Prolog

54 1 0
                                    


Mata Tokeng dibuka perlahan-lahan. Gelap. Tangannya meraba-raba, ternyata dia di dalam ruang yang sempit. Dia mengetuk-ketuk ruang tersebut yang diperbuat daripada kayu. Kakinya menendang ruang kecil beberapa kali dan dia menjerit dengan kuat, mengharapkan ada bantuan. Itulah yang mampu Tokeng lakukan ketika ini.

Cahaya menerjah masuk ke mata Tokeng. Terkejut bukan kepalang apabila dia berada di dalam sebuah keranda di tengah hutan. Dia memandang sekeliling. Nafasnya tercungap-cungap cuba mengambil udara. Kepalanya terasa pusing. Dia cuba mengingati apa yang berlaku sebelum ini tetapi gagal.

"Tokeng?" seorang lelaki muncul di depan matanya secara tiba-tiba. Belum sempat Tokeng menjerit, mulutnya cepat-cepat ditutup oleh lelaki itu.

"Jangan bising. Ini akulah, Izwan! Kau tak ingat aku ke?"

"Mmmmm..."

"Oh, sorry bro." Izwan melepaskan genggaman tangannya. Barulah Tokeng bersuara.

"Aku dekat mana ni, Izwan? Kenapa aku dalam keranda ni?"

Izwan terdiam seketika. Air matanya mengalir perlahan. Tokeng dipeluk kuat. Berkali-kali Izwan meminta maaf. Tokeng menepuk perlahan bahu Izwan tanpa mengetahui apa yang terjadi.

"Kau sepatutnya dah mati. Aku nampak dengan mata aku sendiri, kau ditembak berkali-kali!"

Tokeng menelan air liurnya. Dia benar-benar keliru. Siapa yang membunuhnya?

"Eh, baru aku perasan. Kenapa badan kau kecil semacam je?" Izwan melihat susuk tubuh Tokeng yang kurus sedikit.

"Aku tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi kau pun nampak lebih dewasa. Seingat aku, saiz badan kau pun sama macam aku."

Bunyi tembakan kedengaran. Izwan cepat-cepat menarik tangan Tokeng meredah hutan. Tokeng tidak bersuara sepanjang perjalanan mereka. Izwan mengeluarkan pistol dari dalam kotnya. Tokeng terkejut. Izwan menembak tepat ke arah seseorang di balik pokok. Darah memancut keluar dari kepala orang yang ditembak itu. Satu das tembakan saja sudah membunuh lelaki tersebut.

"Oii... Kenapa kau bunuh dia?" Terketar-ketar Tokeng mengeluarkan suaranya. Dia hampir terkencing di dalam seluar.

"Zombi. Diorang ni dah berevolusi sejak 6 tahun lepas. Pistol ni pun sebenarnya tak mampu nak bunuh zombi jenis ni. Tapi, kalau kita tembak tepat di kepala, memang diorang ni takkan dapat hidup!"

"Zombi? 6 tahun lepas... Sekarang ni tahun berapa?"

"2040. Peliklah kau ni. Takkan kau dah lupa?"

"What the..."

Tokeng cuba bertenang. Nafas ditarik dalam-dalam. Dia melihat jam tangannya, 6 petang. Di dalam hutan memang gelap kerana pokok-pokok menutup cahaya untuk masuk kawasan ini. Izwan memperlahankan lariannya, tangannya memberi isyarat supaya Tokeng senyap seketika.

"Zombi. Kau rilek sekejap." Izwan mengacukan pistolnya tepat ke arah zombi yang sedang berjalan perlahan-lahan. Sedas tembakan dilepaskan tepat mengenai zombi tersebut. Izwan mengeluarkan kelopak peluru dan mengisi enam butir peluru.

"Kita kena cepat. Tempat ni dah tak selamat lagi. Diorang dah jumpa kita!" jerit Izwan.

Dalam meredah hutan yang hampir gelap, Tokeng perlahan-lahan mengingati apa yang berlaku pada dirinya.

HOMISID (BETA VERSION)Where stories live. Discover now