Sebilah pedang hitam yang dikelilingi dengan asap hitam keluar daripada tangan  kanan sang pengawal.

"Wouhh, macam magik!" Sempat Alex memuji kehebatan sang lawan. Namun pujiannya tidak dihiraukan si pengawal.

"Mari." Jari telunjuk si pengawal digerakkan ke depan dan ke belakang tanda memanggil Alex untuk bertarung dengannya.

Tanpa menunggu balasan daripada Alex, tubuh si pengawal lesap menjadi asap. Alex sedikit kaget namun dia tetap berwaspada menanti serangan si pengawal. Tiba-tiba satu tumbukan hinggap di perut Alex. Alex tertunduk sambil memegang perutnya.

Kelibat si pengawal lesap kembali. Alex tersengih sinis.

"Tak sakit!" Ujar Alex namun jelas didengari si pengawal. Bibirnyaa masih menayangkan senyuman sinis. Dia kembali berdiri namun Kali ini dia bersiaga.

Dia merasakan Ada angin yang meluru laju di sebelah kanannya lalu tanpa membuang masa dia membaling pedangnya membelah angin Dan tanpa disangka-sangka pedangnya berjaya menusuk tubuh si pengawal tepat di bahagian jantung. Pedang yang dipegang pengawal itu jatuh berdeting di atas lantai diikuti tubuhnya yang berlumuran darah berwarna hitam. Pengawal itu mati dengan hanya sekali serangan dari Alex.

Tak sempat Alex ingin mencabut pedangnya, muncul satu susuk manusia di sebalik asap hitam laju ingin menetaknya. Namun Alex pantas bertindak dengan menjadikan kedua-dua tangannya besi menahan libasan pedang tersebut. Si lawan kelihatan terkejut lantas menghayunkan satu lagi pedang di tangan kirinya ke arah Alex. Alex pantas menolak dirinya ke belakang mengelak serangan tersebut. Rupa-rupanya seorang lagi pengawal yang melakukan serangan. Dibelakang pengawal itu terdapat Dua lagi pengawal yang sedang bersiaga bersama pedang masing-masing.

"Dah puas sembunyi?" Soal Alex sinis membangkitkan amarah mereka.

Tanpa membuang masa, Alex Mara melakukan serangan balas. Dia menendang salah seorang pengawal dengan kuat sehingga si pengawal tertolak jauh ke belakang hampir mengenai dinding. Kemudian dia berpusing ke udara sebelum menghunuskan pedangnya ke arah Dua lagi pengawal di kanan Dan kirinya. Pengawal itu juga seperti dapat membaca serangannya. Kedua-duanya berjaya menahan tetakan itu dengan pedang mereka.

"Boleh tahan." Puji Alex lagi. Pengawal-pengawal itu merengus kasar tanda tidak suka dengan kata-kata Alex.

Alex tersengih sinis sambil mengeluarkan kuasanya. Dia menggabungkan API ke pedang kanannya Dan petir ke pedang kirinya. Kedua pengawal tadi seakan terkejut lantas cepat-cepat menjauhkan diri mereka dari Alex. Mereka melompat menjauhi Alex.

"Eh, Tak buat apa-apa pun?" Alex menyerotkan bibirnyaa.

Dia melakukan serangan balas. Kedua-dua pedangnya terangkat lalu terbang meluru ke arah dua pengawal itu. Namun mereka pantas bertindak menjadi asap hitam. Serangan Alex tersasar.

"Cis!" Kedua-dua pedang tadi kembali ke tangan Alex semula.

Dia memusingkan tubuhnya mencari pengawal yang ditendangnya sebentar tadi. Namun Tak sempat dia mengelak, wajahnya ditendang kuat sehingga dia terundur beberapa tapak ke belakang. Kaki yang menedangnya tadi lesap menjadi asap hitam.

"Haha, nice." Alex memegang wajahnya yang ditendang. Mungkin Akan bengkak nanti. "Serangan hendap eh?" Sinis Alex berkata. Dia melihat sekelilingnya yang Tiba-tiba dikelilingi dengan asap hitam membentuk bulatan mengelilinginya. Kini dia dikurung di dalam bulatan asap!

"Now, be serious." Ucap Alex sambil memegang kedua belah pedangnya rapi. Dia bersiaga menanti serangan.

Tanpa diduga satu pedang muncul dari arah sisinya dengan kelajuan Maha laju. Alex pantas bertindak dengan menahan menggunakan pedangnya. Namun, Tak sempat dia berfikir, beratus-ratus bilah pedang muncul Dan menuju laju ke arahnya!

