#tanduk

43 13 0
                                    

Senyuman manis si Syaitan celaka
Rosakkan hubungan dua manusia
Si syaitan fikir sudah menang selamanya
Rupanya hati sendiri terseksa

Apa dia nak?

Kasih sayang sudah diberi
Nak lebih lebih? Pergi mati!

Sakit kau penuh hipokrit
Sedih kau menipu lebih
Sudah puas? Balik.

Pergi balik.

Jangan bagi jalan kebencianku makin besar
Takut nanti kau menangis tak sudah.

Buat hati orang merana
Tapi hati sendiri koyak ketara
Dan lepastu? Salahkan dia?

Jangan buat lawak.

Apa lagi kau nak?
Tak cukup lagikah diberi apa yang kau hendak?

Hidup aku
Tak sebahagia kau sangka
Untuk kau tahu
Hari hari pun aku sengsara

Jadi? Puas?

Sudahlah

Balik rumah jamah sedikit meggi
Kononnya fikirkan plan apa selepas ini
Tapi apa yang kau buat mesti tak jadi

Aku? Senyum sinis dekat sini

Senyuman manis si Syaitan celaka
Menyakitkan hati yang diminta
Aku cukup bosan dengan perangai dia
Ada saja perangai minta ditampar wajahnya

Ingat, jangan minta!

Abjadحيث تعيش القصص. اكتشف الآن