"Kita tak habis bincang lagi ini." Lyana merengek.

"Bincang pasal kahwin dalam office I? You sedar tak I tengah bekerja? Benda ini boleh bincang kemudian!" Garang dan beku.

Oh... Nak bincang pasal kahwin ke? Jadi, memang confirm diorang akan berkahwin ke? Kiranya Lyana ini bakal mak tiri Tiaralah, kan? Padanlah dia selamba saja arah-arah Tiara macam Tiara itu anak dia.

Encik Izammil meneruskan pembacaannya.

"You, Hanim, kan?"

Aku tersentak saat nama aku disebut. Aku menoleh memandang Lyana. Sempat mata aku menangkap Encik Izammil mengerling ke arahku. Mungkin takut aku bergaduh lagi dengan Lyana padahal aku rasa Lyana ini memang tengah nak mulakan pergaduhan.

Aku mengguk perlahan pada pertanyaan Lyana itu.

"You dengar, kan apa yang Izammil cakap tadi? Kami dah nak kahwin. I harap you sedar tempat you dan jangan masuk campur lagi dalam hidup Tiara dan Izammil." Lyana berkata bersama senyuman sinis.

Aku diam tak membalas. Sejak bila pula aku nak masuk campur hubungan diorang?

Lyana tersenyum puas bila aku tak membalas. "Good. Kalau you baik macam ini, dah lama I suka you." Lyana berkata. Aku hanya membatu. Disebabkan kepala aku yang terasa berat ini, aku tak ada hati nak melawan. Tangan aku kembali naik memicit dahi.

Lyana berjalan menghampiri aku. Dia menilik aku atas bawah. Nak saja aku cucuk dua biji mata dia itu!

"Encik Izammil, saya keluar dululah. Nanti kalau Encik dah sign, saya masuk balik." Aku berkata mendatar dan terus berpusing membelakangi Lyana untuk berlalu. Baru setapak aku melangkah, lengan aku ditarik dan tubuhku kembali dipalingkan.

"Hey! Don't be rude." Lyana berkata dengan dahi berkerut. Tak puas hati bila aku ignore dia macam itu saja.

Aku mencebik. "Siapa yang kurang ajar sekarang ini?" Aku soal semula. Tapi, nada aku perlahan. Langsung tak berniat nak mencari pergaduhan.

"Kenapa aku rasa kau ini berminat sangat dengan boyfriend aku?" Lyana bertanya sambil berpeluk tubuh.

"Lyana..." Aku dengar Encik Izammil menyeru nama Lyana tapi, Lyana masih memandang aku dengan muka sinis.

"Yes, you may leave, Hanim," kata Encik Izammil pada aku. Aku kembali berpusing tapi pandangan aku terus terasa berbalam. Kepalaku terasa berat. Semuanya kabur dan apa yang aku dapat dengar selepas itu ialah seseorang menyeru nama aku dan tubuhku rebah menyembah bumi.

SUNGGUH, kepala aku terasa sangat berat! Nak buka mata pun rasa tak mampu. Tangan aku menggeletar naik ke dahi dan memicit perlahan. Ya Allah. Sakitnya! Perit betul rasanya!

"Hanim..."

Aku tersentak. Perlahan-lahan mata aku terbuka dan wajah Encik Izammil menyapa pandanganku. Dia memandangku seketika sebelum dia kembali bangun dan menjauhiku. Baru aku perasan, aku masih berada dalam pejabatnya, dalam keadaan terbaring di atas sofa.

Cepat-cepat aku menegakkan tubuhku. Rasa insecure.

"Saya pengsan ke?" Aku bertanya sambil meliarkan pandangan ke sekeliling pejabatnya. Lyana tiada di sini. Mungkin dah balik. Aku memandang meja di sebelah sofa tempat aku berbaring dan aku dapat melihat ada beberapa jenis ubat di situ.

"Tadi saya dah call doktor. Awak demam?" tanya Encik Izammil sambil bersandar pada meja kerjanya. Matanya memandang aku. Aku mengangguk perlahan.

"Sebab hujan semalam?"

Aku mengangguk lagi.

"Kenapa tak ambil MC saja?"

BAHAGIA UNTUK IZAMMIL | uneditedWhere stories live. Discover now