1

215 32 40
                                    

"Haknyeon, kau dah kenapa hah lembap sangat jadi manusia. Aku dah ajar banyak kali kan. Takkan step simple macam tu senang pun tak masuk kepala otak kau? Even kalau aku ada adik ni... adik aku pun boleh buat lah." Daripada mereka sedang sibuk berlatih step breakdance baru untuk konsert yang bakal mendatang tidak lama lagi dengan hiruk-pikuk bunyi instrumen yang lantang, tiba-tiba suasana menjadi sunyi sepi. Q terus mematikan audio lagu tersebut dan terus menuju ke arah Haknyeon.

Masing-masing terkejut dengan tindakan drastik Q yang mengamuk tidak tentu pasal itu.

Q menunjal kepala Haknyeon kasar tetapi Haknyeon hanya mampu berdiam diri menahan air mata lelakinya daripada gugur. Dia sedar akan kekurangan dirinya. Dia sejenis manusia yang lambat pick up. Setiap yang dipelajarinya perlu dihadam satu persatu but once dia dah grab that step. Everything just on the tip of his finger.  Dia perlukan masa untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Yelah tak semua manusia perfect kat dunia ni. Masing-masing ada specialty tersendiri.  Kena complete each other lah. Jangan bodoh sombong pulak.

Suasana di dalam studio latihan The Boyz sekarang agak tegang. Masing-masing tidak berani berkata apa-apa. Q nampak je dari segi luaran comel and sporting. Tapi sebenarnya dia lah member paling serius and panas baran. Tersilap sikit habislah kau. Memang tempah mulut buaya.

"Kau ni kan.... selalu sangat menyusahkan aku dengan otak lembap kau ni." Q menunjal kepala Haknyeon buat kali yang kedua.

"Kepala anak orang tu, jangan dibuat main-main. Bapak dia bayar zakat kot. Tiber." Hyunjae tidak dapat menahan rasa amarahnya melihat Haknyeon diperlakukan sebegitu rupa oleh salah seorang sahabat baiknya juga sendiri. Kedua-dua mereka dia dah anggap sebagai adik kandung sendiri bukan hanya sahabat. Sepantas kilat Hyunjae menahan tangan Q daripada terus berlaku zalim pada Haknyeon.

"Q, kau dah kenapa? Tak boleh ke cakap elok-elok sikit. Takkan kau tak kenal Haknyeon macam mana." marah Juyeon selaku main dancer kedua dalam group The Boyz. Dia menolak kedua dada Q yang sasa itu supaya menjauhi sedikit daripada Haknyeon.

"Entah kau ni, macam baru hari ni pulak kau kenal dia. Kita semua sama-sama dah go through jatuh bangun almost 7 years kot." Sampuk Kevin sambil menepis bahu Q.

"Korang semua bela sangat si lembap tu. Tu yang makin naik lemak... otak tepu... lambat sangat nak catch up. Kerja kita selalu lambat sebab nak tunggu dia hadam je." Amuk Q.

"Tak, sekarang ni apa masalah kau? nak downgrade aku sampai macam ni sekali. Kenapa baru sekarang nak cakap? Kenapa tak jujur dari dulu je lagi before The Boyz wujud. Kalau aku tau lah dari awal lagi ada toxic dalam group ni dah lama lah aku undur diri. Tak hamak lah aku nak hadap manusia bertopengkan syaitan hari-hari. Daripada aku  tahu ada manusia fake macam kau selama ni terbeban sebab kelemahan aku. Baiklah... Haishhh" Darahnya menggelegak panas tak dapat tertahan. Dia terus berlari ke Q dan mencengkam bajunya.

"Haknyeon sabar. Jangan macam ni." Yang lain cuba melepaskan genggaman Haknyeon pada baju Q. Q hanya mempamerkan muka selamba tidak bersalah.

"You guys know what... AKU DAH BOSAN DENGAN SEMUA NI!!!" Bentak Q lalu meludah di hadapan Haknyeon kembali menyakitkan hati semua orang.

"Amboi tersangat kurang ajar ni. Mak aku pantang ni." Jacob bak malaikat pun dah tak boleh sabar dengan perangai haram Q.

