51 🌸

259 26 0
                                    

"Abang bawa dia pulang ke apartment abang. Masa tu abang hanya perlu tunggu dia sedar sahaja sebab semua kecederaan dia dah sembuh dengan sendiri. Tapi bekas-bekas darah tu still ada dekat badan dia. Adik Tahu, badan dia dah nampak berisi sikit dan nampak lebih berotot macam abang dalam sekelip mata. Haha." Alex tergelak sendirian sambil membayangkan tubuh Raz  sewaktu kali pertama mereka bertemu dan selepas penyerahan nyawa itu. Agak berbeza.

Alexa tercengang seketika. Sebenarnya daripada awal lagi dia sudah terkejut dengan cerita yang disampaikan Alex itu namun dia hanya menyepikan diri menunggu sehingga alex habis bercerita. Dari tidak berminat terus dia jatuh minat untuk mendengar dengan lebih lanjut. Tidak pula dia sangka pertemuan Raz dan abangnya sebegitu rupa.

"Then, lepas dia sedar tu kitorang jadi kawan rapat sehinggalah sekarang. Tamat." Ujar Alex sambil mendepangkan kedua-dua belah tangannya ke udara.

"Aik, macam tu je?" Soal Alexa tidak berpuas hati.

"Yelah. Habis tu nak macam mana lagi?" Terangkat sebelah kening alex dibuatnya sambil dia memandang wajah Alexa.

"Laaa, cerita la situasi lepas Raz bangun."

"Haii adik ku sayang. Bukan tak nak cerita.. tapi cuba adik tengok jam sekarang. Dah pukul berapa?" Soalan Alex menyebabkan Alexa memandang jam dinding yang tergantung di hadapannya.

Ternganga dia seketika.  Jam betul-betul telah menunjukkan angka 1 pagi.

"Ushh, dah lewat nih." Tanpa berkata apa-apa, dia terus bangun dari duduknya lalu bergerak meninggalkan Alex disitu. Dia hampir terlupa yang dia bersekolah esok. Alex pula tergeleng-geleng kepala melihat kelakuan adiknya itu.

Baru sahaja dia berura-ura ingin bangun masuk ke biliknya, satu ciuman hinggap di dahinya. Tercengang seketika dia sambil matanya melihat ke arah empunya badan.

"Goodnight brother. Sleep tight." Ucap Alexa sebelum terus melangkah pergi ke biliknya untuk beradu. Sebelum dia menaiki tangga tadi, dia sempat berpatah balik semula ke Alex kerana terlupa untuk mengucapkan selamat malam.

Alex sekadar tersenyum.

"Sleep tight too."

***************

David dan Dave berdiri di hadapan Ratu Arland. Mereka berdiri tegak memandang ke hadapan. Sebilah pedang tersangkut kemas di pinggang masing-masing.

Kelibat Ratu Arland yang sedang membelakangkan mereka dipandang sahaja. Masing-masing mendiamkan diri tidak bersuara. Suasana malam yang dingin mengigilkan tubuh mereka sedikit.

"Bagaimana?" Soal Ratu Arland sambil berpusing menghadap David dan Dave. Dia yang cantik bertambah berseri dengan cardigan emas yang tersarung di tubuhnya.

"Melalui siasatan patik berdua, Bruce telah sedia maklum tentang Alex dan Raz. Namun dia masih sedang menyiasat tentang mereka. Dia masih belum menemui apa-apa maklumat berkaitan dengan Alex dan Raz." Ujar David terlebih dahulu.

Ratu Arland terangguk-angguk faham. Dia tersenyum sendiri.

"Bruce sekadar mengetahui tentang Azuarium yang berada di dalam tubuh Alexa. Selebihnya dia tidak tahu apa-apa." Sambung Dave pula.

"Bagus. Beta tidak tahu apa yang bakal berlaku sekiranya dia mengetahui tentang budak berdua itu. Mungkin dia bakal menjadi lebih tamak. Tamak untuk memiliki kedua-duanya Azuarium itu." Ratu Arland menghembus nafasnya perlahan.

"Baiklah, kamu berdua boleh pergi berehat." Arah ratu Arland.

"Menjunjung titah Tuanku." Ujar David dan Dave sebelum mereka melangkah keluar dari kediaman ratu itu.

Manakala, Ratu Arland masih berdiri di beranda kediamannya. Fikirannya melayang memikirkan tentang gadis bernama Alexa serta Alex dan Raz.

Dia masih lagi mengingati pesanan bapanya , Raja Rion iaitu agar melindungi si penjaga permata azuarium.

Namun tidak semua orang mengetahui tentang hakikat sebenar permata azuarium itu. Hakikat sebenar yang menunjukkan sepasang Azuarium yang melindungi kerajaan Kristal. Ya, tiada sesiapa yang mengetahui melainkan pemerintah kerajaan Kristal.

Kristal Azuarium telah diciptakan secara berpasangan. Kedua-dua nya dicipta sama hebat dan sama kegunaannya. Namun, dunia sekadar mengetahui bahawa hanya ada satu sahaja kristal azuarium di dunia.

Satu Azuarium telah dimasukkan ke tubuh Alexa Manakala satu lagi di tubuh Alex. Dan sekarang, salah satu permata Azuarium itu telah terpecah dua dan berada ditubuh Alex dan seorang pemuda bernama Raz.

Walaupun hanya separuh, kuasa itu tetap kuat mampu memusnahkan lima bandar sekaligus. Jika mereka berdua bergabung, kuasa mereka akan setanding dengan kekuatan yang dimiliki Alexa yang memiliki sepenuhnya satu kristal azuarium.

"Arland akan selamatkan Daniel.."




The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin