Bab 84~|The Thing They Will Know|

Mulai dari awal
                                    

"Kenapa kau cakap macam tu?" Berkerut dahi Alexa mendengar kata-kata Arean.

"Semua perkampungan dan kebanyakkan kerajaan telah diserang, Alexa. Ada kemungkinan mereka hantar perisik utntuk melihat keadaan kerajaan ni sebelum melakukan serangan yang seterusnya. Dalam erti kata lain, kerajaan ni akan menjadi sasaran mereka yang seterusnya." Perlahan saja Arean berkata-kata. Selepas apa yang dilihatnya pagi tadi, dia mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati.

"Kau nampak yakin."

"Aku yakin sebab aku dapat merasakannya."

"Kau rasa benda ni ada kena mengana dengan kita ke?" Alexa bertanya untuk mendapatkan pandangan daripada Arean.

"Apa maksud kau?"

"Cuma kita je nampak benda tu, Arean. Jadi,aku berfikir, benda ni diseru oleh seseorang yang kita kenal ke? Kenapa hanya kita je yang nampak dan bukannya orang lain?"

"Maksudnya, kau nak mengiakan tuduhan yang raja-raja tu lemparkan hari tu?" Arean kelihatan marah dengan Alexa.

"Aku ada bukti, Arean. Bukan bukti yang mama lakukan semua ni. Tapi bukti kepada tercetusnya benda ni semua."

Semakin berkerut dahi Arean mendengar kata-kata Alexa.

"Kau kena beritahu aku, dan aku akan beritahu kau sesuatu yang aku dapat dari raja-raja tu."

Alexa mengangguk faham.

"Tapi bukan dekat sini. Aku yakin, bukan dua ekor tu je yang ada melihat dan mendengar, malah ada lagi yang lain." Mata Arean meliar memandang sekeliling.

"Kau nak aku ajak Lucy dengan Drake untuk dengar semua ni ke? Sekurang-kurangnya mereka berdua dapat tolong kita, kan."

Arean menggeleng lalu mengusap belakang kepalanya.

"Aku tak tahulah, Alexa. Mereka berdua seolah-olah menghilangkan diri lepas kematian mama. Aku tak rasa mereka berdua akan dengar perbincangan kita."

"Aku akan cuba pujuk Lucy kalau kau nak."

"Kau cuba lah dulu. Aku pun kalau boleh perlukan juga pertolongan dari sesiapa yang berpengalaman dalam kendalikan benda-benda macam ni."

Alexa mengangguk setuju.

Bunyi loceng menandakan habisnya waktu rehat. Rakan sekelas mula kembali masuk ke kelas.

"Kita bincang benda ni nanti." Alexa berbisik pada Arean.

*****

Seperti yang dirangcang, Nuria pergi ke istana dengan menaiki kereta Arean dan Alexa.

Suasana janggal membuatkan dia berasa tidak selesa dan tidak senang duduk. Dia berharap agar segera sampai ke istana.

"Kau nampak gugup. Kenapa?" Tiba-tiba Alexa bersuara, bertanya tanpa memandang pada Nuria.

"Ta-tak ada apa. Aku cuma gugup nak berjumpa dengan Kael." Nuria beralasan.

"Bukan dengan kami?" Alexa bertanya lagi.

Nuria tidak menjawab. Dia menundukkan kepalanya.

THE NEXT HEIR [Completed]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang