016 ᴄʜᴀɴɢᴇ

619 99 73
                                    

Tok tok!

Soonyoung memandang ke arah pintu biliknya yang tertutup rapat.

"Soon, jom makan. Appa dengan omma dah tunggu kat bawah." Kakaknya, Seyoung memanggil.

"Okay. Noona pergilah turun dulu."

Setelah Soonyoung mendengar bunyi derapan kaki beransur hilang, dia memandang ke arah skrin telefonnya.

"Chan...tolonglah angkat telefon." Katanya jelas tanpa menginginkan sesiapa untuk mendengar.

Telefon pintarnya dilempar ke atas bantal lalu turun makan.

•❅──────✧❅✦❅✧──────❅•

"Kenapa ni?" Puan Kwon menegur anak lelakinya yang laku seperti tiada selera makan.

"Muram semacam je." Tegur beliau lagi membuatkan Soonyoung menggeleng lemah. Kepalanya langsung tidak diangkat, hanya memandang nasi di dalam pinggan.

"Mesti sebab jauh dari Ji, kan?" Seyoung menyampuk membuatkan Soonyoung terus memandang ketiga-tiga insan yang turut memandangnya.

"Soon ada hati kat Ji? Ajaib. Pandai ye Ji ambil hati Soonyoung." Kali ini appa nya menambah dengan tawa pada pengakhir ayat.

"Bu-bukan macam tu..." Soonyoung mati kutu, matilah kalau dia kata Chan tak angkat call. Bukannya appa dia tak kenal Chan.

Malah Chan pernah dimarahi appa nya kerana dianggap menjadi punca anaknya songsang.

"Atau anak appa ni marah sebab dah lama tak dapat balik?" Encik Kwon belum habis meneka.

Soonyoung hanya berdiam. Kalau dia kata ya pun tak ada guna. Bukannya masa boleh diputar. Dia hanya membalas dengan segaris senyuman.

"Mana suami noona?" Pandangannya dialihkan pada Seyoung.

"Outstation, sebab tu noona kat sini. Takutlah tinggal sorang kat rumah dengan keadaan macam ni."

Pernyataan dari kakaknya membuatkan Soonyoung tercengang.

Seyoung sakit ke sampai tak boleh duduk rumah sorang-sorang?

Dia melihat omma nya tersenyum.

Aik? Kakaknya sakit pun omma boleh senyum-senyum lagi?

Omma suka tengok Seyoung sakit ke?

"Kenapa dengan noona?" Soonyoung bertanya, serta-merta Seyoung tertawa kecil.

•❅──────✧❅✦❅✧──────❅•

"Appa." Jihoon memecahkan hening ketika mereka sedang makan malam.

Deheman kecil dari lelaki separuh abad itu dianggap sebagai sahutan.

"Bila omma nak balik?"

Encik Lee berhenti makan seraya menoleh ke arah anak gadisnya.

"Bulan depan, Ji. Kenapa tanya?"

Jiyoung menggeleng. Sejak dia sekolah rendah lagi dia bertanya dan jawapan yang sama juga diperoleh.

"Kalau Ji bawa kawan-kawan Ji belajar kat sini...boleh?" Jiyoung menyoal soalan lain.

"Kawan yang mana satu?"

"Jasmine Boo."

Appa nya tertawa kecil sebelum mengangguk.

"Tak habis-habis dengan nama Jasmine tu."

Jiyoung hanya tersengih. Appa nya kenal benar dengan Seunghye. Tidak sudah berangan dengan nama orang putih.

"Kalau Ji ajak kawan-kawan dari sekolah baru?" Jiyoung cuba nasib untuk bertanya.

"Pernah tak appa tak tunaikan permintaan Ji? Buatlah apa Ji nak asalkan Ji tahu batas dan pandai jaga diri."

Jiyoung terus tersenyum lebar dengan jawapan appa nya.

-투비콘티뉴-

Boo Seunghye or nama yang dibuat-buat, Jasmine Boo ٩(◕ᗜ◕)و

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Boo Seunghye or nama yang dibuat-buat, Jasmine Boo ٩(◕ᗜ◕)و

Cʜᴀɴɢᴇ ° ᵏˢʸ °Where stories live. Discover now