BAB 1

6.4K 210 36
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Iman Irdina Binti Mohd Rashid dengan mas kahwinnya sebanyak 500 ringgit tunai"

SAH!

SAH!

SAH!

Kini Iman Irdina sah menjadi isteri kepada Iman Fahri.

Iman Fahri memandang rupa Iman Imani dengan penuh perasaan jijik. Dengan perlahan dia duduk dihadapan Iman Irdina. Dia menyarung cincin di jari manis milik Iman Irdina.

Di membisikkan sesuatu di telinga sebalik tudung yang melitupi kepala Iman Irdina.

"Aku akan pastikan kau sentiasa mendapat derita bila bersama dengan aku." Bisik Iman Fahri di telinga Iman Irdina dan kemudian dia mencium sekilas dahi Iman Irdina.

Iman Irdina hanya menundukan pandangannya.

Dengan terketar-ketar dia ingin menyarung cincin di jari Iman Fahri.

Dia ingin bersalam dengan Iman Fahri tetapi Iman Fahri melarikan tangannya.

Mereka berdua mengambil gambar. Iman Fahri senyum paksa bila keluarganya memandang ke arahnya dengan tajam.

"Selamat pengantin baru buat anak dan menantu Umi." Datin Salimah peluk Iman Irdina.

"Kamu Fahri kena jaga menantu Mummy dengan baik." Kata Datin Mastura kepada Iman Fahri.

"Mestilah Mummy, Umi. Jangan risau, Fahri akan jaga Irdina dengan baik sekali. Kan Sayang." Iman Fahri memaut bahu Iman Irdina. Dia mengcengkam bahu Iman Irdina bila Iman Irdina mendiamkan dirinya.

Iman Irdina kerutkan dahinya bagi menahan rasa sakit di bahunya.  Disebabkan cengkaman dari Iman Fahri.

"I..ya Mummy, Umi. Abang boleh jaga Irdina." Iman Irdina senyum kelat memandang kedua wajah Datin Mastura dan Datin Salimah.

"Kami balik dulu." Kata Datin Mastura dan bersalam dengan besannya Datin Salimah.

•••

Iman Irdina berasa gugup bila melihat jam di dinding biliknya yang sedang menunjuk pukul 10:30 malam.

Dia terkaku bila melihat Iman Fahri masuk ke dalam biliknya dan mendekati ke arahnya.

Iman Fahri duduk di atas sofa. Menghadap Iman Irdina di depannya itu.

Dia tersenyum senget bila melihat keresahan di wajah Iman Irdina.

"Kenapa dengan kau?." Kening dijongket sebelah.

Iman Irdina hanya tundukkan pandangannya dan tidak menjawab soalan dari Iman Fahri. Takut mahu memandang wajah dingin milik Iman Fahri.

Iman Fahri berdecit geram. Dengan pantasnya dia mendekati Iman Irdina yang sedang menunduk itu.

"Aku tanya asal kau tak jawab!." Tanganya naik menarik tudung Iman Irdina supaya mendongak kepadanya. Dia paling pantang bila soalannya tidak dijawab.

Iman Irdina terkejut dengan tengking Iman Fahri. Untung sahaja biliknya kalis bunyi. Dia menepuk lengan Iman Fahri dan merayu kepadanya.

"Lepas Abang. Sakit!." Iman Irdina menahan sakit di ubun-ubun kepalanya.

"Ada pulak suara kau. Aku ingat dah bisu!." Iman Fahri masih lagi setia menarik tudung Iman Irdina. Malah dia kuatkan lagi pegangannya.

"Kau memang tak layak nak jadi isteri aku bodoh!." Iman Fahri menolak Iman Irdina

Iman Irdina jatuh terduduk dari katilnya. Dia menangis teresak. Dengan beraninya dia membalas soalan dari Iman Fahri. Dengan perlahan dia memandang wajah bengis Iman Fahri.

"Kalau saya tak layak. Kenapa abang kawin jugak dengan saya?." Soalnya.

Iman Fahrin ketawa sinis bila Iman Irdina bertanya kepadanya. Dia duduk cangkung di hadapan Iman Irdina. Dia mencengkam rahang Iman Irdina.

"Kau jangan ingat aku kawin dengan kau sebab aku cintakan kau? Kau silap besar. Aku kawin dengan kau sebab HARTA." Iman Fahri senyum sinis kepada Iman Irdina.

Terasa gugur jantungnya bila Iman Fahri memberitahu kepadanya. Rupanya dia dikahwinkan hanya sebab harta?

Kalau macam tu ceraikan saya." Iman Irdina tundukkan lagi pandangannya bila Iman Fahri mencerlung tajam ke arahnya.

PANG!

Iman Fahri menampar pipi Iman Irdina dengan kuat sehingga terteleng ke tepi.

"Aku tak akan ceraikan kau sampai bila-bila!." Dengan lantasnya Iman Fahri merentap tudung Iman Irdina dengan kasar dan mencampak ke arah lain.

Iman Irdina memegang pipinya yang terasa sakit itu.

"Cantik bila kau buang tudung kau. Tapi lagi cantik kalau kau derita!"

Dia memegang kepala Iman Irdina lalu dihalakan ke arah dinding. Iman Irdina pengsan disebabkan Iman Fahri menghantuk kepalanya di dinding

"Derita kau akan bermula mulai sekarang." Dia senyum sinis kepada Iman Irdina yang sudah pengsan itu.

Mencari Kebahagiaan |COMPLETED✓Where stories live. Discover now