Tangan Alex tanpa disuruh bergerak laju menahan Dan mencantas hentaman yang diterimanya. Walaupun ruang untuk dia bertahan agak sempit, dia masih mampu mengawal Dan bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan. Dalam masa yang Sama, minda Alex giat berfikir Cara untuk keluar dari bulatan asap tersebut. Walaupun fizikalnya hanyala asap, namun  Alex tidak dapat memecahkan dinding ASAP itu. Sepertinya dinding tersebut agak tebal Dan kebal. Jadi dia mesti memikirkan jalan lain untuk meloloskan dirinya.

Tiba-tiba pedang yang menyerangnya berhenti menyerang Dan menghilang. Walaupun hairan, dia masih tetap bersiaga kalau-kalau Ada serangan lain pula yang muncul. Tepat seperti yang diduga, asap yang mengelilinginya Tiba-tiba semakin mengecil Dan menghimpitnya. Alex Cuba bertahan dengan membina dinding halimunan di sekelilingnya berharap agar asap tersebut tidak dapat menghimpitnya. Namun, asap tersebut kelihatan sangat kuat Dan keras apabila dinding halimunan yang diciptanya hancur begitu sahaja kerana tidak dapat menahan impak hentaman yang diberikan dinding ASAP tersebut.

Lama-kelamaan, dinding tersebut Makin menghimpitnya dan akhirnya asap tersebut bersemuka menjadi satu garisan panjang tanda langsung tiada udara yang tertinggal di dalamnya.

***************************

Asap hitam berputar-putar diudara sebelum kelibat Tiga orang pengawal tadi muncul di sebaliknya. Masing-masing diantara mereka kelihatan gagah memakai baju perisai pengawal istana.

"Kita dah bunuh dia ke?" Soal salah seorang pengawal tersebut kepada Dua yang lain.

"Tuan suruh Kita pastikan mereka sampai kepada dia. Macam Mana Ni?" Seorang pengawal yang lainnya Mula gelabah.

"Rilex lah. Memanglah tuan suruh Kita bawa mereka kepada dia tapi Cuba fikir balik, tuan pun Akan bunuh mereka juga kan? Jadi apa salahnya Kita membantu dia uruskan salah sorang dari mereka? Lagipun, aku fikir sekuat manalah mereka itu tapi rupanya sampah! Lemah! Sesenang itu sahaja dikalahkan." Kritik pengawal yang satu lagi. Lagaknya agak berani. Dia menggenggam buku limanya lalu menunjukkan ke hadapan wajahnya tanda dia berbangga dengan kejayaan mereka.

Dinding ASAP yang dibina mereka Mula menghilang. Mereka memerhatikannya dengan pandangan hairan. Dimana mayat si musuh?

Tanpa semena-mena Dua rakannya Tiba-tiba rebah menggeletek di lantai. Tubuh mereka dibasahi darah berwarna hitam. Mata mereka terbeliak kerana terkejut dengan serangan Tiba-tiba itu.

"Apa?!" Si pengawal yang masih hidup kelihatan agak terkejut dengan apa yang berlaku. Dia terundur ke belakang.

Di belakang badan dua rakannya yang rebah , tertusuk sebilah pedang tepat menembusi jantung mereka.

Alex tersengih menampakkan gigi-giginya yang tersusun rapi. Matanya galak memandang si pengawal yang kelihatan ketakutan melihatnya. Dia bercangkung di tengah-tengah mayat kedua-dua pengawal sambil tangannya memegang Hulu pedang yang menusuk ke tubuh kedua pengawal tersebut. Di sekitar pedangnya masih mengalir aliran eletrik dan API.

"Ma...macam...ma...Mana...ka...kau...?!" Terketar-ketar suara si pengawal bertanya. Dia menunjukkan jari telunjuknya ke arah Alex.

Alex lantas berdiri. Dia melangkah menghampiri si pengawal. Bunyi pedang bertemu lantai marmar bergema memenuhi ruang. Alex mengheret kedua belah pedangnya tanpa Ada niat untuk mengangkatnya. Dibibirnya tersunging senyuman penuh makna.

"Hairan?" Terletus tawa kecil dari bibir Alex. Langkahnya semakin menghampiri si dia yang juga ikut terundur sehingga tubuhnya berlanggar dengan dinding. Dia jatuh terduduk. Alex berhenti melangkah apabila betul-betul Tiba dihadapan pengawal tersebut. Dia mencangkung di hadapan si pengawal.

Alex meletakkan tangannya di atas kepala si pengawal tanpa sebarang riak. "Aku takkan mati selagi Bruce masih hidup." Ujarnya datar sekaligus pengawal di hadapannya mula mereput seperti terkena asid.






The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now