022 ᴄʜᴀɴɢᴇ

585 108 48
                                    

"Nak ajak diorang belajar sini ke tak? Hm."

Jiyoung berkira-kira sama ada mahu mempelawa rakan dari sekolah lelaki untuk belajar di rumahnya atau tidak.

"Aku rasa, baik tak payah. Diorang pun bukannya suka belajar." Kata Soonyoung setelah beberapa minit menunggu Jiyoung untuk membuat keputusan sendiri.

"Ah, okay." Jiyoung mengangguk. Kemudian dia mengambil satu buku dari rak secara rawak.

Dia mengambil tempat di sebelah Soonyoung.

Dia mengambil tempat di sebelah Soonyoung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau suka membaca?"

Jiyoung mengangguk tanpa memandang wajah sepupunya.

"Aku tak pernah tau rumah Uncle Lee ada perpustakaan mini."

Memanglah kau tak tau. Selama ni luang masa dengan kawan-kawan sama jantina.

Kenyataan Soonyoung dibiar sepi.

"Ji?"

"Hm?"

Oh hidup lagi.

Soonyoung mengeluarkan telefonnya lalu bermain permainan video.

Bahunya terasa berat. Kepalanya ditoleh seketika.

Kepala Jiyoung bersandar di situ.

Kemudian dia fokus semula pada telefon.

Semakin lama Soonyoung merasakan Jiyoung seperti melorot ke bawah.

Telefonnya diletakkan di tepi.

Buku yang dipegang Jiyoung diambil perlahan.

Patutlah melorot, rupanya gadis itu tertidur.

Soonyoung membaringkan Jiyoung, kepala gadis itu diletakkan di atas ribanya.

Diamati wajah manis Jiyoung.

"Kau sanggup potong rambut sebab aku." Rambut Jiyoung diusap lembut.

"Aku...akan cuba ubah diri sendiri." Kemudian, pipi gadis itu disentuh.

•❅──────✧❅✦❅✧──────❅•

Akhirnya, setelah seminggu di rumah, Soonyoung dan Jiyoung perlu pulang ke asrama.

"Appa...jaga diri." Jiyoung memeluk appa nya dengan erat sebelum keluar dari perut kereta.

Lelaki separuh abad itu hanya mengukir senyuman.

"Appa kesian kat Ji..."

Jiyoung berpusing semula apabila mendengar appa nya berkata sesuatu.

"Kesian?"

"Omma Ji dah lama takde. Sejak Ji kecil lagi."

"Sebab itulah appa tak pernah tolak permintaan Ji, appa nak Ji bahagia walaupun tanpa kasih sayang omma."

Jiyoung terdiam, tersentak. Wajah orang tua itu dipandang.

"Apa?" Balasnya tidak percaya. Selama belasan tahun appa nya menipu.

"Maafkan appa sebab tipu Ji selama ni."

Jiyoung mengetap giginya. Sampai hati appa nya buat begini.

"Ji faham."

"Jangan lupa permintaan Uncle Kwon."

Anak gadis bermarga Lee itu hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Marah? Sudah tentu tetapi dia risau jika marah akan membuatkan hubungan antara bapa dan anak akan musnah.

Jadi dia memilih untuk diam dan redha. Lagipun dia tidak mempunyai begitu banyak kenangan bersama si ibu.

-투비콘티뉴-

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada readers yang disayangi, supporters yang tak pernah jemu membaca ff lien. Lien hargai sangat ii. Cumanya kalau ada comment korang yang lien tak terbalas, maafkan lien. Maybe masa tu lien sibuk atau terlupa maaf sangat ii. Apa ii soalan nak tanya, tanyalah jangan malu ii. Lien tak telan orang. Lien mamam dino je ehe 😇

Cʜᴀɴɢᴇ ° ᵏˢʸ °Where stories live. Discover now