"Hyung, kau pehal hah. Jangan selfish sangat boleh tak. Macam kau sorang je yang bagus." marah Sunwoo.

"Kau... manusia paling kurang ajar pernah aku jumpa. Behave sikit diri tu, kau tu lagi muda daripada aku." Jelas Q.

"Eyyy... lelaki ni. Kisah pulak aku beza umur. Masalahnya kau lagi biadap daripada aku sekarang ni." Sunwoo dah mula naik hantu. Buku limanya sudah digenggam kemas bersedia untuk menumbuk Q.

"Sunwoo, stop it." Jacob sempat mencapai pergelangan tangan  Sunwoo daripada terus menumbuk muka Q. Marah-marah Jacob pun tak adalah sampai tahap nak tumbuk anak orang.

"Tumbuk lah, kalau berani sangat." Q menjenggilkan mata yang sememangnya bulat ke arah Sunwoo.

"ARGHHHH" Sunwoo hanya mampu melepaskan tumbukan pada dinding di belakang Q.

"Q, aku nak kau tau satu perkara... yang aku betul-betul kecewa dengan kau. Selama ni aku adore gila ada kawan macam kau. Dengan sikap kau yang sabar dengan kitorang yang lembap ni. Why tiba-tiba hari ni kau berubah?" Giliran New pula mengherdik Q.

"People can change right? Ingat aku hamak sangat ke nak kawan dengan kau, pondan? Dasar lembik!"Jawab Q tenang tanpa memikirkan perasaan sahabatnya itu.

"Ok, fine! Sampai hati kau anggap aku macam tu selama ni. people can change right? Lepas ni jangan tanya kenapa aku tak cakap  dengan kau lagi. Mulai hari ni, saat ni. Kita putus kawan. Aku loya tengok muka kau." New membuka cincin pemberian Q kepadanya tanda persahabatan dan melemparkan cincin tersebut pada Q. Cincin tu hanya bergolek-golek di atas lantai.  "Puas!" sambung New sambil meraung tak tertahan dek kata-kata Q yang mengutuk dia selama ini lalu membawa Haknyeon ke sudut belakang cuba memujuknya. Eric turut mendekati mereka berdua. Menangis lah tiga ketul tu teresak-esak di belakang sambil memeluk antara satu sama lain.

"Q, better kau pergi tenangkan fikiran dulu. Take rest kejap ke. Kau stress sangat ni sebab konsert kita nak dekat dah ni tak lama lagi." ujar Hyunjae sambil mengusap lembut bahu Q cuba untuk menenangkannya.

"Memang... Memang aku nak rehat selama-lamanya. Jangan cari aku lagi. Goodbye." ujar Q lalu beredar keluar daripada bilik studio latihan tersebut.

"Q hyungggg nak pergi mana tu?!!!" Jerit Hwall tetapi jeritan itu hanya diendahkan begitu sahaja.

"Biarkan dia sendirian... Just let him go... Biar dia reflect balik apa yang dia dah buat dengan kita hari ni." Sangyeon selaku ketua kumpulan yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri baru bersuara.

Ini merupakan kali pertama Q jadi macam ni. Sebelum-sebelum ni dia okay je senyum, gelak-gelak and main-main time latihan. Kenapa hari ni dia jadi macam ni? Hantu apa yang dah merasuk fikiran dia sampai nak menunjal-nunjal kepala anak orang ni.  Hanya disebabkan salah faham yang dalam masa beberapa saat itu sahaja boleh memutuskan tali persahabatan mereka yang sudah bertahun-tahun lamanya itu.

"Konsert dah nak dekat. Kenapa Q tiba-tiba buat hal? Mesti ada something yang dia cuba sembunyikan daripada kita semua. Let me handle him." Younghoon yang dari tadi hanya diam seperti batu menyaksikan adegan perang kedua tersebut turut berlalu keluar daripada bilik itu untuk menjejaki jejak Q.

A FEW YEARS LATER ON 2021
MAVERICK OUTT
MY GOSHH!
Destiny apakah ini?

Beautiful Lies [Q TBZ]Where stories live. Discover now