu aku pergi.

Motosikal yang diparkir berhadapan kedai segera aku dekati. Aku pun meninggalkan kawasan itu seraya enjin dipanaskan.

Tungganganku kini melepasi papan tanda 'Selamat Jalan', menunjukkan aku sudahpun keluar dari kawasan kampung Chiangkerik.

Penghantaran terus secara tunai atau secara ringkasnya cash on delivery (cod) sudah lama aku praktikkan, sejak berniaga kecil-kecilan.

Lagipun, tempat yang bakal aku tuju ini antara kawasan tarikan orang ramai berikutan di situ menyediakan minuman tropikal yang berkrim dan menyejukkan tekak, fuh!

Sebuah kereta Hyundai Starex berwarna hitam meluncur laju atas jalan setelah diparkir pada bahu jalan, berhampiran gerai coconut shake. Gerai itulah aku maksudkan awal-awal tadi.

Seusai enjin dimatikan, aku mengambil beberapa biji buah kelapa secara bergilir-gilir lalu diletakkan pada timbunan kelapa.

Memandangkan kesemua kelapa sudah diambil keluar, aku pun menghampiri kawanku merangkap peniaga minuman tropika itu.

Bingung aku melihatkan dia melopong mulut, seperti baru menyaksikan sesuatu menakjubkan yang terjadi pada pandangannya.

"Tutup mulut Seonghwa oi, satgi lalat masuk. Tak pun cicak." selorohku sebelum tersenyum sendirian. Nak tergelak bila mengenangkan stiker wasap yang dihantar Jongho semalam, bertubuh cicak tapi ditepeknya muka gojes aku, aigoo.

#jatuhmartabatseketulhassanmustakeemchoi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

#jatuhmartabatseketulhassanmustakeemchoi

Mendengarkan usikanku, Seonghwa atau namanya Fahmi Safwan yang tersedar dari lamunan mula membuat minuman buatku. Patutlah ternganga lain macam saja.

"Hwa memang lagutu (macam tu), first time nampak artis mercun pop pop beli coconut shakelah katakan." terhambur tawaku dengan kata-kata rakan niaganya yang digelar 'Abang Nickhun 2 Petang'.

"Ish bang Nick ni, artis K-poplah, bukan mercun pop pop" selar Seonghwa yang beriakkan wajah tak berpuas hati. Sekejap-

"Kau kata artis K-pop? Siapa?" soalku teruja. Mana tau kalau aku kenal.

"Em ada selalu tayang kat TV, apa nama entah group tu, haiyo~" tergaru-garu Seonghwa memikirkannya.

Dari tadi aku perhatikan perbuatan Seonghwa. Kalau aku nampak kelemumur yang menyerupai nestum atas coconut shake, jagalah dia nanti.

"Halah group mercun pop pop tu famouslah jugak. Lagipun, abang kenal sorang tu, dia pernah tinggal kat kampung kita dulu" terkebil-kebil mata aku dengan keterangan abang Nickhun, seolah-olah tidak percaya.

Mana mungkin artis K-pop tinggal di kampung. Kalau ada, siapa?

Memandangkan coconut shake siap dibuat Seonghwa dan duit penghantaran buah kelapa sudahpun dihulurkan Abang Nickhun tadi, aku berkira-kira untuk pergi ke lokasi lain.

"San" aku sudah duduk atas motosikal kembali menoleh ke arah Seonghwa.

"Aku dengan abang Nick sebenarnya nak mintak tolong sikit." ujarnya sedikit segan silu.

"Tolong apa?"

"Boleh tak jadikan kami berdua sebagai rakan kongsi kau? Halah kau sendiri tahukan, kalau ada business partner ni, lagi masyuk." tutur Seonghwa bersemangat, cuba menyakinkanku.

"Bukan tak mahu, tapi sebenarnya rezeki yang Allah berikan pada aku sudah memadai, cukuplah sekadar menampung sekeluarga kami berempat.

Jadi tak perlu rasanya nak kaut lagi kekayaan di dunia, yang perlu dibawa ke akhirat masih kering kontang em." tuturku sebelum meninggalkan Seonghwa dan Abang Nickhun yang sudah jatuh rahang mereka ke bawah.


✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🌴🥥🌴🥥🌴

╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

❝ Setoothless-toothless aku pun mampu buat coconut shake muehehehe, kau hado?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ Setoothless-toothless aku pun mampu buat coconut shake muehehehe, kau hado?

Btw open order sekarang, mehlah beli minuman tropikal yang menyejukkan tekak ni disaat berbuka puasa (also available in Grab Food and Food Panda)

- 𝖲𝖾𝗈𝗇𝗀𝗁𝗐𝖺 𝖺.𝗄.𝖺 𝖥𝖺𝗁𝗆𝗂 𝖲𝖺𝖿𝗐𝖺𝗇

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





Apa aku tulis ni muehehehe 🤣 Koe gegetlah akue!

【✔️】𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 • 𝓒𝓱𝓸𝓲 𝓢𝓪𝓷Where stories live. Discover now