"Ugh... so tired!" Aku mengeluh. Kami, aku dan Tiana kini berada di sebuah restoran untuk menikmati makanan tengah hari selepas penat ber'perang' di bilik karaoke tadi.
Tiana gelak melihat aku. Sambil itu dia melihat-lihat menu yang tersedia di hadapan kami. Aku pula melihat sekeliling. Aku keluarkan telefon aku untuk capture momen bersama Tiana.
Kami mula memesan makanan. Sementara menunggu, kami membahas topik-topik yang telah kami pelajari hari ini. Tidak lupa juga dengan assignment dari Prof. Melissa.
"Babe, are you done?" Tiana menyoal padaku. Aku yang sedang menyedut beberapa sedutan air manis mula mengerutkan kening. Asal manis sangat air ni.
"Done what?" Aku menyoal dia semula.
"Prof. Melissa assignment." Aku mengangguk. Aku dah lama siapkan assignment itu. Aku tidak suka membuat kerja last minute. Nanti otak serabut.
"I already send it. Maybe... three days ago?" Saat aku menjawab, pesanan kami sudah sampai. Aku memesan lamb chop, dan Tiana hanya memesan salad goreng. Pelayan itu mula menyediakan makanan kami.
"Her comments?"
"She just said good job. That's all. Nothing." Aku mula melahap lamb chop aku. Peduli apa aku tentang hal lain, yang penting, aku puas! Puas melahap lamb chop aku! Kami sama-sama menikmati makanan kami. Walaupun aku tidak faham mengapa Tiana suka salad goreng.
Dengar nama pun rasa nak muntah. Tapi tak apa lah. Minat lain-lain. Tiana seorang vegetarian. Aku? Aku paling anti-vegetarian. Sayur? Ugh. Aku suka lobak merah sahaja. Oh dan sayur kangkung.
Setelah habis makan, kami mula beransur untuk pulang. Keluar sahaja dari restoran, langit mula menghitam. Rasanya tadi masih lagi cerah. Aplikasi ramalan cuaca juga mengatakan hari ini akan cerah. Tapi, ramalan hanyalah ramalan.
Cuaca adalah ketentuan Allah untuk dia buat nak cerah ke, mendung ke atau ribut sekalipun. Ingat, itu semua ketentuan Allah. Kita manusia mampu meramal sahaja, tidak mampu untuk menentukan.
Aku mula mengeluh. Tiana pula sudah meninggalkan aku sejak beberapa minit yang lepas kerana dia mendapat panggilan daripada ibunya untuk segera pulang. Kami berpisah di hadapan restoran.
"Haih... aku tak bawa payung lah pula hari ni!" Aku merungut apabila payung aku tidak dijumpai dalam beg. Jadi, macam mana aku nak balik rumah sekarang?!
Hujan perlahan-lahan membasahi ibu kota. Aku pula terkedek-kedek lari mencari tempat untuk berteduh. Hentian bas menjadi pilihanku sekarang. Ramai juga yang berteduh di sini. Terpaksa kami berkongsi tempat.
Makin lama makin lebat pula hujan. Macam tiada tanda yang ia akan reda dalam beberapa minit. Aku mula sakit kaki. Penat pula berdiri lama ni! Tapi, hentian bas ini sudah dipenuhi orang. Semua tempat telah diambil.
Tiba-tiba, seseorang menepuk bahuku. Refleks aku menoleh dengan muka berkerut. Tapi, apabila melihat siapa yang menepuk bahuku tadi, aku langsung tergamam. Dia! Kenapa dia dekat sini?
"Mr. William? What-"
"Don't call me Mr. William. Just William."
"I saw you running just now. I think you need help?"
"Ah..." Dan tanpa aku sedari, kami menjadi pusat perhatian orang-orang di situ. Mereka tersenyum-senyum. Ha, sudah! Mereka fikir apa? Aku kembali menatap William yang masih lagi berdiri di sebelahku.
"You see... I have this. Maybe, we can share?" Tangannya yang sedari tadi memegang sesuatu mula menaik. Payung.
Semua orang di perhentian bas itu mula memberi sorakan. Semua menyuruh aku untuk menerima ajakan tersebut. Mereka pula yang melebih-lebih dah kenapa?
Aku tersenyum kekok sebelum mengangguk. Boleh lah daripada kena sidai dekat stesen bas tu. Payung dibuka, kami mula berjalan beriringan. Hujan mula tidak lebat seperti beberapa minit tadi.
Hanya kesunyian yang tercipta antara kami. Kakiku hanya berjalan mengikut kaki panjang William berjalan.
"Hye..." Tiba-tiba William berhenti jalan. Aku turut berhenti.
"Y-yeah?" Mata kami bertembung.
"What's your name? You know mine, but i dont know yours. You know... its not fair." Tanyanya dengan suara lembut. Lembut seperti hujan turun di bumi England ini. Tidak lupa, senyuman manis pada bibirnya.
Aku senyum. "I'm Rawdah. Nice to meet you, William. And.. thanks for this and before."
"Rawdah... Beautiful name." Dia kembali berjalan. Aku mengikut kakinya berjalan. Kami mula berbual hal-hal sederhana yang sering orang baru berkenalan lakukan.
Perbualan kami berjalan lancar. Sehingga kami sudah sampai di hadapan rumah sewaku kerana aku yang menunjuk jalan.
"It's nice to talk with you, William." Dah sampai rumah, baru nak lama-lama tengok muka handsome mamat England ni!
"Yeah... same goes to me, Rawdah."
Kemudian, kesunyian yang timbul antara kami. Kami sama-sama memandang antara satu sama lain. Jantungku mula tidak keruan.
"Emm... I think we need to stop here right, William. Hahaha." Aku tertawa palsu. Cuba untuk menutup keresahan yang berlaku dalam hatiku.
Aku berdiri di depan pintu rumah, bersiap mahu masuk. Tombol pintu sudah aku pulas untuk buka.
"Rawdah." Panggilannya membuat aku kembali menatapnya.
"Yes?"
"I will call you, soon." Dia tersenyum sebelum melambai tangan untuk berpisah di situ. His smile! Ugh! Manisnya, Ya Allah!
William perlahan-lahan berjalan meninggalkan rumah sewaku. Aku pula masuk ke dalam rumah. Kasut dibuka. Tidak peduli dengan bajuku yang basah akibat hujan, aku langsung berbaring di sofa.
Tangan naik memegang jantung yang masih lagi berdetak laju. What the hell... Asal laju sangat jantung aku berdegup ni?! Tangan naik pula pada wajah. Panas. Asal muka aku panas! Oh my god! Apa yang jadi pada aku ni?!
Sebagai pelajar fakulti perubatan tahun akhir, semestinya kami dipenuhi dengan assignment dari pensyarah-pensyarah kami. Kini, aku menghadap laptop kesayanganku sambil menaip fakta-fakta dan teori-teori.
Buku-buku dibuka. Cuba mencari maklumat yang boleh digunakan. Aku cuba untuk fokus pada kerja-kerja aku. Kerana aku sangat tidak suka menangungg sehingga menggunung. Aku lebih suka menyelesaikan dengan cepat.
Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.
Tiba-tiba, bunyi deringan telefonku. Telefonku yang terletak di sebelah laptop langsung aku capai. Keningku berkerut. Nombor tidak dikenal. Siapa pula yang buat panggilan malam-malam begini?
Tetap sahaja, tombol hijau aku tekan. Tombol speaker ditekan. Telefon aku letak semula pada tempat asalnya. Tangan menaip semula apa yang patut.
"Hello?" Aku ucap kerana sedari tadi senyap dari belah sana.
"Hello, Rawdah." Mataku membulat. Suara itu!
"Is that you, William?" Kedengaran seseorang ketawa dari seberang sana.
"Yeah... its me." Aku tersenyum tanpa sedar. Kami mula berbual tanpa mengingat masa. Aku pula lupa dengan assignment yang harus aku siapkan. Leka dengan perbualan yang rancak itu.
YOU ARE READING
Different
RomancePertemuan dua hati, di bumi England yang kian sejuk akibat musim. Sama-sama berkongsi rasa yang sama. Namun, tidak pada kepercayaan mereka. Seorang Muslim dan seorang Atheis? Dan, ini hanyalah kisah cinta yang dipenuhi dengan manis dan pahit. Rawda...
