12.00 a.m

122 15 0
                                    

Waktu bagai terhenti. Tiada seorang pun yang berani keluar dari rumah mereka. Mereka tahu arwah Melati sedang cuba untuk membunuh sesiapa sahaja yang keluar dari rumah. Sosok wanita itu mula berkeliaran di kawasan kampung yang terpencil itu.

Pak cik yang sebelum ini ditemui oleh Adly mengintai di sebalik pintu tingkap rumahnya. Dia melihat seorang wanita yang memakai baju songket berada di luar. Dia tahu akan orang itu. Walaupun tidak jelas tetapi dia pasti itu adalah arwah Melati yang dimaksudkan.

Lama dia melihatnya sehinggalah Melati mula memandang matanya. Pak cik itu dengan segera menutup rapat pintu tingkap rumahnya itu. Pak cik itu cuba menenangkan dirinya.

Matanya membeliak apabila badannya ditusuk dari arah belakang. Darah mula mengalir keluar dari bahagian perutnya. Rasanya semakin perit apabila alat yang digunakan untuk menusuknya dipulas-pulas pada bahagian itu sehingga pak cik tua itu menjerit kesakitan.

Ramai yang mendengar hanya mampu menutup telinga. Kerana tahu, arwah Melati sudah mula mencari mangsanya. Ibu bapa yang mempunyai anak hanya menutup telinga anak mereka supaya mereka tidak berasa ngeri pendengar jeritan itu.

Wanita itu mengeluarkan pisau yang digunakan untuk menusuk lelaki itu lalu mula berdiri di hadapan lelaki itu. Biarlah lelaki itu mengingati wajah orang yang telah menikamnya pada masa itu. Dia tersenyum puas melihat lelaki itu menderita kesakitan.

"Kau bukan Melati"ucap lelaki tua itu sebelum membeliakkan matanya apabila jantungnya ditikam dengan pantas.

Lelaki itu rebah di atas atas lantai rumah dan penuh dengan darah yang mengalir keluar. Wanita itu keluar dari rumah itu lalu mula bergerak untuk ke rumah yang terletak di hujung kampung.

Manakala Syafiq dan Puan Zalia sampai di kawasan rumah yang sudah lama Puan Zalia tidak kunjungi.Syafiq melihat seseorang yang telah diikat pada pokok berdekatan dengan rumah itu.

Syafiq berlari untuk memeriksa orang yang diikat itu. Itu adalah Syafiq yang masih tidak sedarkan diri. Adly menampar-nampar wajah Syafiq setelah membuka ikatannya untuk menyedarkan lelaki itu.

Sementara Puan Zalia memeriksa mereka yang lain. Syafiq tersedar dan cuba untuk bangun. Dia dibantu oleh Adly kerana kakinya masih lagi terasa sakit untuk berdiri.

Puan Zalia menghampiri mereka dan memberitahu beberapa orang lagi rakan mereka telah diikat di beberapa pohon yang berdekatan dengan kawasan itu. Puan Zalia membantu mereka melepaskan ikatan Syasya, Abang Roy, Kak Asma dan juga Abang Farid namun masih ada satu lagi orang yang belum mereka temui iaitu Alia.

Bunyi tapak kaki membuatkan mereka semua mula menyorok di sebalik semak samun yang berada di kawasan itu. Disebalik semak itu, dia melihat seorang wanita yang memakai baju songket sedang masuk ke dalam rumah usang itu sebelum kembali keluar dengan sebatang seruling di tangannya.

Dia mula meniup seruling itu dengan bunyi yang sangat menyentuh jiwa. Namun disebalik semua itu, ada orang yang terseksa mendengarnya. Seorang gadis dileparkan dengan kasar oleh wanita itu.

"Ali...". Terus Kak Asma menekup mulut Syasya. Bimbang suaranya akan didengari oleh wanita itu. Bukan sahaja Syasya tetapi mereka semua terkejut dengan keberadaan Alia di tempat itu.

Sepanjang lagu dimainkan dengan menggunakan seruling itu, Alia tidak berhenti daripada menahan rasa keperitan yang mendalam di bahagian telinganya. Darah mengalir keluar dari telinganya mendengar bunyi tiupan seruling itu.

Guruh mula kedengaran dan awan yang menutupi bulan mula menghilangkan. Mereka sekarang sedar malam itu adalah malam bulan purnama. Hari kebangkitan Melati yang telah diseksa dan dibunuh tanpa rasa belas kasihan.

"Cukup!"marah Iman yang segera menerjah ke arah Alia dan menenangkan gadis itu. Waktu itu, mereka mula takut nantinya Iman yang akan diserang oleh wanita itu pula.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now